Perkara yang perlu diketahui tentang menerima tetamu berkeluarga

Sediakan ruang anda dengan teliti dan kemas kini penyenaraian anda untuk meluaskan khalayak anda.
Oleh Airbnb pada 21 Jul 2020
Bacaan 5 minit
Dikemas kini pada 21 Jul 2023

Sorotan

  • Mempersiapkan ruang anda untuk tetamu berkeluarga boleh membantu meningkatkan tempahan

  • Kemas kini penyenaraian anda untuk menyatakan bahawa ruang anda mesra keluarga, dan sertakan gambar

    • Sertakan kemudahan seperti katil bayi mudah alih dan kerusi tinggi

    • Ketahui sokongan Airbnb yang tersedia jika ada masalah

    Memandangkan banyak pejabat, sekolah, dan pusat penjagaan kanak-kanak ditutup di seluruh dunia, ibu bapa kini mempunyai lebih fleksibiliti untuk menentukan tempat mereka tinggal dan bekerja. Ramai yang berminat untuk mengembara lebih kerap. Malah ada yang ingin memindahkan keluarga mereka buat sementara ke tempat yang menawarkan ruang yang lebih luas dan akses ke kawasan luar.

    Walaupun menerima kanak-kanak mungkin tidak selamat di sesetengah ruang, berikut adalah perkara yang anda perlu tahu jika anda tidak keberatan untuk mengalu-alukan mereka ke ruang anda.

    Merancang lebih awal untuk menerima tetamu berkeluarga banyak membantu

    Jika anda tidak pasti tentang mengalu-alukan tetamu yang membawa bersama kanak-kanak ke ruang anda, ada beberapa langkah yang boleh anda ambil agar anda rasa lebih tenang.

    Berkomunikasi terlebih dahulu tentang apa yang tersedia dan tidak tersedia di ruang anda.

    Bantu ibu bapa berkemas mengikut kesesuaian dengan memperincikan semua kemudahan mesra keluarga yang sudah anda sediakan. Buku panduan anda juga boleh menyertakan cadangan tempat untuk mendapatkan atau menambah bekalan.

    Untuk membantu anda beralih kepada menerima tetamu berkeluarga, begini cara anda boleh mempersiapkan ruang anda sedikit demi sedikit:

    • Pilih perabot yang kukuh dan selamat, dan elakkan kaca, jika boleh
    • Permudahkan kerja membersih dengan mengelakkan perhiasan yang berselerak dan tidak perlu
    • Alihkan objek mudah pecah dan tajam jauh daripada jangkauan kanak-kanak
    • Cegah pinggan daripada pecah dengan menyediakan cawan dan pinggan plastik yang boleh digunakan semula di dapur anda
    • Pertimbangkan untuk menambah selak pada kabinet dan penutup lindung pada soket kuasa
    • Pilih kain yang tahan lama dan mudah dibersihkan, seperti bahan yang digunakan untuk bantal luar rumah
    • Tutup lantai kayu keras dengan permaidani yang boleh dicuci

    Ambil langkah berjaga-jaga keselamatan asas untuk membantu melindungi tetamu dan kediaman anda.

    • Bantu menenangkan semua orang dengan memasang penggera asap dan karbon monoksida dan alat pemadam api berhampiran dapur memasak
    • Jangan lupa untuk memeriksa kemudahan ini pada penyenaraian anda, dan jangan lupa untuk menggantikan bateri dengan kerap
    • Sertakan nombor kecemasan tempatan dalam manual penginapan anda dan pada kad rujukan pantas untuk tetamu

    Pertimbangkan untuk mewajibkan yuran pembersihan.
    Banyak hos menyertakan yuran pembersihan untuk menampung  kos bekalan atau perkhidmatan pembersihan profesional. Berikut ialah maklumat lanjut tentang cara mengenakan yuran pembersihan jika anda belum melakukannya.

      Ketahui tindakan yang perlu diambil jika berlaku masalah.
      Tidak kira sejauh mana persediaan anda, kemalangan masih boleh berlaku—tetapi ada beberapa cara anda boleh membantu melindungi diri anda apabila menjadi hos di Airbnb.

      • Mohon wang melalui Pusat Resolusi: Anda boleh membuat permohonan melalui Pusat Resolusi untuk barangan yang hilang atau rosak, perkhidmatan tambahan, atau isu lain yang berkaitan dengan perjalanan—seperti kehilangan kunci rumah. Anda juga boleh menghantar wang kepada tetamu sebagai pampasan untuk masalah seperti jika ruang anda belum siap semasa daftar masuk.
      • Kenali AirCover untuk Hos: AirCover untuk Hos merangkumi Perlindungan kerosakan untuk hos dan Insurans liabiliti hos. Sentiasa disertakan dan sentiasa percuma.

      Jika anda berminat untuk menarik pelancong berkeluarga, sentuhan yang prihatin boleh membantu anda menonjol sebagai hos yang sesuai. Untuk menjadikan penginapan mereka terasa seperti berada di rumah, sediakan item yang biasa diminta, seperti tuala dan cadar tambahan. Menyediakan tisu tandas dan barang-barang dapur seperti garam, lada hitam dan keperluan memasak yang lain juga membantu. 

