Ketelitian yang disukai tetamu

Tambah sedikit faktor yang mengagumkan dengan meningkatkan kemudahan anda.
Oleh Airbnb pada 11 Dis 2019
Bacaan 3 minit
Dikemas kini pada 13 Mei 2021

Sorotan

  • Cari cara untuk membawa kemudahan anda ke tahap yang lebih tinggi

  • Sambutan yang difikirkan dengan teliti, seperti bakul alu-aluan atau nota tulisan tangan, memberikan kesan yang hebat

  • Kongsi hidangan tempatan untuk memberikan tetamu pengalaman yang unik

  • Kemudahan praktikal, seperti pelindung suria, bahan penjauh serangga dan payung, boleh menyelamatkan keadaan

  • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk mencipta ruang mesra tetamu

Ingin mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk tetamu anda? Hal itu tidak semestinya tentang mempunyai ruang sangat mewah atau kemudahan paling mewah. Sebaliknya, lakukan sesuatu yang boleh memberikan impak yang besar, seperti menawarkan kopi tempatan kegemaran anda atau nota alu-aluan bertulis tangan. Di sini, hos berkongsi beberapa idea mudah dan mesra bajet untuk memberikan tetamu penginapan yang tidak dapat dilupakan.

Cara paling mesra untuk menyapa

Tetamu sering tiba dalam keadaan penat dan agak kebingungan. Buat mereka berasa dialu-alukan apabila mereka berjalan masuk melewati pintu.

  • Letakkan bakul alu-aluan. “Saya mempunyai bakul alu-aluan dengan mil oat segera, PowerBar, kacang, biskut dan bertih jagung gelombang mikro untuk mereka mengalas perut sekiranya mereka telah melalui penerbangan yang panjang dan tidak boleh membeli-belah serta-merta.” Carrie, New York City
  • Tulis nota peribadi. “Salah satu perkara yang tetamu suka ialah kad dengan mesej peribadi. Saya menggunakan kad yang dibuat oleh pereka muda yang temanya ialah bandar saya, São Paulo.” Priscilla dan Gabriel, São Paulo
  • Sediakan tempat untuk beg mereka. “Saya mempunyai tempat bagasi di kaki setiap katil. Saya suka kerana bahan ini mudah untuk disimpan jika seseorang mahu ruang tambahan, atau apabila saya melakukan kerja pembersihan.” —Allison, Traverse City, Michigan

Tingkatkan katil dan bilik mandi anda

Setelah anda menyediakan kemudahan penting, gunakannya sebagai batu loncatan untuk layanan yang lebih luar biasa.

  • Pastikan sentiasa ada bahan ekstra.“Saya memastikan terdapat jumlah tuala, cadar, selimut, sabun dan syampu tambahan.” —Susan, Covington, Georgia
  • Sediakan kelengkapan mandi yang baik. “Saya memberikan tetamu tisu pembersih solekan profesional.” —Beverlee dan Suzie, Oakland, California (Bonus: Tisu itu juga akan membantu anda mengelakkan kesan pada cadar dan tuala anda yang sukar dibersihkan!)
  • Tingkatkan taraf bilik mandi anda. “Saya melipat hujung tisu tandas. Hal itu mungkin remeh, tetapi tindakan itu akan menyegarkan bilik mandi dan menunjukkan anda mengambil berat.” —Emma-Kate, San Francisco
  • Tambah sentuhan mewah. “Saya menyediakan jubah mandi kain tuala putih yang selesa. Tetamu memakai jubah itu apabila mereka menggunakan spa atau hanya untuk berehat. ” —Linda, La Quinta, California
Saya menyediakan bakul alu-aluan dengan mil oat segera, PowerBar, kacang, biskut dan bertih jagung gelombang mikro.
Carrie,
New York City

Segala-galanya tentang citarasa tempatan

Sebahagian daripada keseronokan perjalanan ialah menemui perisa, aroma, pemandangan dan tekstur unik sesuatu destinasi. Kongsi beberapa kegemaran anda dengan tetamu.

