Cara untuk mengarang kisah anda

Superhost Tereasa dan David berkongsi strategi penceritaan kegemaran mereka.
Oleh Airbnb pada 22 Ogo 2023
Bacaan 8 minit
Dikemas kini pada 22 Ogo 2023

Sorotan

  • Mencari, mengarang, dan berkongsi cerita anda adalah satu cara untuk menjalinkan hubungan dengan tetamu

  • Fikirkan tentang pengalaman di rumah atau kawasan anda yang tidak boleh didapati oleh tetamu di tempat lain

  • Wujudkan kehadiran media sosial untuk kediaman anda

  • Anggap setiap halangan sebagai peluang untuk belajar dan berkembang

  • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk meningkatkan pengehosan anda ke tahap seterusnya

Superhost Tereasa dan David berkongsi sedikit ilmu mengenai kuasa penceritaan. Sebagai ibu bapa, pengamal pemeliharaan, pengarah kreatif, penulis buku, serta pemilik Camp Wandawega di Elkhorn, Wisconsin, mereka telah mempelajari bagaimana penceritaan dapat menyatukan orang. “Apabila kami mula menemui dan menyiarkan butiran sejarah kem ini—iaitu sebuah bar dari zaman 1920an, tempat pertemuan untuk mafia, rumah pelacuran, kem musim panas untuk komuniti pelarian Latvia, serta hubungan kami sendiri dengannya—kami mendapati bahawa orang benar-benar tertarik dengannya,” ujar Tereasa.

Di sini, mereka berkongsi beberapa nasihat tentang cara mencari dan menceritakan kisah kediaman anda.

Superhost Tereasa dan David berkongsi tip mereka untuk memanfaatkan kuasa cerita.

1. Kenal pasti daya penarik anda

Tereasa: “Walaupun ruang anda bukanlah speakeasy berusia satu abad, pasti ada kisah untuk diceritakan. Untuk mencari kisah anda, mulakan dengan mengkaji:

  • Apakah sejarah kediaman anda?
  • Apakah pengalaman yang unik kepada bandar anda yang tetamu tidak akan dapat di tempat lain?
  • Apakah makanan sedap yang anda mungkin ambil mudah?

Lakukan sedikit kajian dan masukkannya ke dalam penyenaraian anda.”

David: “Ada begitu banyak perkara lagi yang boleh anda kongsi di penyenaraian anda selain daripada bilangan bilik tidur dan bilik mandi. Orang ramai ingin tahu di mana mereka boleh mendapatkan secawan kopi yang sempurna, mereka ingin tahu tempat kegemaran anda. Jadi kongsi apa yang unik tentang pengalaman yang anda boleh tawarkan. Tetamu sedang mencari hubungan dan sebab yang dapat mewujudkan pertalian emosi, dan kisah-kisah ini menyatukan kami.”

2. Jangan jadi sempurna

David: “Sejak awal lagi kami sedar bahawa kami perlu menguruskan jangkaan orang sebelum mereka tiba kerana satu perkara yang kami tidak mahu lakukan ialah mengecewakan mereka. Jadi kami telah mencipta Manifesto Jangkaan Rendah kami. Ia cara yang menyeronokkan bagi kami untuk memperkenalkan kehidupan perkhemahan desa. Ia memberitahu orang apa yang boleh dijangkakan—iaitu biasanya melibatkan serangga yang tidak menyenangkan, makhluk hutan, dan tiada penghawa dingin—jadi jika anda memerlukan cadar Mesir atau kemewahan moden, ini mungkin tidak sesuai untuk anda.”

Tereasa: “Kami zon bebas kepura-puraan. Jadi kami menyampaikannya dalam bahasa yang kami gunakan untuk menerangkan ruang kami. Kami memutuskan untuk berterus terang dengan tetamu. Kami menggunakan nada yang lucu tetapi pedas dan benar. Kami banyak menggunakan hiperbola, dan itulah yang membuatkan kami kelakar, yang juga membuatkan kami lebih mudah didekati, saya rasa. Dan anda tidak perlu menjadi seorang penulis agar mudah didekati—anda hanya perlu menerangkan penginapan dengan rendah hati.”

