Insurans Hos Jepun

Insurans Hos Jepun

Perlindungan untuk setiap hos. Setiap penyenaraian. Setiap masa.

Apa yang dilindungi?

Insurans Hos Jepun boleh memberikan perlindungan hingga JPY 100,000,000 jika harta tanah atau penyenaraian yang dimiliki atau diuruskan oleh hos rosak akibat penginapan tetamu. Ia juga boleh memberikan perlindungan jika hos menanggung liabiliti atau perbelanjaan yang berkaitan dengan kerosakan harta benda atau kecederaan anggota badan tetamu atau pihak ketiga.

Insurans Hos Jepun boleh melindungi:

  • Kes di mana penyenaraian yang dimiliki oleh hos rosak akibat tetamu yang menginap
  • Kes di mana hos dipertanggungjawabkan atas kecederaan anggota badan tetamu atau pihak ketiga
  • Kes di mana hos dipertanggungjawabkan atas kerosakan harta benda tetamu atau pihak ketiga
  • Perlindungan perbelanjaan jika hos menanggung perbelanjaan tertentu yang berkaitan dengan kerosakan harta benda atau kecederaan anggota badan tetamu atau pihak ketiga
  • Perbelanjaan untuk memulihkan harta benda yang mempunyai kesan kotoran atau memerlukan penyingkiran bau

Insurans Hos Jepun tidak melindungi:

  • Wang tunai dan sekuriti Hos
  • Kerosakan yang disebabkan oleh tindakan yang disengajakan oleh hos
  • Haus dan lusuh yang munasabah
  • Perbelanjaan pembersihan biasa
Perlindungan Insurans terhad kepada hos penginapan di Jepun. Hos mesti berlesen atau dibenarkan menjalankan perniagaan perkongsian penginapan yang mematuhi undang-undang yang berkenaan untuk perlindungan terpakai. Hos yang mahu menuntut bayaran di bawah Insurans Hos Jepun bersetuju untuk bekerjasama dengan Airbnb dan syarikat insurans, termasuk menyediakan dokumentasi kerosakan yang dituntut dan bersetuju untuk pemeriksaan bagi kes-kes yang luar biasa di mana perlu.

Sesetengah jenis hartanah tertakluk pada perlindungan terhad. Hos perlu mengunci atau mengalihkan barang-barang berharga apabila menyewakan penyenaraian mereka dan mempertimbangkan insurans bebas untuk melindungi barang-barang tersebut.

Bayaran Insurans Hos Jepun tertakluk pada syarat, had dan pengecualian tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman ringkasan Insurans Hos Jepun.

Untuk memohon salinan keseluruhan polisi insurans, sila hubungi Aon Japan Ltd. dan sertakan maklumat akaun Airbnb anda.

Cara memfailkan tuntutan

Cara memfailkan tuntutan

Untuk hos yang mempunyai tuntutan kerosakan ke atas harta peribadi mereka dan/atau penyenaraian milik mereka:

Untuk hos yang mempunyai tuntutan kerosakan ke atas
harta peribadi mereka dan/atau penyenaraian milik mereka:

Untuk hos yang mempunyai tuntutan kerosakan ke atas
harta peribadi mereka dan/atau penyenaraian milik mereka:

1. Kumpul bukti kerosakan

Ini mungkin termasuk gambar, video, anggaran dan/atau resit barangan tersebut.

2. Hubungi tetamu dengan segera melalui Pusat Resolusi

Apabila digesa untuk memilih sebab resolusi, sila pilih: “Barang rosak atau hilang”. Tetamu akan berpeluang untuk menjawab. Jika tetamu tidak menjawab dalam masa 72 jam, anda boleh melibatkan Airbnb untuk mendapatkan bantuan.

3. Dapatkan bayaran ganti atau libatkan Airbnb

Jika tetamu tidak mahu membayar jumlah penuh, anda mungkin layak untuk mendapat bayaran ganti di bawah Insurans Hos Jepun. Selepas menghubungi Airbnb, pakar sokongan akan membimbing anda sepanjang proses ini.

Untuk hos yang menanggung liabiliti atau
perbelanjaan lain:

Sekiranya tetamu atau pihak ketiga tercedera atau harta benda mereka rosak atau dicuri, dan anda bertanggungjawab di sisi undang-undang atau menanggung perbelanjaan yang diperlukan untuk membayar pampasan kepada mereka, anda perlu menghubungi Sokongan Komuniti. Selepas menerima dokumentasi dan maklumat sokongan, kes ini akan dipindahkan daripada Airbnb kepada syarikat insurans pihak ketiga kami dan pentadbir tuntutan pihak ketiga mereka.
Hubungi Sokongan Komuniti

Jawapan kepada soalan anda

Jawapan kepada soalan anda

img

Bersedia untuk sewakan rumah anda di Airbnb?