10 cara untuk menambah baik penginapan anda

Dapatkan inspirasi untuk mengemas kini ruang anda dengan tip dan idea ini daripada hos seperti anda.
Oleh Airbnb pada 13 Apr 2021
Bacaan 4 minit
Dikemas kini pada 18 Apr 2022

Sorotan

  • Malah pengemaskinian kecil pun boleh memberi impak besar, daripada lapisan cat segar hingga cadar baharu

  • Buat perubahan yang boleh membantu mengurangkan masa pembersihan, sentiasa membuat penyelenggaraan pencegahan, dan memberi tumpuan kepada keselamatan

  • Menginap di ruang anda untuk mengenal pasti perkara yang perlu ditingkatkan—dan setelah anda melakukannya, kemas kini penyenaraian anda

Daripada peningkatan mudah pada harga yang berpatutan hingga pengubahsuaian yang lebih besar, ada banyak cara untuk menyegarkan semula ruang anda. Di sini, kami berkongsi beberapa idea penambahbaikan kediaman daripada hos seperti anda. Sama ada anda sudah bersedia untuk menangani senarai tugasan anda sekarang atau merancang sesuatu selepas ini, bersedia untuk mendapat inspirasi!

1. Ingat bahawa pengemaskinian kecil boleh memberi impak besar

Kadang-kadang, apa yang diperlukan hanyalah lapisan cat segar atau beberapa produk pembersihan harian untuk memberikan nafas baharu kepada bilik. Superhost Harold dari Montreal, Kanada, merancang beberapa pengubahsuaian kecil.” Beliau akan “membersihkan dinding di kawasan yang selalu dilalui dan mengecat bilik tetamu dan bilik mandi,” katanya. “Mengecat ialah cara terbaik untuk menceriakan ruang!” Untuk menyegarkan semula ruang dengan lebih mudah, cuba tukar cadar katil, tambah bantal kecil baharu, atau gantikan saja langsir pancuran mandi.

2. Manfaatkan sepenuhnya musim perlahan anda

Sedang mempertimbangkan peningkatan yang lebih besar? Setelah anda mengenal pasti musim permintaan rendah anda, manfaatkannya untuk membuat pengemaskinian, terutamanya jika ia memerlukan ruang anda tidak dihuni selama beberapa hari atau minggu. “Musim sejuk di sini adalah masa yang perlahan, jadi ia sesuai untuk projek yang lebih besar,” kata Martin dari Proendos, Sepanyol. Superhost Delfina dan Jorge dari Vila Nova de Gaia, Portugal, mendapati bahawa tidak ramai tetamu yang mendaftar masuk dalam bulan November, Januari dan Februari, yang merupakan masa mereka “mengecat semua perabot di dapur, menukar pembersih hampagas kepada yang tanpa wayar, dan membeli duvet baru.”

3. Lihat tanggapan pertama tetamu anda sekali lagi

Apabila tetamu tiba di pintu anda, apakah perkara pertama yang mereka perhatikan? Jika ia cat yang mengelupas atau laluan yang suram, anda mungkin kehilangan peluang untuk mengagumkan mereka dari awal lagi. “Apabila cuaca menjadi lebih baik, kami bermula dengan mengecat pintu hadapan kami,” kata hos Maria dari Athens, Greece. Dan Superhost Markus dari Dornbirn, Austria, memasang “lampu luar LED baharu dengan pengesan gerakan di kawasan pintu masuk ke apartmen kami.”

4. Buat perubahan yang boleh membantu menjimatkan masa pembersihan

Daripada perabot hingga lekapan, beberapa perubahan boleh mempercepatkan proses pembersihan ruang anda (dan lebih cekap kos!). Superhost Beth dari Flagstaff, Arizona, menggantikan rangka katil beliau yang memerlukan kos yang tinggi untuk diselenggara dengan "katil platform yang tidak perlu digilap" yang lebih ringkas. Dan Superhost Beatriz dari São Paulo, Brazil, mempunyai helah yang bijak untuk menjadikan tempat yang sukar dicapai lebih mudah diakses: “Saya akan meletakkan roda kecil di bawah beberapa perabot untuk mempercepatkan proses pembersihan.”

