Menetapkan matlamat untuk meningkatkan prestasi penyenaraian anda

Cuba alat Airbnb dan tip Superhost ini untuk memperbaiki strategi anda.
Oleh Airbnb pada 25 Feb 2022
Bacaan 4 minit
Dikemas kini pada 25 Feb 2022

Sorotan

  • Menyemak sejarah anda, ulasan tetamu dan trend tempatan boleh membantu anda merancang untuk berjaya

  • Anda boleh menjejaki prestasi penyenaraian anda dari akaun hos anda

  • Selepas menetapkan matlamat baharu, kemas kini penyenaraian anda untuk mencapainya

Januari bukan satu-satunya bulan yang anda boleh berazam untuk mengembangkan perniagaan anda. Periksa kemajuan anda dengan kerap—dan laraskan strategi anda mengikut keperluan—adalah resipi kejayaan sepanjang tahun.

Alat pengehosan dan sumber maklumat anda memudahkan anda memantau prestasi penyenaraian anda, mengetahui apa yang berkesan untuk hos lain, dan menetapkan matlamat untuk mencapai hasil yang anda mahu.

Jejaki prestasi penyenaraian anda

Sukar untuk mengetahui apa yang berkesan tanpa mengukur kemajuan anda. Untuk mengumpulkan maklumat, gunakan papan pemuka hos anda untuk:

  • Mengimbas tempahan dan pendapatan anda
  • Baca maklum balas daripada ulasan tetamu
  • Kaji trend perjalanan tempatan semasa

Bahagian Wawasan pada papan pemuka hos anda menyediakan statistik asas, termasuk pendapatan bulanan anda, malam yang ditempah, ulasan tetamu, dan penarafan keseluruhan. Ia juga menempatkan hab Peluang, yang menunjukkan trend perjalanan di kawasan penyenaraian anda, seperti jenis penginapan dan kemudahan yang paling dicari oleh tetamu.

Sambil meneliti maklumat anda, tentukan sama ada strategi penentuan harga dan ketersediaan kalendar anda memanfaatkan sepenuhnya trend perjalanan dan musim semasa atau tempoh puncak di rantau anda. Anda juga boleh menggunakan maklum balas daripada tetamu anda.

“Dengar pendapat tetamu,” nasihat Elaine, Superhost dari Kepulauan Balearic, Sepanyol. “Mereka boleh memberitahu anda banyak perkara tentang perkara yang kurang ideal. Membuat penambahbaikan akan menyebabkan anda dapat menetapkan harga yang lebih baik.”

Untuk menyelami data anda dengan lebih mendalam, cuba hidupkan alat profesional kami untuk mengakses papan pemuka prestasi anda. (Anda boleh bertukar kembali pada bila-bila masa dalam tetapan akaun anda.)

Alat pro ini membolehkan anda menjejaki prestasi anda—kadar penghunian, harga purata semalam, tinjauan tetamu, dan banyak lagi—merentasi berbilang penyenaraian sepanjang tahun lepas. Anda juga boleh membandingkan metrik anda dengan penyenaraian yang serupa untuk membantu mengenal pasti strategi pengehosan mana yang paling berkesan.

Malangnya, simpan kira-kira saya tidak sebaik pengurusan penginapan saya! Matlamat saya untuk tahun ini adalah untuk memastikan rekod kewangan saya lebih baik.
Superhost John,
Munnsville, New York

Ketahui kaedah yang berkesan untuk hos lain

Setelah anda mengenal pasti apa yang boleh membantu anda meningkatkan prestasi penyenaraian anda, anda mungkin tertanya-tanya bagaimana untuk membuat perubahan. Anda tak perlu memerah otak. Sebaliknya, anda boleh mengambil iktibar daripada pengalaman hos lain yang berjaya.

Di Pusat Sumber ini, anda boleh mendapatkan tip Superhost mengenai pelbagai topik seperti membuat pelan perniagaan dan menambah kemudahan mengikut bajet. Atau lihat panduan lengkap kami untuk meningkatkan pengehosan anda ke tahap seterusnya.

