Anugerah Penginapan Hijau Airbnb 2021

Mengiktiraf penginapan mesra alam di sekitar Malaysia

Temui pemenang dan penginapan mereka

Dengan sukacitanya kami mempersembahkan pemenang Anugerah Penginapan Hijau Airbnb Malaysia 2021. Anugerah ini bertujuan untuk meraikan dan mengiktiraf penyedia penginapan pelancongan tempatan kecil yang telah menggabungkan amalan kelestarian ke dalam operasi harian dan tawaran hospitaliti mereka.

Pemenang Anugerah Emas

Plateau Farm Sustainable Treehouse

Mengenai penginapan
The Plateau Farm Treehouse adalah kediaman unik yang terpencil dan berkuasa solar, yang dibina umumnya daripada perabot kitar semula dan kitar tinggi yang diselamatkan daripada pengubahsuaian pejabat. Tetamu suka menikmati masakan dari ladang ke meja dan berinteraksi dengan haiwan yang berkeliaran bebas. Hos Ricki dan Baida telah menanam beratus-ratus pokok asli di dalam kawasan ini dan juga bekerjasama dengan organisasi bukan untung tempatan untuk menempatkan nurseri dengan spesies tumbuhan yang jarang ditemui dan terancam.

Sepatah dua kata daripada hos
"Tidak menyebabkan kemudaratan kepada dunia semula jadi adalah satu perkara - membantu membaikinya secara aktif adalah perkara lain. Ini adalah prinsip hidup keluarga saya dan ia merupakan langkah semulajadi untuk berkongsi cara hidup kami dengan orang lain dan memberi mereka pengalaman indah menjalani gaya hidup yang ringkas."

Far Far Away

Mengenai penginapan ini
Hos Terry dan Yati telah membangunkan tempat percutian dari asas di dalam hutan belantara Hulu Langat. Penginapan yang tercipta atas dasar minat ini dibina daripada bahan pulih guna, kitar semula dan sisa kompos daripada penginapan tersebut. Malah, konkrit juga dibancuh sendiri daripada pasir pulih guna dari anak sungai mereka. Penginapan ini dipenuhi dengan pokok-pokok buah-buahan tempatan dan kerap dikunjungi oleh ungka dan burung. Hos juga mempunyai bengkel kecil di tapak, di mana mereka membina perabot kayu dan struktur daripada kayu kitar semula.

Sepatah dua kata daripada hos
"Kami berasa bertanggungjawab untuk mendidik diri sendiri dan orang lain tentang amalan alam sekitar yang lestari. Far Far Away dicipta oleh kami untuk keluarga kami. Niat kami adalah untuk mencipta ruang untuk dihuni sepanjang hayat kami dengan aman dan bahagia. Namun pada satu ketika, kami memutuskan untuk berkongsi ruang ini."

The Resthouse

Mengenai penginapan
The Resthouse adalah rumah zaman kolonial yang dipulihkan dengan indah. Ia diangkut dari Batu Gajah, sebuah bandar kecil tidak jauh dari Ipoh, ke Pulau Perhentian yang indah oleh artis Hayati Mokhtar. Dibina semula secara keseluruhan, dengan pembaikan yang dibuat menggunakan kayu yang diselamatkan dan menggunakan kuasa solar sepenuhnya, The Resthouse kini menjadi tempat perlindungan untuk hidupan liar tempatan dan pengembara eko. Kebanyakan hasil pendapatan daripada The Resthouse digunakan untuk membiayai kerja pemuliharaan dan penyelidikan untuk Lang Tengah Turtle Watch, sebuah organisasi bukan untung.

Sepatah dua kata daripada hos
"Kami bangga untuk menyokong inisiatif Airbnb yang menggalakkan perjalanan hijau di Malaysia, dan berbesar hati kerana diiktiraf atas usaha kami yang bermula sejak tahun 2016. Dengan mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai penginapan eko melalui anugerah ini, kami akan terus menyediakan tetamu kami dengan pengalaman pulau yang unik, iaitu mewujudkan kesedaran alam sekitar melalui pilihan harian yang praktikal, supaya mereka dapat pulang dengan lebih daripada sekadar kenangan indah."

