Kekuatan alam semula jadi, komuniti dan kebaikan

Seorang tetamu yang memberi inspirasi berkongsi kisah ketabahannya selepas Taufan Maria.
Oleh Airbnb pada 24 Ogo 2023
Bacaan 4 minit
Dikemas kini pada 24 Ogo 2023

Sorotan

  • Apabila Taufan Maria melanda Puerto Rico, ribut reda selepas seminggu tetapi kesannya berlarutan selama bertahun-tahun.

  • Carmen, seorang penganjur komuniti dan pengasuh, kehilangan tempat tinggal apabila Maria merosakkan rumahnya

  • Melalui perkongsian antara Airbnb.org dan SBP, Carmen menginap di Airbnb berhampiran sementara rumahnya dibina semula

Kami diilhamkan oleh tetamu dan hos kami yang berkongsi kisah yang bermakna tentang hubungan, ketahanan, dan komuniti semasa krisis. Bulan ini, kami memberi penghormatan kepada Carmen Suriel, penduduk Puerto Rico yang terjejas oleh Taufan Maria pada tahun 2017. Perkongsian Airbnb.org dengan SBP membantu menyediakan perumahan sementara untuk tetamu seperti Carmen sementara kediaman mereka dalam pembaikan.

Rumah Carmen Suriel adalah tempat perlindungan peribadinya. Ia dipenuhi dengan pokok-pokok hijau yang rimbun, buah-buahan yang tergantung, daun-daun pisang yang mencecah langit, bunga-bunga tropika yang tergantung di pintu pagar hadapan, dan Coni, arnab putih awan yang diam-diam menjaga taman Carmen.

“Dia suka menjadi model,” Carmen berjenaka tentang arnabnya yang serius, namun comel. Tapi Carmen seorang model juga—model peranan.

Dilahirkan di Republik Dominica, Carmen telah menetap di Puerto Rico sejak berumur 17 tahun. Beliau merupakan ibu tunggal kepada anak lelakinya yang dewasa Emmanuel, yang baru-baru ini berpindah kembali ke Republik Dominica dan memulakan sebuah keluarga.

Carmen juga merupakan penjaga kepada orang tua, peranan yang menyeru beliau untuk tidak mementingkan diri sendiri dan melindungi. Dan apabila Taufan Maria menjejaskan Puerto Rico pada tahun 2017, Carmen dan komunitinya bersatu untuk membina semula dan pulih.

Carmen dikenali sebagai penyatu dalam komunitinya. Apabila seorang lelaki tua jatuh sakit, dia mengatur jiran-jirannya dan dirinya sendiri untuk membawanya bekalan—cadar, tuala, dan banyak lagi. Dan semasa dia dirawat di hospital, dia membantu menjaganya.

Beliau berkata komuniti beliau selalu menyokong antara satu sama lain dengan cara ini: Jiran-jiran memberi tumpang ke temu janji dengan doktor, membantu pembaikan rumah, dan membaiki kereta masing-masing. “Masyarakat di sini peka dengan dengan kesusahan yang dihadapi oleh jiran tetangga,” Carmen tersenyum. “Kami memang suka membantu.”

Semasa Taufan Maria, Carmen tinggal bersama seorang wanita tua yang dijaga olehnya, yang tinggal di tingkat tiga bangunan apartmen di Miramar, Santurce. “Saya terpaksa tinggal bersamanya selama tujuh hari berturut-turut, kerana orang lain yang menjaganya tidak dapat kembali bekerja kerana jalan dihalang oleh pokok yang tumbang,” jelas Carmen.

Apabila bergelen-gelen air dan dahan pokok jatuh ke balkoni pesakitnya, Carmen cuba sedaya upaya mengumpulkan semua serpihan tanpa disedari oleh pesakitnya. Carmen bertekad untuk memastikan dia tidak menyedari ribut yang berlaku di luar. Tetapi mereka masih boleh mendengar bunyi angin kencang yang kuat di dalam rumah.

“Saya tidak pernah melihat taufan sekuat itu,” kata Carmen. “Kita mendengar cerita mengenai taufan, tetapi mengalaminya sendiri memang menakutkan. Mendengar cerita tidak sama dengan melihatnya sendiri."

Carmen kembali ke rumah dan mendapati rumahnya rosak teruk. Bumbungnya runtuh, papan lantainya ditenggelami air, dan dia tidak mempunyai elektrik selama berbulan-bulan.

