Cara mengamalkan proses pembersihan 5 langkah Airbnb

Dapatkan panduan untuk melaksanakan proses pembersihan lima langkah.
Oleh Airbnb pada 4 Jun 2020
Bacaan 7 minit
Dikemas kini pada 25 Jun 2021

Sorotan

  • Proses pembersihan terdiri daripada lima langkah: bersiap sedia, bersihkan, sanitasikan, periksa dan siapkan semula

  • Kami tahu bahawa mungkin sukar untuk mengamalkan rutin pembersihan baharu, jadi anda boleh dapatkan tip tambahan, senarai semak tersuai, dan sebagainya di bahagian pembersihan tab Prestasi

    • Anda juga boleh merujuk buku panduan pembersihan Airbnb yang disokong oleh pakar untuk membantu mengamalkan proses pembersihan 5 langkah yang dipertingkatkan

    • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk mencipta ruang mesra tetamu

    Memandangkan kebersihan amat penting sekarang, hos penginapan perlu memberi komitmen untuk menjalankan proses pembersihan lima langkah Airbnb yang dipertingkatkan dan kami sedia membantu anda melaksanakannya. Artikel ini akan membimbing anda melaksanakan lima langkah tersebut, serta panduan tambahan, tip dan amalan terbaik untuk membantu anda mematuhi standard pembersihan yang konsisten. Amalan terbaik ini disusun berdasarkan buku panduan pembersihan yang dipertingkatkan, yang dibangunkan oleh pakar kesihatan dan hospitaliti demi kesejahteraan anda.

    Sebelum membersihkan ruang, penting untuk anda atau tukang cuci profesional anda merujuk pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan garis panduan tentang tempoh menunggu yang sesuai sebelum memasuki ruang. Contohnya, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mencadangkan tempoh menunggu selama mungkin (sekurang-kurangnya beberapa jam) selepas tetamu keluar, sebelum memasuki ruang ini kerana ini boleh membantu mengurangkan pendedahan anda kepada kuman. Untuk memperuntukkan masa yang mencukupi untuk melengkapkan proses pembersihan, anda juga perlu mempertimbangkan untuk menambah penimbal tempahan antara tempahan dengan mengemas kini tetapan anda untuk masa persediaan.

    Untuk membantu anda bermula, kami berkongsi amalan terbaik tentang lima langkah proses pembersihan: bersiap sedia, bersihkan, sanitasikan, periksa dan siapkan semula.

    Langkah 1: Bersiap sedia untuk pembersihan yang selamat

    • Udarakan bilik sebelum dan semasa anda membersih. Pihak berkuasa pengawalseliaan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S. (CDC) mengesyorkan pintu dan tingkap luar dibuka dan kipas pengudaraan digunakan untuk meningkatkan peredaran udara di ruang sebelum mula membersih dan mensanitasi. Udarakan ruang selama mungkin sebelum dan semasa pembersihan.
    • Kumpulkan bekalan pembersihan yang betul. Kami syorkan hanya larutan disinfektan dan pensanitasi yang didaftarkan dengan agensi-agensi kerajaan anda yang berkaitan (cth. Agensi-agensi Kimia Eropah atau Agensi-agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S.) digunakan.
    • Semak garis panduan keselamatan untuk bahan kimia anda. Sentiasa baca label pada produk anda untuk memahami bahan-bahan aktifnya dan cara menggunakannya dengan betul.
    • Cuci tangan anda selama sekurang-kurangnya 20 saat dengan sabun dan air. Jika ini tidak boleh dilakukan, gunakan pensanitasi tangan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol, dan rujuk agensi kerajaan tempatan anda untuk garis panduan terkini.
    • Pakai peralatan pelindung. Sebelum anda memasuki ruang ini, pertimbangkan untuk memakai peralatan pelindung seperti sarung tangan pakai buang dan pelitup muka atau penutup muka kain.
    • Keluarkan semua sampah. Bermula dengan langkah ini membantu mencegah sampah kotor mencemari ruang setelah dibersihkan. Pastikan semua tong sampah dilapisi dengan beg sampah untuk memudahkan pembuangan tisu dan sisa lain.
    • Kutip semua kain kotor di seluruh ruang. Kami telah mendapat tahu daripada Hos bahawa mendobi merupakan salah satu aktiviti yang paling banyak memakan masa antara peralihan tetamu. Kumpulkan semua kain kotor sebaik sahaja anda memasuki ruang, dan jangan mengibas kain kotor tersebut kerana ini boleh meningkatkan penyebaran kuman.
    • Cabut palam sebelum melakukan pembersihan. Untuk keselamatan anda dan untuk melindungi lekapan, jangan lupa untuk mencabut palam peralatan sebelum melakukan pembersihan. Peralatan yang telah "dimatikan" tetapi tidak dicabut palamnya masih ada aliran elektrik selagi tidak dicabut. Anda juga boleh mematikan kuasa pada litar utama.

    Peringatan keselamatan: Pertimbangkan untuk memakai peralatan pelindung yang bersih sebelum memasuki ruang. Merujuk kepada semua label keselamatan juga boleh membantu anda memahami cara menggunakan bahan kimia pembersih dengan betul.

