Cara menetapkan strategi penentuan harga

Harga yang tepat boleh membantu anda menarik tetamu dan menambah pendapatan anda di Airbnb.
Oleh Airbnb pada 1 Dis 2020
Bacaan 2 minit
Dikemas kini pada 20 Nov 2023

Harga ialah salah satu faktor utama yang tetamu pertimbangkan apabila memilih tempat penginapan. Walau secantik mana pun ruang anda, jika harganya lebih tinggi berbanding penginapan serupa yang berhampiran, kemungkinan besar anda akan terlepas mendapat tempahan.

Penyenaraian dengan harga yang dikemas kini empat kali pada tahun 2022 mencatat penambahan bilangan malam yang ditempah lebih 30% berbanding penyenaraian yang harganya tidak berubah.*Pertimbangkan tip ini untuk mengetahui strategi penentuan harga yang sesuai untuk anda.

Kenali kawasan anda

Gunakan kalendar anda untuk membandingkan harga anda dengan harga purata penyenaraian serupa yang berdekatan pada peta kawasan anda. Anda boleh memilih sama ada mahu melihat penyenaraian yang ditempah atau tidak ditempah.

Berikut adalah cara untuk membandingkan harga pada peta:

  • Pilih mana-mana tarikh atau julat tarikh sehingga 31 malam.

  • Ketik atau klik harga semalam anda, kemudian butang yang menunjukkan pin lokasi dengan perkataan “Penyenaraian serupa” dan julat harga.

Harga yang dipaparkan pada peta menggambarkan harga purata penginapan yang ditempah atau tidak ditempah bagi setiap penyenaraian untuk tarikh yang dipilih. Faktor-faktor yang menentukan penyenaraian mana yang serupa termasuk lokasi, saiz, ciri, kemudahan, penarafan, ulasan, dan penyenaraian lain yang dilayari oleh tetamu semasa mempertimbangkan penginapan anda.

Tawarkan nilai terbaik

Memahami jumlah yang tetamu anda bayar boleh membantu anda menawarkan nilai terbaik dan menyokong matlamat pendapatan anda. Harga keseluruhan mereka termasuk harga semalam anda, sebarang yuran tambahan yang anda tetapkan (untuk pembersihan, tetamu tambahan, atau haiwan peliharaan), yuran perkhidmatan Airbnb, dan cukai.

Harga yang kompetitif boleh membantu penyenaraian anda menonjol dan mendapat kedudukan yang lebih tinggi dalam hasil carian. Algoritma ini mengutamakan harga keseluruhan dan kualiti penyenaraian yang dibandingkan dengan penyenaraian serupa yang berdekatan.

Sesetengah kos yang anda sertakan dalam harga anda mungkin tidak jelas kepada tetamu. Adakah anda menawarkan perkhidmatan tambahan, seperti sarapan lengkap, produk mandian mewah atau perkhidmatan penstriman? Pastikan ia jelas dalam keterangan penyenaraian anda untuk membantu tetamu menyedari bahawa harga penginapan anda berbaloi.

Pertimbangkan diskaun dan promosi

Diskaun dan promosi membolehkan anda menawarkan harga yang lebih rendah dalam keadaan tertentu tanpa mengubah harga semalam biasa anda. Alat ini menyokong situasi yang berbeza, seperti mengalu-alukan tetamu pertama anda atau menjadi hos dengan tempoh penginapan yang lebih lama.

  • Penyenaraian baharu: Mempromosikan penyenaraian baharu dengan diskaun 20% atas harga semalam anda boleh membantu menarik minat tiga tetamu pertama anda untuk menempah. Data Airbnb menunjukkan bahawa hos yang menawarkan promosi ini semasa 30 hari pertama penyenaraian aktif mendapat tempahan awal mereka lebih cepat.

  • Tempoh penginapan yang lebih lama: Menawarkan diskaun mingguan dan bulanan boleh membawa kepada penghunian yang lebih tinggi, pusing ganti yang lebih rendah dan kurang kerja untuk anda. 46% daripada malam yang ditempah di Airbnb merupakan tempahan selama seminggu atau lebih pada tahun 2022.

Diskaun dan promosi yang tersedia untuk penyenaraian anda boleh ditetapkan daripada kalendar hos anda.

*Berdasarkan penyenaraian di seluruh dunia (kecuali China, Belarus, Rusia dan Ukraine) yang ada satu malam atau lebih tersedia dari Januari hingga Disember 2022 dan tidak menghidupkan Penentuan Harga Pintar. Faktor tambahan memberi kesan kepada malam yang ditempah.

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Airbnb
1 Dis 2020
Adakah ini membantu?