Airbnb Green Stays Awards

Malaysia 2021

Mengiktiraf penginapan mesra alam di seluruh Malaysia

Dengan kerjasama Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC), Majlis Pelancongan Lestari Global (GSTC) dan Persatuan Ekopelancongan dan Pemuliharaan Malaysia (ECOMY), Anugerah Penginapan Hijau Airbnb bertujuan untuk meraikan dan mengiktiraf penyedia penginapan pelancongan tempatan kecil yang telah menerapkan amalan kelestarian ke dalam operasi harian dan tawaran hospitaliti mereka.

Jika anda sedang mengendalikan perniagaan penginapan yang menerapkan amalan lestari dan memenuhi kriteria kami, kami ingin mendengar daripada anda!

Siapakah yang layak untuk anugerah ini?

Anugerah Penginapan Hijau terbuka kepada mana-mana penyedia penginapan pelancongan kecil di Malaysia yang memenuhi kriteria berikut:

  • Jumlah pendapatan tidak melebihi RM750,000 (USD180,462) pada tahun kewangan 2019;
  • Mempunyai kakitangan seramai 0 hingga 15 orang.

Anda tidak perlu menjadi hos dengan Airbnb untuk memohon anugerah ini. Penyertaan akan ditutup pada 24 Oktober 2021. *Maklumat terkini: Tarikh akhir penyerahan telah dilanjutkan kepada 31 Oktober 2021.

Kriteria penghakiman

Penggunaan produk hijau
Memaksimumkan penggunaan produk tempatan, mesra alam, perdagangan saksama (misalnya barang keperluan tetamu, kemudahan bilik mandi, bahan pembersih, makanan dan minuman, dan lain-lain), dan melibatkan tetamu membeli produk hijau dengan memberikan maklumat dan pendidikan mengenai produk ini
Pengurusan sisa buangan
Menguruskan sisa, termasuk pengenalan teknik pengurusan sisa (contohnya pengurangan sisa, guna semula, kitar semula, pengkomposan, dll.), dan melibatkan tetamu dalam pengurusan sisa dan pendidikan (contohnya dengan program dan aktiviti yang menggalakkan penglibatan tetamu)
Penggunaan tenaga hijau dan pemuliharaan tenaga
Menguruskan tenaga, termasuk pengenalan peralatan dan aktiviti penjimatan tenaga atau tenaga boleh diperbaharui, dan melibatkan tetamu dalam aktiviti penjimatan tenaga
Penggunaan dan pemuliharaan air
Menguruskan penggunaan air, termasuk pengenalan peralatan dan aktiviti pemuliharaan air, dan melibatkan tetamu dalam aktiviti penjimatan air
Pemuliharaan biodiversiti
Menyokong dan menyumbang kepada pemuliharaan biodiversiti, termasuk melalui pengurusan hartanah anda sendiri yang sesuai, meminimumkan gangguan atau menyumbang secara positif kepada kawasan perlindungan semula jadi dan kawasan yang mempunyai nilai biodiversiti yang tinggi, dan melibatkan tetamu dalam pendidikan dan aktiviti biodiversiti

Apa yang akan diterima oleh pemenang Anugerah?

  • Anugerah Penginapan Hijau Airbnb secara fizikal dan maya, yang mungkin dikongsi ke laman web, penyenaraian Airbnb dan media sosial anda.
  • Bengkel dan sesi rangkaian tertutup dengan pakar perjalanan lestari global;
  • Promosi dalam kempen perjalanan domestik Airbnb terpilih; dan
  • (Bagi mereka yang bukan hos Airbnb dan ingin membuat penyenaian di Airbnb) Sokongan penyertaan khusus daripada Duta Airbnb tempatan

Penyertaan akan ditutup pada 24 Oktober 2021. *Maklumat terkini: Tarikh akhir penyerahan telah dilanjutkan kepada 31 Oktober 2021.

Memperkenalkan para hakim kami

Dr. Mihee Kang
Dr. Mihee Kang merupakan Pengarah untuk Asia Pasifik di Majlis Pelancongan Lestari Global (GSTC), di mana beliau mengetuai program dan aktiviti GSTC di rantau ini. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan K TOURISM, sebuah perunding yang memberikan penyelesaian untuk destinasi dan perniagaan pelancongan.
Andrew Sebastian
Andrew ialah Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ekopelancongan dan Pemuliharaan Malaysia (ECOMY), satu-satunya NGO di Malaysia yang memberi tumpuan kepada ekopelancongan dan hubungannya dengan pemuliharaan. Dengan pengalaman lebih daripada 23 tahun sebagai ahli alamiah dan ahli alam sekitar, Andrew juga memimpin lawatan profesional ekopelancongan & hidupan liar. Beliau merupakan pakar bidang untuk Tourism Malaysia, Pengasas Bersama Asian Bird Fair Network dan Pengasas Bersama World Birdfairs Council.
Amanpreet Bajaj
Amanpreet Bajaj ialah Pengurus Besar Airbnb untuk India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan. Beliau membawa banyak pengalaman daripada peranannya sebagai Pengurus Besar yang bertanggungjawab ke atas pertumbuhan Airbnb di India, setelah mengetuai operasi untuk pasaran ini sejak 2015.

Dengan kerjasama

Majlis Pelancongan Lestari Global (GSTC)

GSTC menguruskan piawaian global untuk perjalanan dan pelancongan yang lestari; serta menyediakan akreditasi antarabangsa untuk Badan Pensijilan pelancongan lestari.

Persatuan Ekopelancongan dan Pemuliharaan Malaysia (ECOMY)

ECOMY adalah organisasi bukan kerajaan kebangsaan utama yang memfokuskan kepada ekopelancongan lestari sebagai hala tuju untuk memastikan nilai pemuliharaan ditegakkan di semua tapak warisan semula jadi utama di Malaysia.

Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC)

MGTC adalah agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang diberi mandat untuk memacu agenda Pertumbuhan Hijau, Mitigasi Perubahan Iklim dan Gaya Hidup Hijau.