Anda juga boleh belajar daripada hos lain dengan mencari hantaran yang berkaitan dengan keperluan anda di Pusat Komuniti. Contohnya, andaikan anda sedang meneroka cara-cara untuk menguruskan kewangan anda. Ann, Superhost dari New York City menawarkan pendekatannya dalam hantaran komuniti .

“Matlamat pertama saya adalah untuk mencapai purata pendapatan sehari melebihi perbelanjaan sehari,” tulis Ann. “Saya menyimpan lembaran hamparan dengan jumlah harian. Dua tahun kebelakangan ini saya telah membuat keuntungan, jadi itulah trend yang saya mahu teruskan.”

Tetapkan matlamat anda untuk berjaya

Langkah seterusnya adalah untuk mengubah semua maklumat yang anda kumpulkan menjadi matlamat untuk tahun hadapan. Fikirkan tentang perkara yang perlu diberi perhatian dan tindakan yang boleh diambil untuk mencetus kemajuan anda.

Sebagai contoh, berikut adalah beberapa matlamat umum dan cara untuk mencapainya:

1. Tingkatkan tempahan dan pendapatan anda
Mendapatkan strategi penentuan harga yang sesuai mungkin mengambil beberapa percubaan. Untuk memenuhi matlamat kewangan anda sambil menarik tetamu, cuba tambah yuran haiwan peliharaan atau tawarkan diskaun untuk penginapan yang lebih panjang.

Memastikan penyenaraian anda sentiasa terkini boleh membantu anda untuk menjadi hos dengan jayanya. Fahami trend perjalanan tempatan semasa musim puncak, musim sibuk dan luar musim, dan rancang ketersediaan kalendar anda.

Dalam usaha mengenal pasti strategi yang berkesan untuk anda, Andrew, Superhost dari Berlin mengesyorkan anda bersabar dan memberi tumpuan kepada kepuasan tetamu: “Sesetengah penyenaraian Airbnb ditempah sepenuhnya sepanjang tahun, tetapi ia biasanya mengambil masa setahun untuk memahami rentak anda dan membina reputasi daripada ulasan.”

2. Dapatkan ulasan tetamu yang lebih baik
Rapikan keterangan penyenaraian anda untuk menetapkan jangkaan yang jelas dan menyerlahkan kemudahan yang tetamu mahukan, seperti wifi berkelajuan tinggi dan dapur yang lengkap. Pastikan anda memasukkan gambar berkualiti tinggi yang benar-benar menonjolkan penginapan anda.

“Gambar utama memainkan peranan penting dalam mempromosikan penyenaraian,” kata Andrew. "Imej yang tajam dengan warna-warna menarik perhatian, dipotong untuk memastikan subjek kelihatan sepenuhnya dalam format kecil, adalah penting."

Tetamu juga sangat mengambil berat tentang kebersihan: Ruang yang bersih boleh menghasilkan ulasan positif. Yakinkan tetamu dengan berkongsi apa yang anda lakukan untuk membersih dan mensanitasi tempat anda.

3. Permudahkan rutin pengehosan anda
Mencari cara yang lebih cekap untuk mengendalikan tugas yang kerap boleh memudahkan aktiviti menjadi hos dan mencapai matlamat anda. Cuba gunakan jawapan pantas dan mesej berjadual untuk mengautomasikan komunikasi anda dengan tetamu.

Taktik penjimatan masa yang lain termasuk memudahkan proses daftar masuk anda, memudahkan rutin pembersihan anda, dan menjelaskan peraturan penginapan anda. “Peraturan penginapan tidak sepatutnya berbunyi seperti buku undang-undang,” kata J Renato, Superhost dari Rio de Janeiro. “Kalau begitu, tiada siapa mahu membacanya.”

Walau apa pun matlamat anda sebagai hos, kami sedia membantu anda mencapainya—dan menjadikan tahun ini tahun terbaik anda.

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak diterbitkan.

Sorotan

  • Menyemak sejarah anda, ulasan tetamu dan trend tempatan boleh membantu anda merancang untuk berjaya

  • Anda boleh menjejaki prestasi penyenaraian anda dari akaun hos anda

  • Selepas menetapkan matlamat baharu, kemas kini penyenaraian anda untuk mencapainya

Airbnb
25 Feb 2022
Adakah ini membantu?