Taufan Maria reda dalam masa seminggu, tetapi kesan sampingannya berterusan selama beberapa bulan, kemudian berlanjutan beberapa tahun. Kejiranan mengalami gangguan bekalan elektrik, rumah musnah, dan lebih 3,000 nyawa terkorban. Organisasi akar umbi adalah antara yang paling awal menyokong usaha tindak balas bencana dan terus membina semula pulau tersebut.

Bantuan bersama—sebuah sistem yang diterajui oleh komuniti yang terdiri daripada orang ramai yang menyokong satu sama lain dengan berkongsi sumber, wang dan masa— memainkan peranan penting dalam pemulihan Puerto Rico. Aktiviti seperti ini masih dilihat hari ini dengan organisasi bukan untung seperti SBP, sebuah organisasi impak sosial rakan niaga Airbnb.org,yang memberi tumpuan kepada ketahanan dan pemulihan bencana.

SBP ialah sebuah organisasi bukan untung yang membina semula kediaman selepas bencana besar. Pasukan kerah tugas telah dihantar sejurus selepas taufan; cawangan rasmi Puerto Rico ini ditubuhkan pada Julai 2018. SBP dan Airbnb.org bekerjasama untuk memastikan orang ramai mempunyai tempat penginapan sementara kediaman mereka dalam pengubahsuaian.

“Kami berada dalam zon aktif taufan, jadi kami pernah mengalami ribut dan taufan sebelum ini. Tetapi tidak pernah sedahsyat Maria,” kata Edgardo Maldonado, Pengarah Eksekutif SBP Puerto Rico dan ahli komuniti Carmen.

Kejiranan Carmen merupakan SBP komuniti pertama yang dibantu di Puerto Rico, dan rumah Carmen merupakan tugasan pertama Edgardo pada tahun 2019. Edgardo dan kontraktor SBP tidak tahu tahap kerosakan di rumah Carmen sehingga mereka mula bekerja. Mereka segera menyedari bahawa kayu rumah itu telah reput dan pendawaian elektrik dan bumbung perlu diganti.

Melalui kemurahan hati komuniti kami, Carmen dan anjingnya dapat menginap dengan hos bernama Angel, yang menyediakan ruang yang selesa untuk beliau di kejiranan yang sama.

“Saya rasa Carmen sangat gembira apabila mengetahui bahawa beliau (menginap) dalam komuniti yang sama, “ kata Edgardo. Jarak yang dekat ini membolehkan Carmen membawa pulang anjingnya setiap hari untuk memberinya makan, dan menjelang akhir pembinaan semula, Carmen membantu mengecat rumahnya bersama-sama dengan sukarelawan dan kontraktor.

“Rumah saya kelihatan terbiar, seperti tiada orang yang tinggal di dalamnya,” kata Carmen. “Sekarang rumah ini nampak cantik dan lebih selamat. Jiran saya juga menerima sedikit bantuan (daripada organisasi lain). Saya berasa seperti keberkatan itu tersebar ke seluruh komuniti.”

Carmen mengingati penginapannya dengan rasa sayang dan gembira. Sebagai pengasuh yang biasa menjaga orang lain, inilah masanya dia pula dijaga. Beristirahat di tempat lain yang tidak terlalu jauh dari rumah adalah bahagian kegemarannya. “Oh, dan penyaman udara,” Carmen ketawa kecil.

Ketika Carmen melamun memikirkan tentang kekukuhan peribadinya, komuniti dan rumahnya, beliau membawa dirinya kembali ke alam semula jadi. “Saya pernah melalui waktu yang penuh kesusahan. Tetapi bagaimanapun, saya seorang Scorpio,” katanya. “Kami satu-satunya dalam Zodiak yang mempunyai tiga elemen: burung terbang, ular yang merangkak dan kala jengking. Kami mampu hidup, walaupun di bawah tanah."

Sorotan

  • Apabila Taufan Maria melanda Puerto Rico, ribut reda selepas seminggu tetapi kesannya berlarutan selama bertahun-tahun.

  • Carmen, seorang penganjur komuniti dan pengasuh, kehilangan tempat tinggal apabila Maria merosakkan rumahnya

  • Melalui perkongsian antara Airbnb.org dan SBP, Carmen menginap di Airbnb berhampiran sementara rumahnya dibina semula

Airbnb
24 Ogo 2023
Adakah ini membantu?