Memperkenalkan tab Hari Ini, pangkalan pengehosan anda

Anda akan menemui alat dan tugas utama sebaik sahaja anda membuka Airbnb.
Oleh Airbnb pada 17 Mei 2021
Bacaan 3 minit
Dikemas kini pada 1 Jun 2022

Sorotan

  • Tab Hari Ini membantu anda menguruskan rutin harian anda sebagai hos

  • Ia memberikan anda akses pantas kepada tugas dan maklumat penting daripada mana-mana peranti

Apabila kalendar anda penuh, tugas anda sebagai hos berkemungkinan besar akan bertambah banyak. Tab Hari Ini—skrin pertama yang muncul apabila anda beralih kepada mod hos melalui aplikasi atau laman web Airbnb—ia direka untuk membantu anda menjimatkan masa dalam melakukan tugas harian.

Dari tab Hari Ini, anda boleh menguruskan permohonan menempah atau tempahan dan mengakses lebih banyak alat untuk menyelesaikan urusan dengan mudah. Anda juga boleh mendapatkan sumber lain, termasuk berita dan tip terkini daripada Airbnb.

Alat dan sumber utama

Sama ada anda mengakses tab Hari Ini daripada peranti mudah alih atau komputer, skrin ini menunjukkan maklumat penting sama yang anda perlukan untuk terus mendapat maklumat terkini tentang rutin anda sebagai hos. Di sini anda akan menemui:

  • Makluman yang perlu disampaikan tepat pada masanya, seperti permohonan menempah aktif atau tindakan yang anda perlu ambil

  • Tempahan tetamu, semasa dan akan datang

  • Langkah seterusnya, termasuk tindakan khusus yang anda boleh ambil untuk membantu meningkatkan daya tarikan penyenaraian anda dan memanfaatkan trend tempahan

  • Tip pengehosan dan maklumat terkini daripada Airbnb tentang ciri dan alat baharu, acara-acara khas, dan perubahan kepada polisi yang mungkin memberi kesan kepada anda

Ciri-ciri mesra mudah alih

Bersikap responsif kepada tetamu adalah kunci untuk menjadi hos yang berjaya, itulah sebabnya ramai hos menjawab dari mana sahaja mereka berada menggunakan telefon pintar mereka. Pada semua versi aplikasi mudah alih, tab Hari Ini menghalakan anda ke maklumat penting hanya dengan satu ketik.

Di bahagian bawah skrin anda, anda akan menemui beberapa butang untuk anda:

  • Tab Hari Ini, yang membawa anda kembali ke bahagian atas skrin dengan cepat

  • Peti masuk, tempat anda boleh membaca, menghantar, dan menjadualkan mesej—atau menghubungi kami untuk mendapatkan sokongan

  • Kalendar, tempat anda boleh memastikan tetapan penentuan harga dan ketersediaan dikemas kini, terutamanya jika anda menghidupkan Tempahan Segera

  • Maklumat, yang termasuk data mengenai prestasi anda, trend tempahan, dan peluang untuk menjana lebih banyak pendapatan

  • Menu, tempat anda boleh pergi terus ke penyenaraian anda dan mencari pautan kepada sumber pengehosan, forum komuniti kami, dan banyak lagi

Ciri-ciri mesra desktop

Tab Hari Ini sama sahaja di web dan dalam aplikasi, kecuali untuk hos yang ada lebih daripada satu penyenaraian. Jika anda mempunyai berbilang penyenaraian, anda boleh mengakses alat pengehosan profesional kami melalui butang Menu di web sahaja. Ciri-ciri ini termasuk sejarah transaksi dan statistik anda seperti pendapatan.

Walau sesibuk mana pun jadual anda, anda boleh bergantung pada tab Hari Ini untuk membantu anda memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting dalam rutin anda sebagai hos.

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Sorotan

  • Tab Hari Ini membantu anda menguruskan rutin harian anda sebagai hos

  • Ia memberikan anda akses pantas kepada tugas dan maklumat penting daripada mana-mana peranti

Airbnb
17 Mei 2021
Adakah ini membantu?