Automasikan komunikasi anda dengan kemas kini peti masuk ini

Jimat masa dengan mesej berjadual, jawapan pantas diperibadikan, dan banyak lagi.
Oleh Airbnb pada 24 Mei 2021
Bacaan 4 minit
Dikemas kini pada 3 Mei 2023

Sorotan

  • Mesej berjadual membantu anda menghantar maklumat pada saat-saat penting

  • Jawapan pantas yang diperibadikan membolehkan anda menjawab soalan dengan lebih cepat

    • Carian dan penapis membantu anda mencari mesej dengan cepat

    • Terokai lebih banyak kemas kini peti masuk

    Peti masuk hos kami telah diubah suai untuk menjimatkan masa anda yang berharga. Ia kini sehingga 10 kali lebih pantas dan merangkumi ciri-ciri terkini seperti mesej berjadual dan jawapan pantas diperibadikan, serta carian dan penapis—semuanya direka untuk membantu anda memperkemaskan komunikasi anda dengan tetamu.

    Berikut ialah cara kami membantu anda berkomunikasi dengan tetamu dengan lebih mudah:

    Automasikan mesej untuk memastikan komunikasi pada saat-saat penting

    Menjawab soalan tetamu dengan segera membantu mewujudkan pengalaman yang luar biasa kepada tetamu.

    Anda boleh menggunakan mesej berjadual untuk menghantar maklumat kepada tetamu secara automatik pada saat-saat penting, seperti semasa tempahan, daftar masuk atau daftar keluar.

    Kami juga telah menambah kod pintasan peribadi, yang memasukkan butiran secara automatik seperti nama tetamu dan tarikh daftar masuk. Ini bermakna mesej berjadual anda boleh diperibadikan daripada “Terima kasih kerana menempah!” kepada “Terima kasih kerana menempah, Anna!” dengan mudah.

    Sediakan mesej berjadual

    Berikan jawapan kepada tetamu anda dengan lebih cepat

    Mesej daripada tetamu seperti “Boleh saya dapatkan tunjuk arah ke penginapan anda?” dan “Apakah kod wifi penyenaraian?” adalah sangat lazim.

    Sebab itulah kami mencipta jawapan pantas, yang menjadikan jawapan kepada soalan lazim pantas dan mudah. Hanya pilih mesej pradraf anda dan tekan hantar. Seperti mesej berjadual, jawapan pantas kini mengandungi kod pintasan untuk membantu anda menambah sentuhan peribadi kepada setiap mesej yang anda hantar.

    “Jawapan pantas memberi saya ruang untuk menulis jawapan yang baik—yang jelas, telah disemak daripada segi bahasa serta peka terhadap keperluan tetamu kami,” kata Sally, hos dari Snoqualmie, Washington.

    Cipta jawapan pantas

    Cari mesej di dalam peti masuk anda dengan cepat

    Peti masuk juga lebih intuitif dengan adanya ciri carian dan penapis yang memudahkan anda mencari mesej yang anda perlukan pada bila-bila masa anda memerlukannya.

    Carian

    Kini anda boleh membuat carian di peti masuk dengan lebih mudah menggunakan nama tetamu, kod pengesahan atau kata kunci. Untuk mencari mengikut kata kunci, hanya taip dalam bar carian—peti masuk akan meramalkan mesej carian dengan bijak semasa anda menaip. (Perhatian: kata kunci anda perlu dieja dengan betul. Jika tidak, peti masuk tidak akan dapat mencari mesej yang betul.)

    Atur

    Untuk membantu anda menyusun keutamaan jalur mesej dan memberi tumpuan kepada isu-isu yang paling mendesak terlebih dahulu, anda juga boleh mengatur mesej anda dengan menandakan mesej sebagai belum dibaca, membintanginya atau mengarkibkannya.

    Penapis

    Setelah mesej anda ditandakan belum dibaca atau dibintangkan, anda boleh menapisnya dengan mudah dan mencari mesej yang anda perlukan. Ikon penapis di sebelah kanan bar carian anda membantu anda menapis mengikut jenis mesej dan/atau peringkat perjalanan. Penapis berbintang membolehkan anda memberi tumpuan kepada mesej yang anda catatkan sebagai penting, manakala penapis belum dibaca hanya memaparkan mesej yang belum dibaca, atau mesej yang anda tandakan sebagai belum dibaca.

    Anda juga boleh menapis mengikut penyenaraian (jika anda ada lebih daripada satu) dan peringkat perjalanan, seperti:

    • Pertanyaan atau permohonan
    • Ulasan diperlukan
    • Daftar masuk atau daftar keluar
    • Sebelum perjalanan, semasa perjalanan atau selepas perjalanan

    Peti masuk dengan ciri penapis dan carian boleh memudahkan anda mencari dan membalas mesej, serta terus berhubung dengan tetamu.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Mesej berjadual membantu anda menghantar maklumat pada saat-saat penting

    • Jawapan pantas yang diperibadikan membolehkan anda menjawab soalan dengan lebih cepat

      • Carian dan penapis membantu anda mencari mesej dengan cepat

      • Terokai lebih banyak kemas kini peti masuk

      Airbnb
      24 Mei 2021
      Adakah ini membantu?