Cara menjadi hos di Airbnb

Dapatkan jawapan yang anda perlukan untuk mula menjadi hos dengan yakin.
Oleh Airbnb pada 16 Nov 2022
Bacaan 3 minit
Dikemas kini pada 16 Nov 2022

Sorotan

  • Persiapkan ruang anda dan cipta penyenaraian yang menarik

  • Kawal masa dan cara anda menjadi hos

Jika anda bercadang untuk menjadi hos tetapi tidak pasti cara untuk menarik tetamu atau mencipta pengalaman tetamu yang luar biasa, anda tidak bersendirian. Menjadi hos di Airbnb adalah cara yang menyeronokkan dan bermanfaat untuk berhubung dengan orang baharu serta menjana pendapatan tambahan. Mempunyai banyak soalan pada peringkat permulaan adalah perkara biasa.

Berikut perkara yang anda perlu lakukan untuk mula menjadi hos.

1. Nilaikan sama ada ruang anda sesuai

Tiada ruang yang terlalu kecil atau terlalu unik untuk disenaraikan di Airbnb! Ada tetamu untuk setiap ruang—anda hanya perlu menetapkan jangkaan yang jelas dengan menerangkan ciri-ciri penginapan anda dengan jujur dan tepat, contohnya ruang pintunya yang sempit mahupun tangga yang bergaya kedesaan.

Anda juga perlu mengetahui undang-undang dan cukai yang terpakai untuk sewaan jangka pendek di kawasan anda sebelum anda mula menjadi hos. Airbnb tidak dapat memberikan anda panduan undang-undang atau nasihat cukai, tetapi kami boleh membantu anda mencari maklumat mengenai peraturan pengehosan.

2. Persiapkan ruang anda untuk tetamu

“Saya mempunyai teori bahawa tetamu anda cenderung menjadi cerminan diri anda,” kata Jake, Superhost dari Big Bear, California. “Anda meletakkan personaliti anda ke dalam kediaman anda dan ini menarik minat orang yang mempunyai gaya hidup dan cita rasa yang sama.”

Anda ada koleksi poster filem vintaj yang eklektik? Atau timbunan buku sejarah seni yang hebat? Pamerkannya! Menyertakan butiran peribadi boleh membantu menonjolkan penyenaraian anda.

Semasa anda mengemaskan penginapan anda, jangan lupa untuk mengalihkan barang yang berselerak dan cuba sediakan kemudahan asas, seperti tisu tandas, sabun dan tuala, untuk membantu mencipta pengalaman yang menarik untuk tetamu anda. Sentuhan tambahan, seperti sebotol wain tempatan atau sekotak coklat, juga boleh membuat tetamu berasa istimewa.

3. Senaraikan penginapan anda

Menyenaraikan ruang anda adalah percuma. Airbnb mengenakan yuran perkhidmatan hanya apabila tempahan disahkan. Yuran ini biasanya 3% daripada jumlah kecil tempahan anda, dan ia membantu kami menampung kos menjalankan Airbnb, seperti sokongan pelanggan 24/7, perlindungan untuk hos dan banyak lagi.

Kami berusaha untuk meringkaskan proses menyenaraikan ruang anda—malah, anda boleh menyediakan penyenaraian anda dalam hanya 10 langkah mudah. Kami sentiasa bersedia membantu jika anda ada soalan, dan ada banyak cara untuk berhubung dengan hos lain.

“Di sesetengah pasaran, anda akan dapat berhubung dengan Duta Superhost seperti saya,” kata Magaly, Superhost dari East Wenatchee, Washington. “Kami bersedia membantu melicinkan proses ini untuk anda.”

Semasa anda menambah butiran penyenaraian anda, berikan perhatian khusus kepada gambar anda, kerana ia biasanya perkara pertama yang tetamu perhatikan sebelum membuat tempahan. Sesetengah hos mengupah jurugambar profesional, dan sebahagiannya menggunakan telefon pintar mereka untuk mengambil gambar menakjubkan yang benar-benar menggambarkan butiran dan suasana ruang mereka.

4. Tentukan cara anda akan menjadi hos

Anda sentiasa mempunyai kawalan penuh ke atas masa dan cara anda menjadi hos di Airbnb. Dengan menggunakan kalendar dan tetapan tempahan kami, anda boleh menyekat hari yang ruang anda tidak tersedia secara manual, memilih masa daftar masuk dan daftar keluar tertentu, tetapkan bilangan malam minimum atau maksimum yang tetamu boleh menginap dan banyak lagi.

“Kami awal-awal telah memutuskan bahawa kami akan mensyaratkan tempahan minimum tiga hari,” kata Lucy, hos dari East Sussex, England. “Ini bermakna pusing ganti yang kurang, tetapi ia membolehkan saya meluangkan masa untuk memberikan semua sentuhan pengehosan tambahan yang saya benar-benar suka.”

Anda juga boleh menggunakan peraturan penginapan anda untuk menetapkan jangkaan untuk tetamu dan menyatakan apa yang dibenarkan dan dilarang di ruang anda.

5. Tetapkan harga anda dan dapatkan bayaran

Anda bebas menentukan harga yang dikenakan di Airbnb. Apabila menetapkan strategi penentuan harga anda, pertimbangkan caj yang dikenakan oleh orang lain di kawasan anda, kemudahan yang anda tawarkan, dan masanya. Ini boleh membantu anda mencari harga yang sesuai untuk anda dan tetamu anda.

Airbnb memudahkan anda menyediakan kaedah pembayaran anda di bahagian Bayaran & Pembayaran akaun anda. Kaedah pembayaran antaranya termasuk pindahan bank atau deposit langsung, kad debit Payoneer, PayPal dan Western Union, bergantung pada tempat anda berada.

Tempat untuk mencari sokongan dan sumber

Penting untuk diingat bahawa anda tidak bersendirian dalam perjalanan anda sebagai hos. Airbnb menyokong hos dalam pelbagai cara, termasuk:

Tidak kira siapa anda atau jenis penginapan yang anda miliki, ada tempat untuk anda dalam komuniti Airbnb. “Apa yang menarik tentang Airbnb ialah kami semua ada sesuatu yang berbeza untuk ditawarkan,” kata Magaly. “Semoga berjaya dan selamat menerima tetamu!”

Hos yang dipaparkan dalam artikel dan video ini bukan pekerja Airbnb dan tidak bekerja di bawah arahan Airbnb. Sebagai Pencipta Hos, mereka bekerjasama dengan Airbnb untuk berkongsi pendapat mereka dan mencipta video ini. Sebarang pendapat, maklumat anekdot atau keterangan testimoni yang dibuat adalah benar, miliknya sendiri, dan bukan kenyataan rasmi Airbnb.

Sorotan

  • Persiapkan ruang anda dan cipta penyenaraian yang menarik

  • Kawal masa dan cara anda menjadi hos

Airbnb
16 Nov 2022
Adakah ini membantu?