Mengapa senaraikan penginapan anda di Airbnb?

Anda boleh menukar ruang kosong anda menjadi pendapatan tambahan, di mana sahaja anda berada.
Oleh Airbnb pada 3 Jan 2020
Video 5 minit
Dikemas kini pada 16 Nov 2022

Sorotan

  • Jana pendapatan tambahan mengikut keselesaan anda

      • Berhubung dengan tetamu dan raikan komuniti tempatan anda

          • Dapatkan sokongan dan perlindungan dalam setiap langkah

          Walau apa pun matlamat anda, menjadi hos di Airbnb menawarkan cara yang menyeronokkan dan fleksibel untuk memenuhi matlamat tersebut. Anda boleh mengalu-alukan tetamu di mana-mana jenis ruang, di mana saja di dunia, seberapa kerap yang anda suka.

          Wang yang anda peroleh boleh membantu anda melakukan perkara seperti membayar bil rumah, menyimpan untuk acara besar, atau menampung kos percutian anda yang seterusnya. Selain memperoleh wang tambahan, membuka pintu anda memberi anda peluang untuk berhubung dengan pengembara dari seluruh dunia dan menyokong komuniti tempatan anda.

          Sewakan di Airbnb mengikut keselesaan anda

          Apabila anda menjadi hos di Airbnb, anda memilih cara dan masa anda mengalu-alukan tetamu. Anda boleh menawarkan ruang berkongsi atau persendirian, sama ada anda berada di rumah atau tidak.

          Jika sesetengah hos mengubah hospitaliti mereka menjadi perniagaan, sebahagian hos lain pula mengambil pendekatan yang lebih santai. Anda boleh cuba menjadi hos hanya ketika acara-acara istimewa di kawasan anda atau untuk memastikan penginapan anda diduduki semasa anda bercuti.

          “Saya suka menjadi bos saya sendiri,” kata Magaly, Superhost di East Wenatchee, Washington. “Ia adalah cara hidup yang fleksibel—keseimbangan sempurna antara memberi tumpuan penuh kepada anak-anak saya dan juga memberikan yang terbaik kepada pekerjaan sampingan saya.”

          Jana pendapatan tambahan

          Dalam kaji selidik terbaharu, ramai hos berkata mereka menyewakan ruang mereka di Airbnb untuk menjana pendapatan. Mereka menggunakan wang tambahan untuk membantu menampung kenaikan kos sara hidup, sama ada untuk membayar bil atau wang perbelanjaan tambahan.

          “Saya mula menjadi hos apabila saya berpindah ke rumah saya sendiri,” kata Yuan, Superhost di Singapura. “Pendapatan tetap hasil menyenaraikan bilik tidur tambahan saya di Airbnb membantu membiayai perbelanjaan harian saya memandangkan saya kembali belajar dan tidak lagi bekerja sepenuh masa.”

          Pada tahun 2021, hos baharu di seluruh dunia memperoleh gabungan jumlah melebihi USD1.8 bilion, meningkat lebih daripada 30% berbanding tahun 2019. Pendapatan median untuk hos A.S. pada tahun 2021 ialah $13,800, peningkatan sebanyak 85% berbanding 2019. Dan peluang untuk menjadi hos—daripada hujung minggu sekali-sekala hingga sepanjang tahun—terus berkembang pada tahun 2022.

          “Sejak kami menyenaraikan di Airbnb, kami tidak menoleh ke belakang lagi,” kata Robin, seorang Superhost di Mount Barker, Australia. “Kami mendapat tempahan penuh bulan demi bulan, dan pendapatan kami sebagai hos, di samping pencen dan pelaburan kami yang lain, memberikan kami gaya hidup yang sangat baik.”

          Raikan komuniti anda

          Ganjaran daripada berkongsi ruang anda lebih daripada sekadar matlamat kewangan. Para hos memberitahu kami bahawa antara faedah terbaik ialah meraikan komuniti mereka dan berhubung dengan orang-orang menarik yang sebaliknya mereka mungkin takkan temui.

          James dan Roxanne, Superhost di Holetown, Barbados, menjamu tetamu mereka dengan sajian buatan tempatan—seperti biskut di meja sisi katil—yang juga dijual di kedai kecil di penginapan ini. “Tetamu sering membeli lebih banyak kopi tempatan Cane Dog kami selepas mencubanya di bilik mereka,” kata James.

          Brian, Superhost dengan Hello House Hostel di Las Palmas de Gran Canaria, Sepanyol, berkata beliau mula menjadi hos untuk mengalami perjalanan sambil tinggal di rumah. “Tetamu yang kami hoskan sangat mengagumkan,” katanya, “dan kami sangat menyukai kisah-kisah mereka dan kunjungan kembali mereka.”

          Cipta penyenaraian dengan pantas

          Anda boleh menyewakan apa-apa sahaja ruang di Airbnb. Walau apa pun sebab anda memutuskan untuk menjadi hos, mudah saja untuk bermula.

          • Ketahui potensi pendapatan di lokasi anda atau daftar untuk menawarkan tempat penginapan kepada golongan yang menghadapi krisis
          • Terima bimbingan peribadi daripada Superhost, pilihan untuk mengalu-alukan tetamu berpengalaman untuk tempahan pertama anda, dan akses pantas kepada pasukan ejen Sokongan Komuniti yang terlatih khas melalui Mulakan di Airbnb
          • Ketahui cara anda dilindungi oleh AirCover untuk Hos

          Menyenaraikan ruang anda di Airbnb membolehkan anda mencapai matlamat kewangan anda, berhubung dengan orang dari seluruh dunia dan menjadi usahawan mengikut keselesaan anda. Apabila anda bersedia untuk menawarkan tempat penginapan kepada tetamu, kami akan membantu anda dalam setiap langkah.

          Ketahui lebih lanjut di panduan kami kepada dunia pengehosan

          Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

          Sorotan

          • Jana pendapatan tambahan mengikut keselesaan anda

              • Berhubung dengan tetamu dan raikan komuniti tempatan anda

                  • Dapatkan sokongan dan perlindungan dalam setiap langkah

                  Airbnb
                  3 Jan 2020
                  Adakah ini membantu?