Kebaikan bermalam di ruang anda

Apabila anda sendiri menjadi tetamu di penginapan sendiri, anda akan menemukan perkara yang hendak ditambah baik.
Oleh Airbnb pada 20 Nov 2019
Video 2 minit
Dikemas kini pada 14 Mei 2021

Sorotan

  • Menginap di kediaman anda seolah-olah anda tetamu sangat membantu

  • Merasai pengalaman berada di ruang anda daripada perspektif tetamu membolehkan anda mengetahui sama ada terdapat apa-apa yang perlu ditambah atau ditambah baik

  • Contohnya, selepas penginapan anda, anda mungkin memutuskan untuk membersihkan laluan masuk atau menambah rak bagasi di bilik tidur

  • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk mencipta ruang mesra tetamu

Salah satu cara untuk mendapatkan kepastian sama ada ruang anda siap sedia untuk tetamu ialah dengan bermalam di sana (atau meminta rakan berbuat demikian). Mula dari awal seolah-olah anda tiba buat pertama kalinya: Adakah arahan tempat letak kereta anda jelas? Bolehkah anda menemui laluan ke pintu masuk pada waktu malam dengan mudah? Ada tempat untuk meletakkan beg anda? Mandi dan tidur di penginapan anda boleh membantu anda memeriksa sekali lagi sama ada tekanan air baik dan katil selesa. Jangan lupa untuk melalui proses daftar keluar—jika ada kunci, adakah anda tahu di mana untuk meninggalkannya? Jika ada sesuatu isu yang timbul, ada baiknya untuk meluangkan masa untuk menambah baik ruang anda atau memperjelaskan lagi butiran penyenaraian, manual penginapan, dan arahan daftar masuk anda.

Sorotan

  • Menginap di kediaman anda seolah-olah anda tetamu sangat membantu

  • Merasai pengalaman berada di ruang anda daripada perspektif tetamu membolehkan anda mengetahui sama ada terdapat apa-apa yang perlu ditambah atau ditambah baik

  • Contohnya, selepas penginapan anda, anda mungkin memutuskan untuk membersihkan laluan masuk atau menambah rak bagasi di bilik tidur

  • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk mencipta ruang mesra tetamu
Airbnb
20 Nov 2019
Adakah ini membantu?