Kandungan ini tidak tersedia dalam bahasa pilihan anda, jadi kami telah menyediakannya dalam bahasa terdekat yang tersedia buat masa ini.

Tip pembersihan daripada hos berpengalaman

Ruang yang bersih membantu memastikan tetamu gembira dan mendapat ulasan yang hebat.
Oleh Airbnb pada 9 Mac 2023
Bacaan 3 minit
Dikemas kini pada 9 Mac 2023

Penginapan yang bersih boleh membawa kepada ulasan yang cemerlang. Tetapi faktor kebersihan yang tidak dititikberatkan adalah salah satu sebab utama tetamu meninggalkan ulasan negatif. Cuba petua ini daripada hos yang berpengalaman untuk memastikan tempat anda sentiasa bersih.

Mencipta strategi pembersihan

Sama ada anda melakukan pembersihan sendiri atau mengupah tukang cuci, ruang anda perlu dibersihkan dengan teliti antara setiap tetamu, setiap kali.

“Penting untuk mempunyai konsistensi dan senarai semak untuk tukang cuci,” kata Juliette, ahli Lembaga Penasihat Hos di Nairobi, Kenya. “Ia membantu mereka, kerana ia menjadi rutin. Pembersihan rumah yang betul benar-benar berkesan.”

Jika anda mengupah tukang cuci, semak sendiri proses pembersihan, supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dimasukkan ke dalam senarai semak. Pastikan anda menjadualkan masa yang mencukupi antara tempahan untuk kerja yang teliti, dan cari tukang cuci kedua atau cipta pelan sandaran sekiranya tukang cuci anda tidak dapat hadir.

Pembersihan untuk tetamu memerlukan lebih banyak perhatian terhadap perincian berbanding membersihkan untuk diri sendiri. Pertimbangkan untuk melabur dalam pembersihan intensif berkala untuk membuat tugas rutin antara tempahan kurang intensif dan lebih cekap.

Mulakan dengan perkara asas

Juliette menekankan kepentingan menyasarkan kawasan tertentu semasa membersihkan.

  • Mulakan dengan kawasan tumpuan ramai. “Dapur dan bilik mandi sangat penting, kerana ia adalah ruang yang paling banyak digunakan,” kata Juliette. Setelah bilik mandi bersih, beliau menumpu di dapur pula, di mana tukang cucinya mencuci semua pinggan mangkuk. “Kami melakukan pembersihan yang benar-benar teliti,” katanya.
  • Seterusnya: bilik tidur. Tukang cuci Juliette membuka laci, melihat di bawah katil, dan memastikan tiada apa-apa yang terlepas. “Kemudian kami menanggalkan cadar katil, menganginkan rumah, membuka tingkap sepenuhnya, merendam semua alas tempat tidur,” katanya.
  • Akhir sekali, fokus pada katil. Rutin Juliette? “Tilam mempunyai pelindung, bantal mempunyai pelindung, dan anda menukar keseluruhan set,” katanya.

Memberi tumpuan kepada butiran

Berfikir seperti tetamu. Sebagai contoh, Tammi, hos di Seattle, berkata: “Langsir mandi sering dilupakan. Saya menggunakan lapisan plastik, dan saya membersihnya dengan menyembur dan mengelapnya selepas setiap tetamu pulang. Saya akan menggantikannya setiap satu atau dua bulan.”

Begitu juga, jangan terlepas kawasan sentuhan tinggi seperti suis lampu. “Suis lampu boleh menjadi sangat kotor, tetapi anda tidak menyedarinya kerana anda sudah terbiasa dengannya,” kata Adam, hos dari Atlanta. "Caranya adalah mencuci dengan sedikit alkohol gosok.”

Bersihkan tempat daripada rambut gugur

Tetamu tidak mahu terjumpa rambut orang lain di ruang mereka. Sue dan John, hos di Salt Lake City, mempunyai tip untuk menangani rambut gugur: “Selepas saya mencuci semua peralatan katil, saya melalukan gulungan pelekat habuk di cadar, sarung bantal dan selimut,” kata mereka.

Laura, hos di Cottonwood, Arizona, mencadangkan pertukaran mop. “Bersihkan lantai bilik mandi menggunakan tangan sambil bertinggung,” katanya, menggunakan berus gosok atau kain gentian mikro. “Kaedah ini lebih cepat dan mudah, dan anda tidak akan terlepas sebarang rambut.” Dan jangan lupa untuk membersihkan longkang bilik mandi antara setiap tetamu.

Mencuba tip hos lain

Berikut adalah beberapa inspirasi pembersihan daripada hos berpengalaman:

  • Mulakan dengan mesin basuh. “Perkara pertama yang saya buat ialah ambil semua cadar dan tuala dan masukkan dalam mesin basuh supaya ia dapat dicuci sementara saya buat pembersihan lain.” kata Emma-Kate di San Francisco. “Proses ini cekap.”
  • Menggilap lantai kayu. "Saya mempunyai lantai kayu keras. Saya menggilapnya dengan kerap supaya apabila tetamu berjalan masuk mereka nampak lantai yang berkilat,” kata Tammi di Seattle. “Ia memberikan persepsi kebersihan menyeluruh, yang menimbulkan keyakinan.”
  • Lipat tisu bilik mandi. “Saya melipat bahagian bawah tisu tandas,” kata Emma-Kate. Hal itu mungkin remeh, tetapi tindakan itu akan menyegarkan bilik mandi dan menunjukkan anda mengambil berat.”
  • Isi semula sabun tangan dan botol syampu. “Kemudahan bilik mandi yang terasa baharu amat menyenangkan hati,” kata Alex di San Francisco. “Botol yang penuh dan tertutup membuat tetamu berasa seperti orang pertama yang menggunakannya.”
Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.
Airbnb
9 Mac 2023
Adakah ini membantu?