David: “Apabila saya melayari Airbnb, saya suka apabila personaliti seseorang terserlah melalui cara mereka menggambarkan penginapan mereka. Terutamanya jika kami akan berkongsi ruang, saya ingin tahu jika anda boleh bergurau senda dan anda seseorang yang saya boleh berkawan. Jangan cuba berjanji yang bukan-bukan. Jangan cuba berpura-pura menjadi yang terbaik di dunia. Hanya ceritakan dengan jujur, ikhlas dan menyeronokkan kerana orang mahu berasa selesa apabila mereka datang menginap di kediaman anda.”

3. Aktif di media sosial

Tereasa: “Untuk meningkatkan minat dan tempahan, manfaatkan keberadaan media sosial untuk kediaman anda. Kebanyakan orang menemui kami di media sosial dulu, sebenarnya. Mereka menemui imej kami atau melalui suapan Instagram kami—ia cara yang benar-benar berkesan untuk membina kumpulan pengikut dan menjemput mereka mengalami segala kemungkinan di kem ini. Beberapa tip:

    • Cuba kongsikan detik-detik kehidupan yang membuat orang ingin turut mengalaminya. Anda inginkan sebuah buku di sebelah katil, dan secawan kopi panas dengan pemandangan di luar tingkap—semuanya.
    • Gaya yang baik dan fotografi yang baik adalah pemacu penting untuk penceritaan visual. Jadikannya menarik dan cantik!”

    David: “Apabila orang melawat Wandawega, tidak terkira berapa banyak kali mereka memberitahu saya bahawa mereka telah melihat gambar di Instagram, dan mereka ingin terus ke sana untuk mewujudkan semula momen tersebut untuk diri mereka sendiri. Instagram menjadi satu senarai detik yang perlu dialami—dan pratonton visual ruang anda untuk khalayak anda. Ia biasanya boleh menjadi sebab anda mendapat tempahan.”

    Jangan cuba berpura-pura menjadi yang terbaik di dunia. Teruskan bersikap jujur, ikhlas dan menyeronokkan.
    David,
    Elkhorn, Wisconsin

    4. Teruskan untuk "gagal"

    David: “Pada mulanya, kami membuat banyak kesilapan. Tetapi kami telah belajar untuk menerima apa yang kami anggap sebagai kegagalan—dan keserabutan hidup. Contohnya, menerusi penceritaan, kami belajar erti perkongsian yang berlebihan. Walaupun kebanyakan orang suka mendengar kisah tentang pelacuran, aktiviti mafia dan pembunuhan, mereka tidak perlu tahu di mana ia benar-benar berlaku terutamanya jika mereka perlu tidur di sana. Seiring dengan perjalanan masa, anda akan memahami apa yang sesuai dan apa yang tidak, dan apa yang mencuit hati khalayak anda.”

    Tereasa: “Kegagalan bagi kami bermaksud menganggap setiap halangan sebagai satu peluang untuk berkembang. Itulah caranya kita belajar.”

    5. Kongsi perjalanan

    Tereasa: “Pertama kali kami bermula dalam perjalanan ini, saya sangat takut untuk berkongsi gambar ‘sebelum’ kami. Saya ingat tiada sesiapa yang mahu tinggal bersama kami kerana keadaannya teruk. Tetapi kami sebenarnya mendapat paling banyak tempahan kerana gambar ‘sebelum dan selepas’.”

    David: “Kebanyakan orang lebih tertarik kepada kejujuran. Mereka mahu melihat prosesnya. Sekali lagi, mereka mencari satu pertalian yang bersifat peribadi—jadi jangan takut untuk berkongsi sebahagian daripada perjalanan peribadi anda. Pastikan ia jujur, dan ceritakan kisah unik anda.“

    Sorotan

    • Mencari, mengarang, dan berkongsi cerita anda adalah satu cara untuk menjalinkan hubungan dengan tetamu

    • Fikirkan tentang pengalaman di rumah atau kawasan anda yang tidak boleh didapati oleh tetamu di tempat lain

    • Wujudkan kehadiran media sosial untuk kediaman anda

    • Anggap setiap halangan sebagai peluang untuk belajar dan berkembang

    • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk meningkatkan pengehosan anda ke tahap seterusnya
    Airbnb
    22 Ogo 2023
    Adakah ini membantu?