Cara menyusun gambar penyenaraian menjadi lawatan rumah

Tarik perhatian tetamu yang berminat menerusi panduan visual ruang anda bilik demi bilik.
Oleh Airbnb pada 29 Sep 2021
Bacaan 3 minit
Dikemas kini pada 29 Sep 2021

Sorotan

  • Anda boleh ubah galeri gambar penyenaraian anda menjadi lawatan maya yang disusun mengikut bilik

  • Pastikan imej semasa anda menyerlahkan ruang anda secara terperinci, kemudian tetapkan setiap imej ke kawasan penginapan anda yang betul

  • Kemas kini penyenaraian anda untuk menggunakan ciri ini

Pilih, layari, tempah. Itu yang anda mahu setiap pengembara lakukan apabila penyenaraian anda muncul dalam hasil carian mereka, bukan? Anda biasanya boleh mempengaruhi keputusan mereka untuk menginap dengan anda, atau melihat gambar-gambar anda, dengan imej yang anda berikan tentang ruang anda.

Selain meluangkan sedikit masa untuk mengambil gambar penyenaraian yang hebat dan memilih yang terbaik untuk dikongsi, apa yang boleh anda lakukan untuk memikat pengunjung? Cuba ubah galeri gambar anda menjadi lawatan maya yang teratur.

Galeri gambar anda terdiri daripada semua imej yang anda muat naik ke penyenaraian anda. Pada skrin yang lebih kecil, seperti telefon pintar, tetamu boleh melihat galeri gambar anda dengan mengetik imej muka depan anda, yang ditampilkan secara tunggal di bahagian atas halaman penyenaraian anda.

Pada skrin yang lebih besar seperti tablet dan komputer riba, grid 5-foto menggantikan imej muka depan tunggal, sekaligus memberikan tetamu gambaran yang lebih jelas tentang apa yang menjadikan penginapan anda menarik. Mereka boleh memilih mana-mana imej untuk melayari galeri anda yang lain, yang dipaparkan dalam grid menegak yang lebih besar.

Anda boleh mengatur grid yang lebih besar ini mengikut bilik atau kawasan ruang anda. Anggap ini sebagai memberi tetamu lawatan maya—peluang untuk melihat setiap sudut ruang anda sebelum menempah.

Sebaik-baiknya, galeri gambar anda menunjukkan kepada tetamu apa yang mereka boleh jangkakan tentang ruang anda, dengan setiap gambar menceritakan bahagian yang berbeza daripada keseluruhan cerita.

Mulakan dengan memastikan anda menawarkan gambar yang jelas dan terang bagi setiap bilik dan kawasan penginapan anda yang tersedia untuk tetamu. Sarah, Superhost dari Sayulita, Mexico, mencadangkan untuk memasukkan “sekurang-kurangnya 2 gambar bagi setiap bilik tidur, dari sudut yang berbeza, supaya tetamu boleh melihat sama ada terdapat almari, meja atau apa sahaja yang ada di sana.”

Sebelum: Galeri gambar anda memaparkan gambar penyenaraian anda sebagai blok imej yang tetamu boleh tatal.

Seterusnya, tambah beberapa gambar kemudahan khas atau butiran lain jika anda belum berbuat demikian. Ini boleh termasuk dapur yang lengkap, pejabat berpintu atau bilik permainan kanak-kanak yang lengkap.

Gambar ciri kebolehcapaian seperti pintu masuk tanpa tangga atau pintu yang lebar juga merupakan maklumat penting. Tetamu biasanya ingin melihat keunikan ruang anda—dan tempat yang hebat untuk menginap.

Setelah anda berpuas hati dengan galeri gambar anda, anda boleh mengaturnya menjadi lawatan maya. Kemas kini penyenaraian anda dengan dua langkah mudah ini:

  1. Di bawah butiran penyenaraian, pilih Penginapan dan bilik, kemudian tatal ke bawah untuk mengedit Bilik dan ruang.
  2. Senarai kawasan atau bilik yang boleh digunakan oleh tetamu anda akan muncul. (Untuk menambah atau membuang bilik, pergi ke Edit bilik dan ruang.) Pilih bilik pada senarai, pilih butang Tambah gambar, dan pilih gambar bilik ini yang terdapat dalam galeri gambar anda. Ulang proses yang sama untuk setiap bilik.
Selepas: Galeri gambar anda disusun supaya tetamu boleh meneroka gambar penyenaraian anda mengikut bilik.

Mengisih setiap gambar dalam galeri gambar anda mengikut bilik atau kawasan tertentu membantu mencipta lawatan yang menarik dan mudah diikuti oleh tetamu. Tidak mengapa jika anda mempunyai beberapa gambar lain. Ia akan dimasukkan secara automatik ke dalam bahagian Gambar Tambahan pada penghujung lawatan. Cuma pastikan imej-imej ini tidak tergolong dalam kategeori lain untuk mengelakkan kekeliruan.

Selepas anda mengemas kini penyenaraian anda, galeri anda disusun mengikut bilik atau kawasan. Tetamu mendapat gambaran keseluruhan penginapan yang membolehkan mereka meneroka setiap kawasan, atau mereka boleh melihat seluruh lawatan. Lawatan ini biasanya bermula di ruang tamu, kemudian beralih ke dapur, bilik tidur, bilik mandi, kawasan luar, dan mana-mana ruang tambahan yang anda ada dalam penyenaraian anda.

Penting untuk diingat bahawa menyusun galeri gambar anda mengikut bilik atau kawasan tidak akan menjejaskan gambar muka depan atau grid 5-foto di bahagian atas penyenaraian anda. Dengan berbuat demikian, anda boleh membantu memberikan maklumat kepada tetamu yang ingin tahu dan keyakinan yang mereka perlukan untuk menempah penginapan dengan anda.

Sorotan

  • Anda boleh ubah galeri gambar penyenaraian anda menjadi lawatan maya yang disusun mengikut bilik

  • Pastikan imej semasa anda menyerlahkan ruang anda secara terperinci, kemudian tetapkan setiap imej ke kawasan penginapan anda yang betul

  • Kemas kini penyenaraian anda untuk menggunakan ciri ini

Airbnb
29 Sep 2021
Adakah ini membantu?