5. Naik taraf ke peralatan cekap tenaga

Mengurangkan penggunaan tenaga di ruang anda bukan sahaja lebih baik untuk planet—ia juga boleh membantu anda menjimatkan bil anda. Hos Markus dari Dornbirn, Austria, merancang untuk mencuba termostat pintar: “Saya berharap ini akan mengurangkan kos pemanasan saya, kerana saya akan dapat mengurangkan output pemanasan [apabila ruang ini tidak] dihuni.” Dan Superhost Pete dari Los Angeles “baru menambah pemasa kiraan undur untuk pemanas siling dan kipas bilik mandi” untuk membantu tetamu menjadi lebih sedar tenaga.

6. Sentiasa lakukan penyelenggaraan pencegahan

Sama ada menggantikan penapis HVAC anda, menukar mentol lampu, atau membersihkan dan menetapkan semula modem dan penghala, ada tugas tertentu yang boleh anda lakukan mengikut jadual yang ditetapkan untuk memastikan segala-galanya di ruang anda berjalan lancar. Bergantung kepada tempat tinggal anda, iklim tempatan boleh menambahkan senarai tugasan anda. “Saya telah menggantikan rantai injap tandas dengan seurat tali nilon, dan saya menyapu minyak pada engsel secara kerap,” kata Superhost Sarah dari Sayulita, Mexico, di mana kelembapan dan garam di udara boleh mengikis lekapan logam.

7. Semak semula persediaan keselamatan ruang anda

Mengemas kini ruang anda untuk keselamatan merupakan pelaburan yang berbaloi. “Penggera asap, penggera karbon monoksida dan papan tanda untuk tetamu ikut sekiranya berlaku, moga dijauhkan, kemalangan atau insiden” adalah tempat yang sesuai untuk bermula, kata Superhost Bryan dari Las Palmas de Gran Canaria, Sepanyol. Untuk ketenangan fikiran anda, sediakan ruang anda dengan alat pemadam kebakaran dan kit pertolongan cemas. Anda juga perlu mengetahui dan memahami sebarang peraturan dan undang-undang yang khusus untuk rantau anda.

8. Cipta kawasan luaran yang menarik

Tetamu sukakan ruang hijau yang indah, dan anda tidak memerlukan halaman belakang yang luas untuk menciptanya. Superhost Lawrence dari Parkville, Australia, menumpukan perhatiannya kepada bahagian atas rumahnya dan “merancang taman berpasu di atas dek bumbung. Saya akan gunakan tumbuhan pantai asli.” Dan Superhost Irwing dari Panama City, Panama, memberi inspirasi kepada tetamu untuk menikmati sedikit masa di luar. “Saya mahu membuat taman di balkoni dan menambah perabot patio untuk mewujudkan ruang yang membolehkan tetamu berhubung dengan alam semula jadi.”

9. Menginap di ruang anda untuk membuat jangkaan tentang keperluan tetamu

Jika anda tidak pasti di mana untuk bermula, cuba bayangkan diri anda berada di tempat tetamu anda. “Sebelum anda terus membuat pengubahsuaian atau peningkatan, kemas beg dan menginap di ruang anda sendiri selama beberapa malam,” kata Superhost Sarah dari South Charleston, Ohio. “Kemudian buat senarai perkara yang anda perlukan, terlepas, atau yang tidak berfungsi seperti yang anda bayangkan.” Pastikan anda masuk melalui pintu masuk tetamu untuk mendapatkan pengalaman sepenuhnya.

10. Dan jangan lupa untuk mengemas kini penyenaraian anda!

Setiap penambahbaikan ruang anda ialah peluang untuk menjadikan penyenaraian anda lebih menarik, jadi pastikan anda mengemas kini keterangan, senarai kemudahan dan gambar anda. Jika boleh, pertimbangkan untuk melabur dalam fotografi profesional seperti yang dilakukan oleh Superhost Jacqui dari Worcester, UK. “Ia berbaloi,” katanya. “Tempahan meningkat.”

Kami berharap idea ini membuat anda berfikir tentang semua cara untuk meningkatkan ruang anda sekarang dan dalam beberapa bulan dan tahun yang akan datang.

Sorotan

  • Malah pengemaskinian kecil pun boleh memberi impak besar, daripada lapisan cat segar hingga cadar baharu

  • Buat perubahan yang boleh membantu mengurangkan masa pembersihan, sentiasa membuat penyelenggaraan pencegahan, dan memberi tumpuan kepada keselamatan

  • Menginap di ruang anda untuk mengenal pasti perkara yang perlu ditingkatkan—dan setelah anda melakukannya, kemas kini penyenaraian anda

Airbnb
13 Apr 2021
Adakah ini membantu?