Menjadi hos mengikut cara anda

Hoskan ruang anda mengikut cara anda dengan melaraskan tetapan dan peraturan penginapan.
Oleh Airbnb pada 10 Nov 2020
Bacaan 5 minit
Dikemas kini pada 16 Nov 2022

Sorotan

  • Penyenaraian anda membolehkan anda menetapkan bilangan tetamu yang anda hoskan dan kemudahan yang mereka boleh akses

  • Peraturan penginapan membantu anda menetapkan jangkaan dan menunjukkan gaya anda sebagai hos kepada tetamu

  • Tetapan tempahan anda menentukan bila tetamu boleh menempah kediaman anda

Mengalu-alukan orang yang tidak pernah anda temui ke ruang anda mungkin merupakan pengalaman baharu untuk anda. Untuk membantu anda berasa lebih selesa menjadi hos, Airbnb mempunyai tetapan dan ciri-ciri yang membolehkan anda mengawal cara dan masa anda menjadi hos.

Daripada ruang yang tersedia untuk tetamu hingga bilangan tetamu yang boleh menginap, anda boleh menyesuaikan tetapan tempahan anda berdasarkan keperluan, ketersediaan dan pilihan anda.

Sekiranya anda tidak pasti cara memilih tetapan tempahan anda atau mencipta peraturan penginapan anda, jangan bimbang. Kami akan membimbing anda menerusi pilihan-pilihan yang berbeza dan memberikan beberapa contoh cara anda boleh menjadi hos mengikut cara anda.

Cipta penyenaraian yang jelas dan terperinci

Penyenaraian anda memberikan tetamu gambaran tentang ruang anda, membantu mereka memahami pengaturan penginapan dan harga anda sebelum mereka membuat tempahan. Apabila mencipta penyenaraian anda, pertimbangkan:

  • Apakah kadar semalam dan yuran yang anda ingin kenakan: Apabila menjadi hos di Airbnb, anda menetapkan kadar semalam yang anda kenakan kepada tetamu anda. Kadar anda boleh diubah suai pada bila-bila masa sebelum anda menerima tempahan dan boleh berbeza-beza dari malam ke malam dan musim ke musim. Anda juga boleh memilih untuk memasukkan yuran tambahan untuk pembersihan, tetamu tambahan dan banyak lagi. Tip penentuan harga kami boleh membantu anda menetapkan harga kompetitif.
  • Berapa ramai tetamu yang boleh ditempatkan di ruang anda: Dalam penyenaraian anda, nyatakan bilangan tetamu maksimum yang anda bersedia terima pada satu masa. Tetamu hanya boleh menempah penginapan anda jika jumlah orang dalam kumpulan mereka sama atau kurang daripada apa yang anda tetapkan dalam kriteria tempahan anda.
  • Kemudahan yang tersedia untuk tetamu: Hanya kerana anda mempunyai pemanggang atau mesin basuh dan pengering tidak bermakna anda perlu menyediakan kemudahan tersebut untuk tetamu. Anda boleh menyatakan kemudahan yang tetamu boleh gunakan di penginapan anda, kemudahan yang tidak boleh mereka gunakan, dan sebarang kemudahan yang boleh digunakan dengan syarat tertentu. Sebagai contoh, Brian, hos dari Newport, Rhode Island, menulis dalam keterangan penyenaraian beliau, “Tetamu boleh menggunakan mesin basuh dan pengering saya atas permintaan. ”

Tetapkan peraturan penginapan anda

Peraturan penginapan membantu anda menjelaskan mengenai gaya anda sebagai hos dan menetapkan jangkaan dengan tetamu. Ia juga akan membantu tetamu menentukan sama ada penginapan anda sesuai untuk mereka.

Peraturan penginapan anda kini dipaparkan dengan jelas di empat tempat: pada halaman penyenaraian anda, apabila tetamu menempah ruang anda dan dalam e-mel Kemaskan Beg Anda serta Panduan Ketibaan yang diterima tetamu sebelum perjalanan mereka. Dengan peraturan asas, apa sahaja yang anda sertakan dalam peraturan penginapan standard anda boleh dikuatkuasakan.

Anda boleh memilih peraturan penginapan standard anda daripada satu set pilihan tetap mengenai perkara berikut:

  • Haiwan peliharaan
  • Acara
  • Merokok, menghisap vape dan e-rokok
  • Waktu senyap
  • Masa daftar masuk dan daftar keluar
  • Bilangan maksimum tetamu
  • Fotografi dan penggambaran filem komersial

Seperti biasa, anda juga boleh menambah satu set peraturan tambahan bertulis untuk mengiringi peraturan penginapan standard anda. Peraturan tambahan anda hendaklah menjelaskan tempat-tempat yang tetamu dilarang untuk akses, seperti balkoni persendirian atau almari simpanan peribadi. Anda juga boleh memasukkan peraturan yang berkaitan dengan adat tempatan dan serantau (seperti tidak membuat bising semasa siesta) dan syarat-syarat yang tidak termasuk dalam peraturan penginapan standard (seperti dilarang memakai kasut di dalam rumah).

