Pengemaskinian terkini kepada penilaian Superhost

Kami telah kembali kepada 4 kriteria standard kami untuk mendapat status Superhost.
Oleh Airbnb pada 20 Ogo 2020
Bacaan 2 minit
Dikemas kini pada 27 Jun 2022

Sorotan

  • Kami membuat perubahan sementara kepada penilaian Superhost kami untuk menyokong komuniti hos semasa pandemik COVID-19

  • Mulai 1 April 2022, anda perlu memenuhi kesemua 4 kriteria standard kami semula untuk mendapat status Superhost

Pandemik COVID-19 telah mengganggu industri pelancongan dan rutin hos di seluruh dunia. Memandangkan kita sedang menghadapi masa yang sukar dan tidak menentu ini, kami telah membuat perubahan sementara ke atas semua penilaian Superhost.

Mulai April 2020, Superhost dapat mengekalkan status mereka tanpa memenuhi kesemua 4 kriteria standard kami. Kini, memandangkan sektor perjalanan kian pulih, kami akan kembali kepada proses penilaian asal kami.

Bermula pada penilaian 1 April 2022, dan pada penilaian akan datang, hos perlu memenuhi kesemua 4 kriteria untuk mendapat status Superhost.

4 kriteria tersebut adalah:

  • Mengekalkan penarafan keseluruhan 4.8
  • Mengekalkan kadar jawapan 90% atau lebih tinggi
  • Menjadi hos bagi 10 penginapan sepanjang tahun lepas (atau 100 malam untuk sekurang-kurangnya 3 tempahan)
  • Mengekalkan kadar pembatalan kurang daripada 1%
Apabila anda menjadi Superhost, anda mendapat manfaat lencana khas pada profil dan penyenaraian anda. Penilaian Superhost berlaku 4 kali setahun—pada Januari, April, Julai dan Oktober—dan setiap penilaian menilai prestasi anda sepanjang 365 hari sebelumnya.

    Kami mula melanjutkan status Superhost pada April 2020, penilaian Superhost pertama semasa COVID-19. Walau bagaimanapun, apabila perjalanan terus pulih, semua hos perlu memenuhi semua kriteria pada penilaian 1 April 2022, untuk mendapat status Superhost.

    4 kriteria tersebut ialah seperti berikut:

    • Mengekalkan penarafan keseluruhan 4.8
    • Mengekalkan kadar jawapan 90% atau lebih tinggi
    • 10 penginapan sepanjang tahun lepas (atau 100 malam untuk sekurang-kurangnya tiga penginapan bagi hos yang mempunyai tempahan yang lebih panjang)
    • Mengekalkan kadar pembatalan sebanyak 1% atau kurang
    Penilaian Superhost April akan melihat prestasi anda sepanjang 365 hari sebelum ini—jadi inilah masa terbaik untuk membuat sebarang pelarasan yang akan membantu memastikan anda bersedia untuk mendapat status Superhost pada bulan April.

    Oleh kerana faktor penilaian Superhost mengambil kira prestasi tahun sebelumnya, jika contohnya, anda mempunyai kadar pembatalan yang tinggi sekarang yang tidak berkaitan dengan COVID-19, ia boleh memberi kesan kepada status Superhost anda pada masa akan datang. Jejak status Superhost anda di sini

    Harap maklum juga bahawa sekiranya Superhost tidak memenuhi mana-mana daripada 4 kriteria tersebut pada mana-mana suku tahun, termasuk kriteria penginapan dan kadar pembatalan,ia tidak akan diambil kira dalam syarat 4 suku tahun berturut-turut yang diperlukan untuk mendapatkan kupon perjalanan atau Pengalaman Airbnb bernilai USD100. Bagi Superhost yang memenuhi keempat-empat kriteria biasa kami, suku tahun tersebut akan diambil kira untuk mendapatkan kupon mereka.

    Harap maklum juga: Walaupun kami melanjutkan status buat sementara waktu untuk Superhost yang memenuhi sekurang-kurangnya 2 daripada 4 kriteria kami, Superhost masih mesti memenuhi kesemua 4 kriteria untuk 4 suku tahun berturut-turut untuk mendapatkan kupon Airbnb bernilai USD100. Contohnya, jika status Superhost anda dilanjutkan pada Januari 2022 tetapi anda tidak memenuhi kesemua 4 kriteria sehingga April 2022, anda layak mendapat kupon pada April 2023—jika anda mengekalkan status anda pada Julai 2022, Oktober 2022 dan Januari 2023.

    Sorotan

    • Kami membuat perubahan sementara kepada penilaian Superhost kami untuk menyokong komuniti hos semasa pandemik COVID-19

    • Mulai 1 April 2022, anda perlu memenuhi kesemua 4 kriteria standard kami semula untuk mendapat status Superhost

    Airbnb
    20 Ogo 2020
    Adakah ini membantu?