Cadangan akan ditunjukkan selepas menaip dalam input carian. Gunakan anak panah atas dan bawah untuk menyemak. Gunakan enter untuk memilih. Jika pemilihan adalah frasa, frasa itu akan dimasukkan ke carian. Jika cadangan adalah pautan, penyemak imbas akan menavigasi ke halaman tersebut.
Peraturan
Tetamu

Pilihan pembatalan akibat COVID-19

Tempahan yang dibuat pada atau sebelum 14 Mac 2020

Jika tempahan anda telah dibuat pada atau sebelum 14 Mac 2020 dan COVID-19 menjejaskan rancangan perjalanan anda, anda boleh mengetahui pilihan bayaran balik dan pembatalan yang anda ada pada masa ini dengan pergi ke batalkan tempahan anda dan memilih Rancangan perjalanan saya telah berubah akibat pandemik COVID-19.

Anda boleh melihat satu atau lebih pilihan berikut, bergantung pada keadaan anda:

  • Bayaran balik mengikut polisi pembatalan hos anda
  • Bayaran balik tunai penuh selepas menghantar dokumentasi rasmi untuk disemak
  • Kredit perjalanan keadaan peringan
  • Minta bayaran balik penuh daripada hos

Tempahan yang dibuat selepas 14 Mac 2020 dan sebelum 31 Mei 2022

Jika tempahan anda dibuat selepas 14 Mac 2020 dan sebelum 31 Mei 2022 dan COVID-19 menjejaskan rancangan perjalanan anda, polisi pembatalan hos anda akan terpakai. Namun begitu, jika anda sakit kerana dijangkiti COVID-19, perkara ini sentiasa dilindungi di bawah Polisi Keadaan Peringan kami.

Jika tempahan anda tidak layak mendapat bayaran balik penuh, anda sentiasa boleh menghantar mesej kepada hos anda untuk mengetahui sama ada mereka sanggup memberikan bayaran balik tambahan melalui Pusat Resolusi.

Tempahan yang dibuat pada atau selepas 31 Mei 2022

Jika tempahan anda dibuat pada atau selepas 31 Mei 2022 dan COVID-19 menjejaskan rancangan perjalanan anda, polisi pembatalan hos anda akan terpakai. Polisi Keadaan Peringan kami tidak melindungi pembatalan yang berkaitan dengan COVID-19 untuk tempahan ini.

Perkara lain yang perlu diketahui

Maklumat di atas tidak terpakai untuk tempahan Luxe, yang tertakluk pada Polisi Tempahan Semula dan Bayaran Balik Luxe yang berasingan. Untuk tempahan Luxe yang dibuat sebelum 20 Mac 2020, lihat respons Airbnb Luxe terhadap COVID-19 dan hubungi terus pereka perjalanan anda jika ada sebarang soalan.

Polisi yang berbeza terpakai untuk tempahan domestik di Korea Selatan.

Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan

Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
Log masuk atau daftar