Pengemaskinian terkini kepada penilaian Superhost
Sorotan
Kami membuat perubahan sementara kepada penilaian Superhost kami untuk menyokong komuniti hos semasa pandemik COVID-19
Mulai 1 April 2022, anda perlu memenuhi kesemua 4 kriteria standard kami semula untuk mendapat status Superhost
Pandemik COVID-19 telah mengganggu industri pelancongan dan rutin hos di seluruh dunia. Memandangkan kita sedang menghadapi masa yang sukar dan tidak menentu ini, kami telah membuat perubahan sementara ke atas semua penilaian Superhost.
Mulai April 2020, Superhost dapat mengekalkan status mereka tanpa memenuhi kesemua 4 kriteria standard kami. Kini, memandangkan sektor perjalanan kian pulih, kami akan kembali kepada proses penilaian asal kami.
Bermula pada penilaian 1 April 2022, dan pada penilaian akan datang, hos perlu memenuhi kesemua 4 kriteria untuk mendapat status Superhost.4 kriteria tersebut adalah:
- Mengekalkan penarafan keseluruhan 4.8
- Mengekalkan kadar jawapan 90% atau lebih tinggi
- Menjadi hos bagi 10 penginapan sepanjang tahun lepas (atau 100 malam untuk sekurang-kurangnya 3 tempahan)
- Mengekalkan kadar pembatalan kurang daripada 1%
Kami mula melanjutkan status Superhost pada April 2020, penilaian Superhost pertama semasa COVID-19. Walau bagaimanapun, apabila perjalanan terus pulih, semua hos perlu memenuhi semua kriteria pada penilaian 1 April 2022, untuk mendapat status Superhost.
4 kriteria tersebut ialah seperti berikut:
- Mengekalkan penarafan keseluruhan 4.8
- Mengekalkan kadar jawapan 90% atau lebih tinggi
- 10 penginapan sepanjang tahun lepas (atau 100 malam untuk sekurang-kurangnya tiga penginapan bagi hos yang mempunyai tempahan yang lebih panjang)
- Mengekalkan kadar pembatalan sebanyak 1% atau kurang
Oleh kerana faktor penilaian Superhost mengambil kira prestasi tahun sebelumnya, jika contohnya, anda mempunyai kadar pembatalan yang tinggi sekarang yang tidak berkaitan dengan COVID-19, ia boleh memberi kesan kepada status Superhost anda pada masa akan datang. Jejak status Superhost anda di sini
Harap maklum juga bahawa sekiranya Superhost tidak memenuhi mana-mana daripada 4 kriteria tersebut pada mana-mana suku tahun, termasuk kriteria penginapan dan kadar pembatalan,ia tidak akan diambil kira dalam syarat 4 suku tahun berturut-turut yang diperlukan untuk mendapatkan kupon perjalanan atau Pengalaman Airbnb bernilai USD100. Bagi Superhost yang memenuhi keempat-empat kriteria biasa kami, suku tahun tersebut akan diambil kira untuk mendapatkan kupon mereka.
Sorotan
Kami membuat perubahan sementara kepada penilaian Superhost kami untuk menyokong komuniti hos semasa pandemik COVID-19
Mulai 1 April 2022, anda perlu memenuhi kesemua 4 kriteria standard kami semula untuk mendapat status Superhost