Tanah Larwina

Mengenai penginapan ini
Daripada tong kompos dan pengecas kenderaan elektrik, kepada pencahayaan cekap tenaga dan kolam pembendungan air hujan, Tanah Larwina adalah resort yang menghidupkan kehidupan lestari. Tempat percutian ini dihiasi dengan buah-buahan, kayu dan pokok hutan asli, yang dilabelkan oleh hos Faisol dan pasukannya dengan teliti untuk membantu tetamu mengenali flora dan fauna tempatan.

Sepatah dua kata daripada hos
"Kami mula-mula mendapat inspirasi daripada amalan hijau yang kami lihat di pelbagai penginapan dan kemudahan pelancong semasa kami mengembara. Sejak itu, kami sangat berminat dengan kelestarian alam sekitar. Menggabungkan unsur-unsur lestari dalam inap desa kami sendiri adalah keputusan semula jadi."

Durian Guesthouse

Mengenai penginapan ini
Bebaskan diri daripada kesibukan kehidupan bandar dan alami kehidupan desa di rumah ladang berusia 80 tahun yang telah dibaik pulih oleh keluarga muda ini. Ladang permakultur seluas 7,000 kaki persegi membekalkan rempah ratus, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk keluarga dan tetamu mereka. Malah, hos Thai Soon juga membuat sabun rumah dan mandian sendiri.

Sepatah dua kata daripada hos
"Kami mengambil bahagian dalam Anugerah ini dengan harapan dapat mempromosikan gaya hidup lestari kepada orang lain, sama ada mereka hos atau tetamu. Kami berharap untuk berkongsi nilai, gaya hidup dan sikap kami terhadap kelestarian dengan tetamu kami, dan menggalakkan mereka untuk menyertai kami dalam menjalani kehidupan yang lestari."

Greenhouse Eco Lodge

Mengenai penginapan ini
Terletak di Pulau Mantanani, GreenHouse Eco Lodge menawarkan pantai persendiriannya sendiri, hasil tanaman tempatan daripada rumah kaca sendiri, dan hospitaliti yang tiada tandingan daripada Hos Fred dan Sook Peng. Amalan pengurangan sisanya yang membuatnya menyerlah. Tiada plastik sekali guna dibenarkan di penginapan ini, dinding pondok dibina menggunakan beribu-ribu botol plastik kitar semula, dan air sisa ditapis dan digunakan semula.

Sepatah dua kata daripada hos
"Kami ingin menunjukkan contoh bahawa ada cara untuk menerima tetamu dan mengendalikan penginapan pelancongan, pada masa yang sama meminimumkan kesannya terhadap alam sekitar. Kami suka tetamu kami menikmati keindahan pulau ini yang bersih dan semula jadi, jadi demi kepentingan kami sendiri, kami perlu memastikan persekitarannya yang sensitif kekal utuh."

Dengan kerjasama

Majlis Pelancongan Lestari Global (GSTC)

GSTC menguruskan piawaian global untuk perjalanan dan pelancongan yang lestari; serta menyediakan akreditasi antarabangsa untuk Badan Pensijilan pelancongan lestari.

Persatuan Ekopelancongan dan Pemuliharaan Malaysia (ECOMY)

ECOMY adalah organisasi bukan kerajaan kebangsaan utama yang memfokuskan kepada ekopelancongan lestari sebagai hala tuju untuk memastikan nilai pemuliharaan ditegakkan di semua tapak warisan alam semula jadi utama di Malaysia.

Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC)

MGTC adalah agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang diberi mandat untuk memacu agenda Pertumbuhan Hijau, Mitigasi Perubahan Iklim dan Gaya Hidup Hijau negara.

Membangun semula pelancongan bersama

Airbnb komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dan komuniti bagi mencari cara untuk memanfaatkan kebangkitan perjalanan secara sedar dan memberikan manfaat yang nyata dan berkekalan kepada semua orang melalui pelancongan berasaskan komuniti.