Cadangan akan ditunjukkan selepas menaip dalam input carian. Gunakan anak panah atas dan bawah untuk menyemak. Gunakan enter untuk memilih. Jika pemilihan adalah frasa, frasa itu akan dimasukkan ke carian. Jika cadangan adalah pautan, penyemak imbas akan menavigasi ke halaman tersebut.
Peraturan

Syarat Visa Rusia: Soalan-Soalan Lazim

Harap maklum bahawa halaman ini bertujuan untuk menyediakan gambaran keseluruhan mengenai keperluan visa Rusia sahaja dan tidak bersifat menyeluruh. Walaupun kami berusaha untuk memberikan maklumat yang tepat, halaman ini tidak dikemas kini secara kerap dan mungkin mengandungi maklumat yang lapuk atau tidak lengkap. Sebelum memohon visa Rusia, kami menggalakkan anda merujuk kepada penyedia perkhidmatan visa atau konsulat Rusia tempatan anda untuk memastikan anda mempunyai semua maklumat dan dokumen yang diperlukan.

Bila visa diperlukan? Adakah terdapat pengecualian?

Secara umumnya, semua pelawat ke Rusia perlu mempunyai visa, yang diperoleh daripada konsulat Rusia, tanpa mengira tempoh lawatan.

Pengecualian dibuat untuk warganegara beberapa negara yang mempunyai perjanjian tanpa visa dengan Rusia. Sila semak dengan konsulat Rusia di negara anda sama ada anda layak untuk kemasukan jangka pendek tanpa visa.

Berapa lama saya boleh tinggal di Rusia dengan visa pelancong?

Biasanya visa pelancong ke Rusia dikeluarkan untuk penginapan 30 hari. Tempoh maksimum penginapan anda di Rusia akan dinyatakan dalam visa anda.

Bagaimanakah cara memohon visa pelancong untuk Rusia?

Berikut ialah proses umum mendapatkan visa Rusia. Oleh kerana proses ini boleh berubah pada bila-bila masa, kami cadangkan anda untuk menyemak dengan penyedia perkhidmatan sokongan visa atau konsulat Rusia tempatan anda untuk memastikan anda mempunyai semua maklumat dan dokumen yang anda perlukan:

  1. Untuk memohon visa pelancong, anda perlukan jemputan (surat sokongan visa) terlebih dahulu. Terdapat beberapa penyedia dalam talian yang menyediakan perkhidmatan sokongan visa dan mengeluarkan surat sokongan visa sedemikian (dengan bayaran yuran). Salah satu daripada penyedia ini ialah rakan kongsi Airbnb yang dipercayai click2russia.com.
  2. Sebaik sahaja anda mempunyai surat sokongan visa, anda boleh mengisi Borang Permohonan Visa Rusia dalam talian dan mencetaknya daripada tapak webKementerian Luar Negeri Rusia.
  3. Sebaik sahaja anda telah mencetak Borang Permohonan Visa Rusia yang lengkap, anda boleh memohon visa pelancong di konsulat Rusia tempatan atau pusat visa bertauliah di negara asal anda dengan membawa atau menghantar dokumen-dokumen berikut:
    • Surat sokongan visa
    • Borang permohonan visa Rusia yang lengkap
    • Pasport - Pasport anda perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan selepas tarikh tamat tempoh visa anda dan mempunyai sekurang-kurangnya dua halaman kosong.
    • Dua gambar saiz pasport standard yang terkini dan berkualiti baik
    • Dalam kebanyakan kes pengesahan insurans kesihatan perjalanan untuk penginapan anda di Rusia.

Apabila memohon visa, anda akan dikehendaki membayar yuran konsular, yang bergantung pada jenis visa, negara tempat anda memohon, dan kewarganegaraan anda.

Bagaimanakah cara memohon visa perniagaan untuk Rusia?

Proses untuk memohon visa perniagaan adalah sangat serupa dengan proses visa pelancong. Visa perniagaan boleh dikeluarkan untuk penginapan sehingga 12 bulan dan kemasukan berulang ke Rusia. Sesetengah konsulat mungkin memerlukan surat daripada majikan anda yang mengesahkan anda bekerja untuk syarikat tersebut dan mengembara ke Rusia untuk tujuan perniagaan.

Kami cadangkan anda untuk menyemak dengan penyedia perkhidmatan visa atau konsulat Rusia tempatan anda untuk memastikan anda mempunyai semua maklumat dan dokumen yang anda perlukan.

Seawal manakah saya perlu memohon visa pelancong?

Anda boleh memohon visa pelancong di konsulat Rusia seawal 90 hari sebelum tarikh mula visa yang anda minta. Tidak disyorkan untuk memohon lebih daripada 6 bulan lebih awal, kerana sesetengah konsulat mungkin mempunyai isu dengan surat sokongan visa yang bertarikh lebih daripada 6 bulan.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk konsulat mengeluarkan visa pelancong?

Biasanya, konsulat akan mengambil masa antara 5-14 hari untuk mengeluarkan visa pelancong.

Apakah pendaftaran visa di Rusia dalam masa 7 hari?

Undang-undang Rusia mewajibkan orang asing yang tinggal di negara ini selama lebih daripada 7 hari untuk didaftarkan dengan pihak berkuasa tempatan dengan menghantar pemberitahuan khas kepada pihak berkuasa melalui pos.

Umumnya, Hos anda bertanggungjawab untuk pendaftaran anda. Sebagai alternatif, agensi yang mengeluarkan dokumen sokongan visa anda boleh menyediakan pendaftaran untuk anda (biasanya dengan yuran tambahan). Jika anda memerlukan perkhidmatan ini, minta saja mereka untuk menyediakannya kepada anda apabila anda memesan sokongan visa anda.

Apakah yang berlaku sekiranya berlaku perubahan rancangan semasa lawatan?

Jika anda menukar tempat penginapan anda dan merancang untuk tinggal di tempat baru selama lebih daripada 7 hari, tempat penginapan baru anda perlu didaftarkan semula.

Anda tidak boleh melanjutkan penginapan anda melebihi tempoh maksimum penginapan yang dinyatakan dalam visa anda. Pengecualian ialah: keadaan perubatan kecemasan dan situasi penting yang lain.

Adakah saya memerlukan jemputan visa berasingan untuk setiap ahli kumpulan?

Secara umumnya, anda memerlukan jemputan visa berasingan untuk setiap ahli kumpulan. Mungkin terdapat pengecualian untuk ahli keluarga anda. Sila semak dengan penyedia perkhidmatan visa.

Bolehkah saya memasuki Rusia beberapa kali dengan Visa saya?

Semak jenis visa anda: kemasukan tunggal, kemasukan dua kali atau kemasukan berbilang jika anda merancang untuk melawat negara-negara jiran dan kembali ke Rusia. Tiada kawalan sempadan antara Rusia dan Belarus, tetapi kemasukan semula ke Rusia dengan visa kemasukan tunggal ialah satu kesalahan yang serius.

Pastikan anda tidak melawat bandar dan wilayah di Rusia yang disekat untuk orang asing (visa pelancong anda tidak memadai untuk lawatan tersebut).

Pautan berguna:

Hotels Pro LLC

Adakah artikel ini membantu?
Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
Log masuk atau daftar