Nasihat Superhost untuk mengalu-alukan tetamu LGBTQ+

Maklumat terkini bulan Jun daripada Lembaga Penasihat Hos berkongsi tip untuk menjadi hos yang inklusif.
Oleh Airbnb pada 21 Jun 2021
Bacaan 3 minit
Dikemas kini pada 14 Jun 2022

Sorotan

Setiap bulan kami akan berkongsi maklumat terkini daripada Lembaga Penasihat Hos dan membantu anda mengenali ahli lembaga.

Helo semua,

Saya Peter Kwan, Superhost di San Francisco dan ahli Lembaga Penasihat Hos. Sejak saya menjadi hos hampir 10 tahun yang lalu, saya telah memberi sokongan kepada komuniti hos—termasuk kumpulan yang sering diabaikan dalam masyarakat, seperti warga emas dan ahli komuniti LGBTQ+.

Sebagai penghormataan untuk Pride, saya menyertai acara “Dijadikan realiti oleh Hos (Queer)” Airbnb awal bulan ini. Ia adalah perbincangan yang meriah dengan sekumpulan pemimpin hos queer mengenai bagaimana kami sebagai hos LGBTQ+ menyumbang kepada kejayaan Airbnb dalam mewujudkan semangat kekitaan.

Di bawah anda boleh mengetahui cara membantu tetamu LGBTQ+ berasa lebih selamat di ruang anda, serta apa yang saya peroleh daripada penglibatan saya dalam komuniti hos tempatan saya.

Menjadi hos yang lebih inklusif

Saya menggalakkan hos, dalam apa jua cara yang mereka rasa selesa, untuk mengatakan bahawa kediaman mereka adalah ruang yang selamat untuk tetamu LGBTQ+ dalam keterangan penyenaraian mereka. Di San Francisco, pasangan sama jantina boleh berjalan sambil berpegangan tangan. Tetapi bagi ramai tetamu yang datang dari negara-negara yang mempunyai norma atau peraturan yang berbeza, memberikan konteks tempatan ini boleh mengurangkan kegusaran mereka.

Jika hos boleh memaklumkan tetamu bahawa mereka bukan sahaja akan mengunjungi bandar yang selamat, mereka juga akan menginap di kediaman yang selamat, ini boleh membuat tetamu rasa lebih tenang. Sebelum mereka membunyikan loceng pintu, tetamu seharusnya boleh rasa yakin bahawa mereka bersama pasangan sama jantina mereka akan disambut dengan tangan terbuka, konsisten dengan misi Airbnb untuk membantu orang “berasa diterima di mana jua.”

Saya kenal hos LGBTQ+ di San Francisco yang mempunyai gambar pada penyenaraian mereka dengan bendera pelangi di sudutnya dan keterangan mereka turut memperihalkan identiti mereka dan jenis aktivisme yang pernah mereka sertai.

Anda juga boleh melakukan perkara-perkara strategik untuk membantu tetamu LGBTQ+ rasa lebih selesa sebaik sahaja mereka tiba, seperti menawarkan panduan queer bandar anda dan buku tentang sejarah LGBTQ+. Ini amat membantu tetamu berasa dialu-alukan.

Mendapatkan sokongan dalam komuniti tempatan anda

Selepas menjadi hos, saya menyedari bahawa tidak banyak tempat yang boleh memberikan jawapan kepada semua soalan saya.

Saya telah memulakan kumpulan sokongan komuniti hos pada tahun 2012, dan kami telah bertemu setiap bulan sejak itu.

Menjadi hos boleh membuat anda rasa sangat sunyi, jadi saya nasihatkan hos baharu untuk menyertai Kelab Hos tempatan atau memulakannya jika ia belum wujud. Daripada mempelajari cara menjadi hos yang hebat dengan cara mencuba-cuba, anda boleh belajar melalui pengalaman orang lain dan menjalin persahabatan yang hebat.

Kepuasan yang dirasai apabila dapat membantu hos lain amat luar biasa, sama ada daripada segi asas pengehosan, seperti cara mengemudi platform atau menjemput ahli pasukan Airbnb untuk menerangkan produk baharu dan berbincang tentang perubahan peraturan dalam mesyuarat Kelab Hos kami.

Mengapa saya juga memperjuangkan hos warga emas

Warga emas biasanya bukan kumpulan berprofil tinggi apabila orang bercakap tentang keterangkuman dan kepelbagaian dalam komuniti hos dan mereka benar-benar memerlukan perhatian kita.

Saya mendapat tahu bahawa di Airbnb, warga emas adalah salah satu kumpulan hos baharu yang paling cepat berkembang di A.S., dan warga emas wanita di A.S. secara konsisten mendapat ulasan terbaik.*

Antara perkara yang saya ingin lakukan sebagai ahli Lembaga Penasihat Hos ialah meningkatkan profil warga emas dan membantu memastikan Airbnb mengutamakan kami apabila mereka mengusahakan sesuatu produk.

Salah satu perkara yang amat menggembirakan saya baru-baru ini ialah subkumpulan yang saya bentuk untuk hos warga emas yang dinamakan Hos Emas. Saya ahli yang mempunyai kad Persatuan Pesara Warga Amerika (AARP), jadi selagi anda layak menjadi ahli AARP, anda boleh menyertai Hos Emas.

Kumpulan Hos Emas semakin berkembang, dan mereka antara beberapa ahli kegemaran saya dalam komuniti hos pada masa ini. Sebelum COVID, kami pergi ke rumah ahli setiap bulan untuk bersama-sama menikmati juadah bawaan makan malam. Sangat menyeronokkan.

Di kelab ini, warga emas mengajar sesama sendiri tentang menjadi hos. Seperti kumpulan lain, warga emas juga boleh faham dengan cepat tentang teknologi dan banyak kemajuan digital yang mengubah kehidupan kita, atau mungkin memerlukan latihan atau sokongan tertumpu yang dapat memberikan pendidikan yang paling berkesan.

Aktiviti Lembaga Penasihat Hos baru-baru ini

Ketahui lebih lanjut mengenai aktiviti Lembaga Penasihat Hos, dan nantikan maklumat terkini bulanan dan tip daripada ahli lembaga.

*Menurut laporan Airbnb “Pertumbuhan Komuniti Airbnb bagi Hos Wanita Berusia 60 tahun ke Atas”
Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Sorotan

Airbnb
21 Jun 2021
Adakah ini membantu?