  • Sediakan sarapan yang akan menjadi kenangan. “Saya menyediakan cenderahati kecil serantau untuk sarapan, bergantung pada musim - madu pokok fir yang istimewa dan sukar ditemui daripada petani gunung, keju buatan tempatan, atau jus segar dan buah-buahan daripada petani yang tinggal selang beberapa buah kampung.” Claudia, Black Forest, Jerman
  • Berfikir secara holistik. “Saya di Portland dan saya mahu tetamu merasai suasana Portland dalam semua aspek pengalaman tetamu. Itulah semangat Airbnb! Saya menyediakan bir kraf tempatan, bunga dari taman saya, banyak buku tentang bandar ini, bar snek organik tempatan, dan akhbar Oregonia setiap hari. Saya juga membeli majalah tempatan. Kopi Portland yang baik adalah penting, di samping krimer "half-and-half".” —Lisa, Portland, Oregon
  • Sesuaikan pengalaman. “Jika tetamu saya meraikan hari jadi yang jatuh pada hujung minggu, saya akan meninggalkan kek cawan buatan tempatan.” —Tiffany, Hollywood Beach, California
  • Berikan mereka cenderahati kecil. “Saya meletakkan poskad dari tempat atau mercu tanda tempatan yang cantik yang tetamu boleh simpan atau hantar ke rumah mereka.” Debi, Thousand Oaks, California

Kadang-kadang, praktikal adalah terbaik

Kemudahan yang praktikal boleh membezakan antara perjalanan yang luar biasa dengan perjalanan yang mengecewakan di luar jangkaan. Keadaan tersebut boleh dielakkan dengan menyediakan pelindung suria, kit pertolongan cemas, penyesuai komputer dan banyak lagi.

  • Bantu mereka untuk menikmati suasana luar. “Kit pantai: kerusi, payung, kain sarung, bola dayung, peti ais, kad, mainan kanak-kanak dan bola sepak. Kit nyamuk: bahan penjauh dan lilin sitronella.” Danielle, Rio de Janeiro
  • Fikir tentang iklim tempatan. “Kami membeli 10 pakaian hujan kecemasan sekali pakai, yang diperbuat daripada plastik yang sangat tipis dan ringan. Tetamu mungkin tiba ketika cuaca yang baik, tetapi mengalami hujan lebat sebelum mereka pulang."-Till dan Jutta, Stuttgart, Jerman
  • Sediakan pengering rambut dan seterika. “Pengering rambut dan seterika tidak mahal dan menyediakannya di kediaman anda menggambarkan bahawa anda telah memikirkan perkara-perkara kecil yang mungkin menyelamatkan keadaan bagi tetamu.” Richard, Lenox, Massachusetts
  • Tambah beberapa kemudahan mesra keluarga. “Seperkara paling asas yang disukai ramai: gerabak lama dengan kusyen untuk menarik kanak-kanak kecil yang baru bertatih."- Chantal, Dinan, Perancis

Masih tidak pasti di mana untuk bermula? Menginap di ruang anda untuk semalaman untuk mengalaminya seperti tetamu. Berikan perhatian pada maklum balas daripada tetamu anda—maklumat ini datang daripada pelbagai perspektif dan memberikan idea yang mungkin anda sendiri tidak terfikirkan. Setelah beberapa lama, anda akan memikirkan cara terbaik untuk meningkatkan penyenaraian anda ke tahap yang lebih tinggi. Dapatkan ulasan yang hebat!

Sorotan

  • Cari cara untuk membawa kemudahan anda ke tahap yang lebih tinggi

  • Sambutan yang difikirkan dengan teliti, seperti bakul alu-aluan atau nota tulisan tangan, memberikan kesan yang hebat

  • Kongsi hidangan tempatan untuk memberikan tetamu pengalaman yang unik

  • Kemudahan praktikal, seperti pelindung suria, bahan penjauh serangga dan payung, boleh menyelamatkan keadaan

  • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk mencipta ruang mesra tetamu
Airbnb
11 Dis 2019
Adakah ini membantu?