Jika anda percaya bahawa tetamu melanggar peraturan anda—sama ada peraturan yang anda pilih atau peraturan yang anda tulis—hubungi Sokongan Komuniti. Kami akan menyokong anda jika anda perlu membatalkan tempahan ini.

Nota: Semua peraturan penginapan mesti selaras dengan polisi dan terma Airbnb—termasuk terma perkhidmatan dan polisi tanpa diskriminasi kami.

Cara mengedit peraturan penginapan anda

Pilih tetapan tempahan anda

Gunakan tetapan kalendar dan tempahan anda untuk menetapkan ketersediaan anda dan mengenal pasti jenis tempahan yang anda ingin terima. Apabila menentukan tetapan tempahan anda, pertimbangkan:

  • Ketersediaan anda: Terpulang kepada anda untuk menentukan bila anda ingin menjadikan tempat anda tersedia kepada tetamu. Jika anda akan ke luar kawasan, menjadi hos kepada rakan atau keluarga, atau tidak dapat menjadi hos pada masa tertentu, anda boleh menyekat kalendar anda untuk tarikh-tarikh tertentu. Jika anda lebih suka mempunyai lebih banyak masa untuk membuat pembersihan atau berehat antara tetamu, anda juga boleh menetapkan masa persediaan standard sebelum setiap tempahan untuk mewujudkan penimbal antara setiap penginapan.
  • Cara tetamu boleh menempah: Sebagai hos, anda boleh memilih cara tetamu menempah ruang anda: sama ada dengan menggunakan Tempahan Segera atau dengan menghantar permohonan tempahan. Tempahan Segera membolehkan orang yang memenuhi semua syarat tetamu anda dan bersetuju dengan peraturan penginapan anda untuk menempah penginapan anda serta-merta pada mana-mana tarikh yang tersedia. Dengan permohonan tempahan, anda menyemak dan menerima setiap permohonan satu demi satu.
  • Berapa lama anda mahu tetamu menginap: Anda boleh memilih tempoh penginapan minimum dan maksimum di tempat anda, tertakluk pada undang-undang tempatan. Sesetengah hos menyesuaikan syarat-syarat mereka berdasarkan permintaan bermusim, mewajibkan penginapan minimum dua malam malah sehingga seminggu semasa tempoh puncak.
  • Notis awal: Tidak pasti bila anda sedia menjadi hos pada masa hadapan? Tiada masalah. Gunakan tetapan anda untuk mengawal seawal mana anda mahu menerima tempahan. Dengan cara ini, tetamu tidak boleh membuat tempahan untuk tarikh yang anda tidak bersedia untuk menjadi hos. Anda juga boleh menetapkan jumlah notis yang anda perlukan sebelum ketibaan tetamu—contohnya, anda boleh menggunakan tetapan anda untuk mengelakkan tempahan hari yang sama atau hari berikutnya jika anda lebih suka mempunyai lebih banyak notis sebelum tetamu tiba.
  • Masa ketibaan dan bertolak tetamu: Daftar keluar lewat dan ketibaan awal boleh mengganggu tempahan lain, terutamanya jika anda mempunyai tempahan berturut-turut. Anda boleh menggunakan tetapan anda untuk menetapkan masa ketibaan dan bertolak tetamu, dan mengedit penyenaraian anda untuk menerangkan mengapa penting untuk tetamu mematuhi masa ini (contohnya: "Tukang cuci akan tiba pada pukul 11 pagi").

Ingat, tetapan tempahan anda boleh disesuaikan pada bila-bila masa. Ada baiknya untuk menyemak tetapan tempahan anda secara kerap untuk memastikan ia sepadan dengan ketersediaan dan pilihan semasa anda sebagai hos.

Jadi hos dengan yakin

Hos menghargai tetamu yang menjaga penginapan mereka seperti kediaman mereka sendiri. Di Airbnb, kami telah melaksanakan beberapa polisi dan perlindungan untuk membantu menarik minat tetamu yang sesuai untuk ruang anda.

Selain perlindungan ini, keterangan penyenaraian yang jelas, peraturan penginapan yang terperinci dan tetapan tempahan terkini boleh membantu memastikan penginapan anda dilayan dengan hormat, memberikan keyakinan yang lebih tinggi dan membantu mencipta pengalaman yang lebih baik untuk tetamu anda.

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Sorotan

  • Penyenaraian anda membolehkan anda menetapkan bilangan tetamu yang anda hoskan dan kemudahan yang mereka boleh akses

  • Peraturan penginapan membantu anda menetapkan jangkaan dan menunjukkan gaya anda sebagai hos kepada tetamu

  • Tetapan tempahan anda menentukan bila tetamu boleh menempah kediaman anda

Airbnb
10 Nov 2020
Adakah ini membantu?