      Dapatkan lebih banyak idea daripada Elsie, hos daripada Nashville, Tennessee, yang berkongsi cara beliau mencipta ruang mesra keluarga:

      Tip: Sentiasa pastikan bekalan pembersihan disediakan secukupnya—terutama sekali tisu dapur, pengelap disinfektan dan penanggal kesan kotoran—atau buat persediaan secukupnya untuk penginapan yang lebih lama.

      Pastikan tetamu tahu apa yang anda tawarkan

      Selepas anda mengambil langkah-langkah ini untuk mempersiapkan ruang anda untuk tetamu berkeluarga, tiba masanya untuk mempamerkan ruang anda dengan mengemas kini butiran penyenaraian dan kemudahan anda.

      • Mempunyai tajuk dan keterangan penyenaraian terkini boleh membantu anda menarik jenis pengembara yang sesuai—dan menetapkan jangkaan yang jelas
      • Tetamu yang akan mengembara dengan kanak-kanak boleh menggunakan penapis carian untuk mengecilkan pilihan mereka, jadi anda juga perlu mengemas kini kemudahan anda. (Jika anda ada lebih daripada satu penyenaraian, anda boleh membuat pengemaskinian kepada kemudahan anda di semua ruang daripada halaman Penyenaraian.) Katil bayi dan kerusi tinggi adalah kemudahan yang mesti ada untuk tetamu yang mempunyai bayi.
      • Sertakan kemudahan seperti penyaman udara, mesin basuh/pengering dan dapur jika ada di ruang anda
      • Jika anda menawarkan mesin basuh, nyatakan sama ada anda menyediakan sabun pencuci pakaian dan sama ada sebarang caj tambahan dikenakan
      • Tab mandi memudahkan tetamu memandikan kanak-kanak—pastikan anda nyatakan jika anda ada tab mandi dalam penyenaraian anda, dan sertakan gambar dalam galeri imej anda
      • Semak semula sama ada gambar anda menunjukkan semua yang anda terangkan. Lihat tutorial fotografi langkah demi langkah kami untuk mengetahui cara untuk menonjolkan semua usaha yang anda lakukan untuk memenuhi keperluan pengembara sekarang.

      Walaupun mempersiapkan ruang untuk tetamu berkeluarga dengan kanak-kanak mungkin lebih renyah, menambahkan kemudahan berguna ini antara cara terbaik untuk menggembirakan semua tetamu anda.

      AirCover untuk Hos, Perlindungan kerosakan untuk hos, Insurans liabiliti hos, dan Insurans liabiliti pengalaman tidak melindungi hos yang menawarkan penginapan atau pengalaman di Jepun, di mana Insurans Hos Jepun dan Insurans Perlindungan Pengalaman Jepun terpakai, atau hos yang menawarkan penginapan melalui Airbnb Travel LLC. Untuk hos yang menawarkan penginapan atau pengalaman di tanah besar China, Pelan Perlindungan Hos China terpakai. Perlu diingat bahawa semua had perlindungan ditunjukkan dalam USD.

      Insurans liabiliti hos dan Insurans liabiliti pengalaman ditaja jamin oleh syarikat insurans pihak ketiga. Jika anda menjadi hos di UK, polisi Insurans liabiliti hos dan polisi Insurans liabiliti pengalaman ditaja jamin oleh Zurich Insurance Company Ltd. dan diatur serta disediakan tanpa sebarang kos tambahan untuk hos UK oleh Airbnb UK Services Limited – wakil Aon UK Limited yang dilantik, ditauliahkan dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority. Nombor pendaftaran FCA Aon ialah 310451. Anda boleh menyemaknya di Daftar Perkhidmatan Kewangan dengan melayari laman web FCA atau menghubungi FCA di 0800 111 6768. Polisi liabiliti hos dan liabiliti pengalaman dalam AirCover untuk Hos dikawal selia oleh Financial Conduct Authority. Produk dan perkhidmatan selebihnya bukan produk yang dikawal selia dan diatur oleh Airbnb UK Services Limited. FPAFF610LC 

      Perlindungan kerosakan untuk hos bukan insurans dan tiada kaitan dengan insurans liabiliti hos. Di bawah perlindungan kerosakan untuk hos, anda dibayar ganti untuk kerosakan tertentu yang disebabkan oleh tetamu terhadap penginapan dan harta benda anda jika tetamu tidak membayar untuk kerosakan tersebut. Untuk penyenaraian di Negeri Washington, kewajipan kontrak Airbnb di bawah perlindungan kerosakan untuk hos dilindungi oleh polisi insurans yang dibeli oleh Airbnb. Bagi hos yang negara kediaman atau tempat mereka beroperasi berada di luar Australia, Terma Perlindungan Kerosakan untuk Hos ini terpakai. Untuk hos yang negara tempat tinggal atau tempat mereka beroperasi berada di Australia, perlindungan kerosakan untuk hos tertakluk kepada Terma Perlindungan Kerosakan untuk Hos bagi Pengguna Australia.

      Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

      Sorotan

      • Mempersiapkan ruang anda untuk tetamu berkeluarga boleh membantu meningkatkan tempahan

      • Kemas kini penyenaraian anda untuk menyatakan bahawa ruang anda mesra keluarga, dan sertakan gambar

        • Sertakan kemudahan seperti katil bayi mudah alih dan kerusi tinggi

        • Ketahui sokongan Airbnb yang tersedia jika ada masalah

        Airbnb
        21 Jul 2020
        Adakah ini membantu?