    Langkah 2: Bersihkan habuk dan cebisan sampah

    Membersih bermakna menghilangkan kuman dan kotoran daripada permukaan—contohnya, menggunakan kain bersabun untuk mengelap kaunter dapur atau bahagian atas dapur. Penting untuk melengkapkan langkah ini sebelum mensanitasi ruang anda.

    • Cuci kain pada tetapan haba tertinggi yang disyorkan oleh pengilang. Jangan lupa untuk mencuci tangan anda sebelum mengendalikan sebarang kain bersih.
    • Cuci semua pinggan mangkuk, dan kosongkan mesin pencuci pinggan mangkuk. Penting untuk mencuci semua pinggan yang digunakan oleh tetamu untuk membantu memastikan standard kebersihan. Sekiranya anda tidak mempunyai mesin basuh pinggan mangkuk, cuci pinggan mangkuk menggunakan air panas dan sabun pinggan mangkuk antibakteria. Untuk membantu mengelakkan pencemaran silang, mulakan dengan berjalan ke seluruh ruang dan mengutip pinggan mangkuk dari setiap bilik.
    • Bersihkan ruang daripada habuk, dan sapu atau vakum lantai. Apabila membersihkan habuk, mula dari atas ke bawah untuk memastikan tidak ada tanda-tanda kotoran yang tinggal. Sapu semua lantai permukaan keras dan gunakan pembersih vakum untuk menyedut habuk daripada permaidani.
    • Bersihkan permukaan keras dengan sabun dan air. Lap setiap permukaan untuk menghilangkan kotoran, minyak, habuk, dan kuman. Permukaan keras termasuk permukaan kaunter, meja, sinki, kabinet, dan lantai. Apabila mengemop, mulakan dari sudut belakang bilik ke hadapan, dan buang air ke dalam sinki yang belum dibersihkan.

    • Bersihkan permukaan lembut berdasarkan arahan pengilang. Permukaan lembut termasuk permaidani, katil, dan upholsteri. Jika kotor, buang sebarang kotoran yang kelihatan dengan cermat, kemudian bersihkan dengan pembersih yang sesuai. Jika boleh, cuci item dengan mesin mengikut arahan pengilang.

    Peringatan keselamatan: Untuk membantu mengelakkan penyebaran kuman, jangan sentuh muka anda semasa mencuci.

    Langkah 3: Sanitasikan dengan disinfektan

    Mensanitasi bermakna menggunakan bahan kimia untuk mengurangkan bilangan kuman dan bakteria. Semasa langkah ini, kami mewajibkan Hos mensanitasikan semua kawasan yang kerap disentuh. Contohnya, Hos boleh mensanitasikan tombol pintu, suis lampu dan kabinet dengan menyembur bahan kimia pembasmi kuman kepada permukaan ini.

    • Setelah permukaan keras bersih, semburkan dengan disinfektan. Fokus kepada mensanitasi semua permukaan yang kerap disentuh di ruang (seperti tombol pintu dan suis lampu). Pastikan anda mensanitasikan barangan elektronik berdasarkan arahan pembersihan pengilang.
    • Biarkan disinfektan kekal basah untuk tempoh masa yang dinyatakan. Label produk akan menyatakan masa sentuhan basah yang diperlukan untuk bahan kimia mensanitasikan permukaan dengan berkesan. Ini membolehkan bahan kimia membunuh kuman sebanyak mungkin.
    • Benarkan permukaan kering. Sekiranya permukaan kering sebelum masa sentuhan basah, tiada jaminan bahawa produk telah membunuh patogen seperti yang dinyatakan pada label.

    Peringatan keselamatan: Merujuk kepada semua label keselamatan membantu memastikan anda menggunakan bahan kimia pembersih dengan betul.


    Langkah 4: Teliti senarai semak bilik demi bilik anda

    Anda akan mendapat akses kepada senarai semak pembersihan tersuai berdasarkan butiran penyenaraian anda. Pastikan anda merujuk amalan terbaik dalam setiap senarai semak bilik demi bilik, dan kongsi dengan pasukan perkhidmatan pengehosan atau tukang cuci profesional anda.

    • Semak sekali lagi untuk memastikan semua permukaan yang kerap disentuh telah disanitasikan. Tangani apa sahaja yang mungkin telah terlepas.
    • Ambil maklum tentang sebarang isu penyelengaraan atau item yang hilang. Semasa anda memeriksa seluruh ruang untuk memastikan semuanya selesai, ambil maklum tentang sebarang item yang perlu diganti, diisi semula, atau diisi semula.

    Langkah 5: Siapkan semula bilik

    Untuk membantu mengelakkan pencemaran silang, penting untuk menyelesaikan pembersihan dan sanitasi bilik sebelum mempersiapkannya semula untuk tetamu seterusnya.

