Memahami Tempahan Segera

Tempahan Segera boleh melancarkan proses tempahan dan membantu penyenaraian anda menonjol.
Oleh Airbnb pada 14 Dis 2020
Bacaan 3 minit
Dikemas kini pada 17 Nov 2022

Sorotan

  • Pastikan kalendar anda terkini apabila menggunakan Tempahan Segera

  • Pilih kriteria Tempahan Segera anda sendiri

  • Hidupkan Tempahan Segera

  • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya

Tempahan Segera membolehkan tetamu menempah penginapan anda dengan serta-merta untuk tarikh yang tersedia supaya anda tidak perlu menyemak dan menerima setiap permohonan tempahan secara individu. Tetamu suka menggunakan Tempahan Segera dan ramai hos melaporkan bahawa mereka menjana lebih banyak pendapatan dengan menggunakan alat ini. Selain itu, mereka juga menyukai fungsinya yang memudahkan.

Memastikan kalendar anda terkini adalah kunci dalam menggunakan Tempahan Segera dengan berkesan. Jika kalendar anda sudah lapuk, anda mungkin dikejutkan dengan tempahan yang tidak dijangka atau terpaksa membatalkan tempahan disebabkan oleh ralat jadual, yang boleh menyebabkan yuran pembatalan dikenakan. Untuk memastikan kalendar Airbnb anda sentiasa terkini, anda disarankan untuk menyegerakkannya dengan kalendar utama anda (iCal, Google, dll.).

Alat untuk memastikan fikiran yang lebih tenang

Sesetengah hos pada mulanya mungkin akan teragak-agak untuk menggunakan Tempahan Segera kerana bimbang mereka tiada banyak maklumat tentang bakal tetamu sebelum menempah. Sebelum tetamu boleh menggunakan Tempahan Segera, mereka mesti memenuhi semua syarat tetamu anda dan bersetuju dengan Peraturan Penginapan anda.

Anda boleh menetapkan syarat anda untuk menawarkan Tempahan Segera hanya kepada tetamu yang mempunyai rekod prestasi yang positif—bermakna mereka telah melakukan sekurang-kurangnya satu penginapan dan tidak menerima sebarang ulasan negatif—serta tetamu yang telah melalui proses pengesahan identiti berbilang langkah Airbnb.

Kami telah memperluaskan pengesahan identiti kepada semua tetamu tempahan yang mengembara ke 35 negara dan rantau teratas di Airbnb—mewakili 90% daripada semua tempahan. Kami akan meluaskan ini ke seluruh dunia pada awal tahun 2023. Jika anda memerlukan ID kerajaan daripada tetamu anda atas sebab peribadi, atau jika ia menjadi syarat untuk kawasan di penginapan anda, anda boleh memintanya daripada tetamu dengan menghantar mesej kepada mereka melalui peti masuk hos anda.

Sebab anda mungkin masih mendapat permohonan tempahan

Walaupun Tempahan Segera dihidupkan, dalam keadaan tertentu anda akan menerima permohonan tempahan daripada tetamu. Ini boleh berlaku jika anda sduah lama tidak mengemas kini kalendar anda, atau jika anda baru-baru ini ada membatalkan tempahan. Tetamu yang tidak menepati kriteria anda untuk membuat tempahan segera juga mungkin ada menghantar permohonan tempahan. Untuk sebarang permohonan yang sampai kepada anda, anda perlu menjawab dengan menerima atau menolak tempahan, atau menghantar mesej kepada bakal tetamu anda dalam tempoh 24 jam.

Sebab sesetengah hos tidak menggunakan Tempahan Segera

Walaupun Tempahan Segera menawarkan banyak faedah, sesetengah hos mendapati permohonan tempahan lebih sesuai untuk mereka:

  • Mereka hanya menawarkan penginapan yang lebih panjang. Annie, hos di Sonoma, California, menggunakan permohonan tempahan kerana beliau hanya menawarkan penginapan selama sekurang-kurangnya 30 hari untuk mematuhi peraturan pengehosan di kawasannya. “Saya ingin menggunakan Tempahan Segera, tetapi ada banyak lagi hal logistik yang perlu diketahui apabila anda menerima tetamu selama itu,” katanya.
  • Mereka mengenakan syarat peribadi yang unik. Nichola, hos di Guelph, Kanada, amat sensitif kepada persekitaran dan ini menyebabkan beliau perlu memastikan ruangnya tiada wangian, jadi dia menggunakan permohonan tempahan untuk memastikan tetamu sanggup bersetuju dengan peraturan penginapannya yang sangat spesifik. “Saya mendapat migrain daripada produk yang ada wangian. Oleh itu, saya perlu memastikan tetamu saya faham tentang alahan wangian,” katanya.
  • Ruang mereka mempunyai ciri-ciri atau cabaran tertentu. Antara contohnya ialah mungkin bilik persendirian di kediaman yang ada haiwan peliharaan atau kanak-kanak, atau ruang yang terlalu kedesaan yang mungkin mencabar bagi tetamu tertentu. Permohonan tempahan boleh menjadi pilihan yang baik untuk memastikan tetamu tahu tentang semua aspek unik kediaman anda sebelum mereka tiba.

Kebolehpercayaan ialah kunci untuk menggunakan Tempahan Segera

Terpulang kepada anda sama ada anda memilih untuk menggunakan Tempahan Segera atau tidak, tetapi ingat bahawa kebolehpercayaan adalah unsur penting untuk menjadi hos yang hebat. Ingat polisi pembatalan hos Airbnb dan cuba elakkan daripada membatalkan tempahan jika boleh.

Sehubungan itu, jika anda menggunakan Tempahan Segera dan rasa tidak selesa dengan sesuatu tempahan selepas tempahan dibuat (contohnya, kerana bakal tetamu anda bertanya sama ada mereka boleh melanggar peraturan penginapan anda), anda boleh membatalkan tempahan tanpa penalti menggunakan alat pembatalan online sehingga tiga kali bagi setiap tahun kalendar.

Perlu diingat bahawa anda tidak boleh membatalkan tempahan atas sebarang sebab yang melanggar polisi tanpa diskriminasi Airbnb. Dan jika anda membatalkan tempahan, ini memberi isyarat bahawa Tempahan Segera mungkin tidak sesuai untuk anda buat masa ini, jadi Airbnb mungkin akan menghantar permohonan tempahan untuk beberapa tempahan anda yang seterusnya.

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Sorotan

  • Pastikan kalendar anda terkini apabila menggunakan Tempahan Segera

  • Pilih kriteria Tempahan Segera anda sendiri

  • Hidupkan Tempahan Segera

  • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya
Airbnb
14 Dis 2020
Adakah ini membantu?