Menggunakan ulasan untuk menambah baik rutin anda sebagai hos

Ulasan membantu anda memikirkan apa yang berkesan dan apa yang tidak.
Oleh Airbnb pada 4 Mei 2021
Bacaan 3 minit
Dikemas kini pada 8 Mac 2023

Ulasan yang baik memberitahu anda perkara yang tetamu suka tentang penginapan anda. Walaupun ia tidak menyenangkan, ulasan negatif boleh membantu anda menjadi hos yang lebih baik. Daripada ulasan pertama anda, anda boleh menggunakan maklum balas untuk menambah baik cara anda menjadi hos.

Sebab pentingnya ulasan

“Maklum balas sangat penting,” kata Juliette, ahli Lembaga Penasihat Hos di Nairobi, Kenya. “Ini sebuah perniagaan yang perlukan penglibatan langsung, dan ada perkara yang tidak dijangka. Itulah sebabnya penting untuk memantau penyenaraian anda sebaik mungkin apabila berkesempatan—kerana ulasan memberitahu anda sesuatu.”

Ulasan membina kepercayaan dalam komuniti dan membantu memacu perniagaan anda. Untuk belajar daripada ulasan anda:

  • Baca setiap ulasan, serta sebarang maklum balas peribadi daripada tetamu.

  • Gunakan ulasan positif untuk meningkatkan penyenaraian anda. Contohnya, jika tetamu memuji kelengkapan dapur anda, tampilkan ia dalam gambar. Anda juga boleh memetik ulasan dalam kapsyen.

  • Gunakan ulasan negatif atau sebarang maklum balas atau mesej peribadi sebagai inspirasi untuk menaik taraf kemudahan anda atau mengemas kini keterangan penyenaraian anda. Anda juga mungkin mahu menjawab secara terbuka untuk menunjukkan bahawa anda menerima maklum balas.

Menggunakan ulasan untuk merendahkan jangkaan dan melakukan lebih daripada yang dijanjikan

Hos yang berjaya mengelak daripada menokok tambah butiran penyenaraian dan berusaha keras untuk menawarkan layanan yang hebat. “Saya sentiasa cuba merendahkan jangkaan dan melakukan lebih daripada yang dijanjikan supaya tetamu tidak tertumpu kepada masalah-masalah kecil,” kata Max, Superhost di Bongaree, Australia.

Contoh menggunakan maklum balas dengan cara ini:

  • Jika tetamu menyebut tentang bunyi bising di jalan dalam ulasan, kemas kini keterangan penyenaraian anda dengan catatan bahawa mungkin terdapat bunyi bising di jalan (merendahkan jangkaan).
  • Sebaik sahaja mereka mendaftar masuk, tawarkan penyumbat telinga atau mesin bunyi putih (untuk melakukan lebih daripada yang dijanjikan).

Jika anda memberitahu lebih awal tentang kemungkinan isu, ada kemungkinan besar anda akan menarik tetamu yang sesuai untuk penginapan anda—dan mengelakkan ulasan negatif.

Menjemput maklum balas yang membina daripada tetamu

“Kami ada menerima maklum balas mengatakan bahawa mereka menikmati pengalaman yang hebat, tetapi ini cara-cara anda boleh menjadikannya lebih baik atau lebih selesa,” kata Keshav, ahli Lembaga Penasihat Hos di New Delhi, India. “Kami benar-benar menerima maklum balas itu. Banyak yang saya pelajari daripada bercakap dengan tetamu sebenar.”

Sentiasa berhubung dengan tetamu selepas mendaftar masuk untuk memaklumkan mereka bahawa anda tersedia jika mereka ada soalan atau masalah. Beberapa tip:

  • Gunakan mesej berjadual untuk berkomunikasi dengan tetamu pada saat-saat penting, seperti semasa tempahan, daftar masuk dan daftar keluar.

  • Selepas malam pertama, tanya tetamu bagaimana penginapan mereka dan jika ada sesuatu yang anda boleh bantu. Untuk penginapan yang lebih panjang, cuba hubungi mereka setiap minggu.

  • Jika tetamu membangkitkan isu, tangani dengan segera. Kebanyakan tetamu akan faham jika sesuatu masalah berlaku selagi anda berusaha menyelesaikannya dengan cepat.

Menggunakan ulasan untuk menjadi hos yang lebih baik

“Saya sentiasa meluangkan masa untuk menjawab setiap ulasan, sama ada ia baik atau buruk,” kata Omar, Superhost di Mexico City. “Bakal tetamu anda akan membacanya.”

Omar menambah bahawa maklum balas tetamu mengenai suhu air mendorong beliau untuk membaiki isu ini. Tetamu yang sama kembali lapan bulan kemudian untuk menginap lagi. “Ulasan membina perlu sentiasa diambil kira,” katanya.

Jika anda membaca ulasan dengan teliti, anda boleh menjadi hos yang lebih baik. “Ulasan negatif boleh berlaku, tetapi tidak mengapa,” kata Alessandro, hos di Lombardy, Itali. “Buat analisis terhadap ulasan negatif ini dan buat pembetulan jika perlu.”

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Airbnb
4 Mei 2021
Adakah ini membantu?