Cara menulis keterangan yang hebat tentang penginapan anda

Cuba tip ini untuk menonjolkan keistimewaan penginapan anda.
Oleh Airbnb pada 5 Mei 2021
Bacaan 2 minit
Dikemas kini pada 16 Nov 2022

Menulis keterangan yang hebat adalah salah satu cara terbaik untuk menarik tetamu. Anda tidak perlu menjadi seorang pujangga—anda hanya perlu memberitahu orang ramai apa yang boleh dijangkakan di penginapan anda.

Untuk bermula, pilih sehingga dua sorotan yang disediakan, dan kami akan mencadangkan ayat pendahuluan. Contohnya, jika anda memilih "Damai" dan "Bergaya," kami mungkin mencadangkan "Bersantai dan berehat di dalam ruang yang tenang dan bergaya ini."

Ayat pendahuluan hanyalah satu idea, dan ia bertujuan untuk memberi inspirasi kepada anda. Kami syorkan anda menggantikan ayat kami dengan perkataan anda sendiri, dan menambah butiran penting lain mengenai ruang anda. Kami tahu anda boleh melakukannya!

Cuba tip ini untuk mencipta keterangan penginapan anda sendiri yang menarik:

1. Pamerkan ciri istimewa. Setiap ruang berbeza, jadi kongsi apa yang membezakan penginapan anda. Contohnya:

  • Adakah dapur mempunyai stok yang mencukupi? “Sediakan snek cepat atau jamuan hebat di dapur chef yang lengkap.”
  • Ada pemandangan yang hebat? “Lihat matahari terbenam di atas tasik sambil berehat di tempat duduk sisi jendela kami.”
  • Tawarkan akses mudah? “Pintu masuk tanpa anak tangga kami boleh diakses dengan laluan lebar dan berturap dari pintu masuk.”

2. Sampaikan secara terperinci. Sertakan butiran praktikal yang boleh membantu tetamu merancang lebih awal. Berterus terang tentang sebarang keunikan ruang anda untuk mempermudahkan tetamu membuat jangkaan realistik. Contohnya:

  • Adakah salah satu katil anda ialah sofa? “Sofa tarik keluar mempunyai tilam bersaiz queen.”
  • Terletak di bandar yang bising? “Kami terletak di tengah-tengah, jadi ada sedikit bunyi lalu lintas bandar.”
  • Ada rangkaian telefon bimbit yang tidak stabil? “Kami berada di lokasi terpencil, jadi cetak tunjuk arah kami sebelum anda keluar.”

3. Ceritakan kisah ruang anda. Semasa memberikan butiran, bantu tetamu membayangkan diri mereka menjadi wira pengembaraan mereka sendiri. Contohnya:

  • Memulihkan bilik mandi antik? “Berendam dalam tab berkaki dan biarkan masalah anda hilang.”
  • Ada tempat makanan burung? “Mulakan hari anda bersama burung madu!”

4. Pastikan ia ringkas. Tulis dengan jelas, memberi tumpuan kepada butiran penting yang anda belum catat. Contohnya:

  • Bangga dengan pilihan permainan anda? “Uji kemahiran catur anda, main permainan papan, atau cuba buku mewarna kami—menyeronokkan untuk semua peringkat umur!”
  • Ada katil mewah? “Baring di atas tilam busa memori dengan cadar kapas Mesir.”

Ingat bahawa anda boleh mengemas kini keterangan anda kemudian. Ramai hos memperhalusi keterangan mereka dari semasa ke semasa.

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.
Airbnb
5 Mei 2021
Adakah ini membantu?