10 perkara utama daripada Airbnb Keluaran November 2022

Ketahui tentang 10 naik taraf yang kami cipta hanya untuk hos.
Oleh Airbnb pada 16 Nov 2022
Bacaan 7 minit
Dikemas kini pada 21 Jul 2023

Nota editor: Artikel ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada Airbnb Keluaran November 2022. Maklumatnya mungkin telah berubah sejak penerbitan. Ketahui lebih lanjut tentang keluaran produk terkini kami.

Sebagai hos, anda telah memberikan banyak maklum balas kepada kami pada tahun lepas. Berdasarkan maklum balas anda, kami telah membuat perubahan untuk meningkatkan pengalaman menjadi hos.

AirCover untuk Hos

1. Lebih banyak AirCover: AirCover untuk Hos kini merangkumi perlindungan untuk kereta dan bot yang diparkir di kediaman anda, serta perlindungan yang diperluaskan untuk karya seni dan barangan berharga. Kami kini meningkatkan perlindungan kerosakan, daripada USD1 juta kepada USD3 juta.

2. Pengesahan identiti tetamu: Pengesahan identiti telah diperluaskan kepada semua tetamu yang menempah perjalanan ke 35 negara dan rantau paling popular Airbnb, mewakili 90% daripada semua tempahan. Kami akan melancarkannya ke seluruh dunia pada awal tahun 2023.

3. Penyaringan tempahan: Kami telah membangunkan teknologi penyaringan tempahan yang menganalisis kira-kira seratus faktor untuk menandakan tempahan yang mungkin mengadakan parti yang tidak dibenarkan atau kerosakan harta benda. Selepas ujian yang berjaya di Australia, kami melancarkan teknologi penyaringan tempahan di A.S. dan Kanada, dengan pelancaran global pada awal 2023.

4. Proses bayaran ganti yang lebih mudah: Anda boleh menghantar permohonan bayaran ganti hanya dalam beberapa langkah.

Baca mengenai pengemaskinian kepada AirCover untuk Hos

Peraturan asas untuk tetamu

5. Lebih kebertanggungjawapan tetamu: Kami memperkenalkan peraturan asas untuk tetamu, set standard baharu yang boleh dikuatkuasakan yang mewajibkan tetamu menghormati kediaman anda dan mematuhi peraturan penginapan anda. Setiap tetamu akan bersetuju dengan peraturan asas ini sebelum membuat tempahan. Kami akan meminta tetamu bertanggungjawab melalui sistem pendidikan, penggantungan, dan, jika perlu, penyingkiran.

Baca mengenai peraturan asas untuk tetamu

Penambahbaikan sistem ulasan

6. Ulasan yang lebih terperinci tentang tetamu: Anda boleh meninggalkan lebih banyak butiran apabila seseorang tetamu menginap dengan anda, dan membaca lebih banyak maklumat tetamu yang ditinggalkan oleh hos lain. Maklum balas anda akan membantu menguatkuasakan peraturan asas.

7. Perlindungan ulasan berunsur balas dendam: Anda akan dapat mempertikaikan sebarang ulasan yang berunsur balas dendam, tidak kira berapa lama ia telah disiarkan. Ini termasuk ulasan daripada tetamu yang melanggar peraturan penginapan standard anda dengan teruk, mengadakan parti di rumah anda, merosakkan penginapan anda, atau menginap melebihi tempoh penginapan mereka.

Baca mengenai penambahbaikan sistem ulasan

Bayaran Cepat

8. Mendapat bayaran dengan lebih cepat: Bayaran Cepat, kaedah pembayaran baharu, akan menghantar wang anda dalam masa 30 minit selepas Airbnb mengeluarkannya, walaupun pada hari cuti dan hujung minggu. Bayaran Cepat tersedia di A.S. tahun ini dengan yuran sebanyak 1.5%, dengan had USD15 bagi setiap pembayaran.

Baca butiran mengenai Bayaran Cepat

Kategori Airbnb

9. Alat kategori: Pada awal tahun 2023, anda akan dapat menyemak kategori penginapan anda. Anda juga akan dapat menambah lebih banyak butiran mengenai ciri-ciri penginapan anda supaya penginapan anda boleh ditempatkan dalam kategori yang betul.

10. Kategori baharu:Kami menambah kategori baharu agar tetamu tahu lebih banyak perkara tentang penginapan anda. Kategori Airbnb terkini ialah Baharu, Sohor Kini, Hanok, Puncak Dunia, Disesuaikan, Hiburan dan Bilik Persendirian.

Baca perkara baharu tentang Kategori Airbnb

Anda kenal seseorang yang ingin mula menjadi hos? Beritahu mereka tentang Mulakan di Airbnb; cara serba baharu dan mudah untuk menyewakan rumah mereka di Airbnb dengan panduan peribadi percuma daripada Superhost.

Jika anda ada pendapat tentang keluaran terkini, kami sedia mendengarnya. Sila hantar maklum balas anda kepada kami.

Baca panduan kami untuk Airbnb Keluaran November 2022

AirCover untuk Hos, Perlindungan Kerosakan untuk hos, Insurans liabiliti hos, dan Insurans liabiliti pengalaman tidak melindungi hos yang menawarkan penginapan atau pengalaman di Jepun, di mana Insurans Hos Jepun dan Insurans Perlindungan Pengalaman Jepun terpakai, atau hos yang menawarkan penginapan melalui Airbnb Travel LLC. Untuk hos yang menawarkan penginapan atau pengalaman di tanah besar China, Pelan Perlindungan Hos China terpakai. Perlu diingat bahawa semua had perlindungan ditunjukkan dalam USD.

Perlindungan kerosakan untuk hos bukan insurans dan tiada kaitan dengan insurans liabiliti hos. Untuk penyenaraian di Negeri Washington, kewajipan kontrak Airbnb di bawah perlindungan kerosakan untuk hos dilindungi oleh polisi insurans yang dibeli oleh Airbnb. Di bawah perlindungan kerosakan untuk hos, anda dibayar ganti untuk kerosakan tertentu yang disebabkan oleh tetamu terhadap kediaman dan harta benda anda jika tetamu tidak membayar untuk kerosakan tersebut. 

Bagi hos yang negara tempat tinggal atau tempat mereka beroperasi berada di luar Australia, perlindungan kerosakan untuk hos tertakluk kepada terma, syarat dan batasan ini. Untuk hos yang negara tempat tinggal atau tempat mereka beroperasi berada di Australia, perlindungan kerosakan untuk hos tertakluk kepada terma, syarat dan batasan ini.

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Airbnb
16 Nov 2022
Adakah ini membantu?