    • Buang dan cuci kelengkapan pembersihan anda. Buang produk pakai buang seperti tisu lap disinfektan. Pastikan peralatan lain yang digunakan juga dibersihkan. Cuci semua kain pembersih pada tetapan haba paling tinggi yang boleh dan sesuai dengan kain tersebut.
    • Tanggalkan kelengkapan pembersihan dengan selamat selepas anda selesai melakukan pembersihan. Buang atau cuci semua peralatan pelindung mengikut garis panduan penggunaannya.
    • Cuci tangan anda selama sekurang-kurangnya 20 saat dengan sabun dan air. Jika ini tidak boleh dilakukan, gunakan pensanitasi tangan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol, dan rujuk agensi kerajaan tempatan anda untuk garis panduan terkini.
    • Nilai secara visual setiap bilik untuk memastikan semuanya telah siap sedia untuk tetamu seterusnya. Bayangkan diri anda sebagai tetamu yang memasuki ruang buat pertama kalinya.
    • Sediakan bekalan pembersihan untuk tetamu anda. Kami telah mendapat tahu daripada tetamu bahawa mereka sendiri mahu melakukan pembersihan semasa menginap di penyenaraian anda. Bantu tetamu anda dengan menyediakan bekalan pembersihan yang mereka boleh gunakan, seperti pensanitasi tangan, tuala kertas pakai buang, sarung tangan pakai buang, semburan atau tisu disinfektan, dan sabun tangan tambahan.
    • Tambah semula bekalan pembersihan anda. Pastikan anda memeriksa tarikh tamat tempoh dan tambah semula bekalan yang telah anda gunakan supaya anda bersedia untuk tetamu seterusnya.

    Peringatan keselamatan: Sentiasa pastikan produk kimia di luar jangkauan kanak-kanak.

    Komitmen kepada standard pembersihan yang lebih tinggi

    Memandangkan anda tahu proses pembersihan lima langkah, sudah tiba masanya untuk mengemas kini rutin semasa anda dan menerapkan teknik ini kepada setiap bilik di ruang anda. Kami tahu sukar untuk menerapkan rutin pembersihan baharu, jadi kami telah mengumpulkan buku panduan pembersihan menyeluruh yang merangkumi panduan yang disokong oleh pakar, tip keselamatan, dan senarai semak untuk membantu anda menerapkan proses pembersihan lima langkah dipertingkatkan Airbnb. Kami mewajibkan hos penginapan mengikuti proses pembersihan 5 langkah Airbnb yang dipertingkatkan antara setiap penginapan.

    Setelah hos memberi komitmen untuk mengikuti proses pembersihan 5 langkah, komitmen mereka kepada pembersihan yang dipertingkatkan akan ditunjukkan pada halaman penyenaraian mereka untuk memaklumkan tetamu bahawa mereka bersetuju untuk mengikuti standard pembersihan yang konsisten.

    Perlu diingat bahawa syarat pembersihan boleh dikemas kini dari masa ke masa seiring dengan perubahan panduan pakar. Berdasarkan perkembangan sains, proses pembersihan 5 langkah Airbnb yang dipertingkatkan dan buku panduan pembersihan terperinci bertujuan untuk mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan Hos dan tetamu.

    Kami tahu bahawa memperkenalkan proses baharu ke dalam rutin anda mengambil masa, jadi kami membangunkan ciri-ciri bimbingan dan produk untuk membantu anda melengkapkan standard pembersihan ini dengan cekap dan tepat. Lihat bahagian pembersihan tab Prestasi anda untuk mendapatkan panduan, tip dan senarai semak tersuai. Untuk panduan terperinci, anda juga boleh memuat turun buku panduan pembersihan.
    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan. Proses pembersihan lima langkah yang dipertingkatkan memberikan satu set syarat mudah untuk membersihkan penyenaraian anda. Untuk maklumat lanjut tentang cara melaksanakan langkah-langkah tersebut, sila rujuk seluruh buku panduan pembersihan Airbnb. Sebagai hos, anda mungkin perlu mengambil langkah tambahan untuk melindungi diri anda, pasukan anda, dan tetamu anda, dan anda perlu sentiasa merujuk dan mematuhi semua undang-undang atau garis panduan tempatan yang berkaitan. Airbnb tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau penyakit yang berlaku kerana mengikuti proses pembersihan ini. Untuk garis panduan dan peraturan pembersihan yang khusus dengan tempat anda menjadi hos, sila tanda buku artikel Pusat Bantuan ini.

    Sorotan

    • Proses pembersihan terdiri daripada lima langkah: bersiap sedia, bersihkan, sanitasikan, periksa dan siapkan semula

    • Kami tahu bahawa mungkin sukar untuk mengamalkan rutin pembersihan baharu, jadi anda boleh dapatkan tip tambahan, senarai semak tersuai, dan sebagainya di bahagian pembersihan tab Prestasi

      • Anda juga boleh merujuk buku panduan pembersihan Airbnb yang disokong oleh pakar untuk membantu mengamalkan proses pembersihan 5 langkah yang dipertingkatkan

      • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk mencipta ruang mesra tetamu
      Airbnb
      4 Jun 2020
      Adakah ini membantu?