Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Menjadi hos yang bertanggungjawab di Amerika Syarikat

    Kami menggalakkan hos untuk berfikir dengan teliti tentang tanggungjawab mereka. Menjadi hos menawarkan pengalaman yang berharga, tetapi ia menuntut komitmen yang tinggi. Selain daripada syarat-syarat asas yang kami jangkakan daripada semua hos, berikut adalah beberapa cara untuk anda menjadi hos yang bertanggungjawab.*

    Kesihatan dan kebersihan

    Maklumat global mengenai proses pembersihan 5 langkah Airbnb yang dipertingkatkan boleh didapati dalam maklumat umum tentang menjadi hos tempat penginapan.

    Cadangan utama tentang pembersihan

    Sumber umum

    Keselamatan

    Apa yang boleh saya lakukan untuk menjadikan ruang saya selamat untuk tetamu?

    Prosedur kecemasan

    Maklumat hubungan

    Nyatakan nombor kecemasan tempatan dan hospital terdekat. Sediakan nombor hubungan kecemasan yang jelas untuk diri anda, serta orang sandaran, untuk kemudahan rujukan tetamu. Jelaskan juga cara anda boleh dihubungi jika tetamu mempunyai soalan atau terdapat isu yang timbul.

    Bekalan kelengkapan

    Sediakan kit pertolongan cemas yang boleh didapati dengan mudah.

    Pencegahan kebakaran

    Pastikan anda mempunyai penggera asap dan pengesan karbon monoksida yang berfungsi, dan kediaman anda memenuhi garis panduan keselamatan kerajaan bagi kawasan anda (contohnya, Kod Bangunan Antarabangsa). Pastikan anda menyediakan alat pemadam api yang berfungsi dan menyempurnakan penyelenggaraan yang diperlukan.

    Jalan keluar

    Pastikan anda mempunyai laluan keluar kecemasan yang ditandakan dengan jelas, dan tampalkan peta di kediaman anda.

    Meminimumkan bahaya

    Privasi

    Sentiasa ambil berat privasi tetamu anda. Maklumkan sepenuhnya jika terdapat kamera keselamatan atau peralatan pengawasan lain di penginapan anda atau di sekitar penyenaraian anda. Pastikan anda mengetahui dan mematuhi undang-undang persekutuan, negeri dan tempatan yang berkenaan.

    Penghunian

    Tetapkan had penghunian yang selamat. Kerajaan tempatan anda mungkin mempunyai garis panduan.

    Akses

    Periksa sekitar kediaman anda untuk mengenal pasti jika ada kawasan yang tetamu boleh tersadung atau jatuh, dan buang atau tandakan bahaya dengan jelas. Baiki wayar yang terdedah. Pastikan tangga selamat dan mempunyai pemegang. Keluarkan atau kunci objek yang mungkin berbahaya kepada tetamu anda.

    Keselamatan kanak-kanak

    Pastikan kediaman anda selamat untuk kanak-kanak, atau maklumkan kepada tetamu tentang kemungkinan bahaya.

    Iklim

    Pastikan kediaman anda diudarakan dengan baik dan kawalan suhu ditandakan dengan jelas dan berfungsi. Pastikan tetamu jelas tentang cara menggunakan pemanas dengan selamat.

    Jiran

    Bagaimanakah saya boleh mengambil berat tentang jiran saya?

    Peraturan bangunan

    Pastikan anda menyampaikan peraturan kawasan umum bangunan kepada tetamu anda. Anda mungkin mahu maklumkan kepada jiran anda bahawa anda akan mempunyai tetamu, dan ingatkan tetamu untuk tidak mengganggu jiran (cth., jangan ketuk pintu atau bunyikan loceng mereka untuk membenarkan anda masuk).

    Merokok

    Jika anda tidak membenarkan merokok, kami cadangkan anda menampalkan tanda untuk mengingatkan tetamu. Jika merokok dibenarkan, pastikan anda menyediakan bekas abu di kawasan yang ditetapkan.

    Tempat letak kenderaan

    Pastikan anda menyampaikan peraturan meletak kenderaan di bangunan dan kejiranan anda kepada tetamu anda.

    Bunyi bising

    Ingatkan tetamu untuk tidak membuat bising. Pertimbangkan sama ada anda mahu membenarkan bayi, haiwan peliharaan atau parti. Buat polisi mengenai tetamu yang ingin menjemput orang lain datang, dan pastikan tetamu anda jelas tentang "polisi parti" anda.

    Haiwan peliharaan

    Jika anda membenarkan haiwan peliharaan, pastikan tetamu dimaklumkan tentang perkara tertentu seperti taman setempat dan amalan setempat (contohnya, membersihkan najis anjing anda). Pastikan anda sediakan pelan sandaran sekiranya haiwan peliharaan tetamu mengganggu jiran (seperti nombor telefon hotel haiwan peliharaan berhampiran).

    Peraturan Penginapan

    Untuk mengelakkan kejutan, anda mungkin mahu memasukkan maklumat yang dinyatakan di atas ke dalam Peraturan Penginapan anda dalam profil penyenaraian Airbnb anda.

    Kebenaran

    Siapa yang patut saya maklumkan bahawa saya menjadi hos di Airbnb?

    Kontrak

    Semak peraturan HOA atau Lembaga Ko-Op untuk memastikan tiada larangan terhadap subsewa atau apa-apa sekatan lain berkenaan menjadi hos. Baca perjanjian pajakan anda dan semak dengan tuan rumah anda jika berkenaan. Anda boleh mempertimbangkan untuk menambahkan rider pada kontrak anda yang menangani kebimbangan pihak-pihak ini dan menggariskan tanggungjawab dan liabiliti semua pihak.

    Rakan serumah

    Sekiranya anda mempunyai rakan serumah, anda mungkin perlukan perjanjian rakan serumah secara bertulis yang menggariskan beberapa perkara seperti kekerapan anda bercadang untuk menjadi hos, cara anda memastikan tetamu mematuhi Peraturan Penginapan, dan sama ada anda akan berkongsi pendapatan.

    Jiran

    Pertimbangkan sama ada anda perlu memaklumkan jiran anda tentang rancangan anda untuk menjadi hos, berserta dengan rancangan anda untuk memastikan tetamu anda tidak menimbulkan masalah.

    Perumahan bersubsidi

    Jika anda tinggal di perumahan awam atau subsidi, mungkin ada peraturan khas yang anda perlu patuhi. Pengurus kediaman anda mungkin boleh menjawab soalan-soalan sebegini.

    Peraturan am

    Peraturan tempatan manakah yang terpakai kepada saya?

    Cukai

    Pastikan anda meneliti syarat-syarat cukai tempatan atau lesen perniagaan yang mungkin terpakai. Ini boleh merangkumi cukai hotel/penghunian sementara, cukai jualan, cukai perolehan lain seperti Cukai Tambah Nilai (VAT) atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), atau cukai pendapatan.

    Permit atau pendaftaran

    Pastikan anda meneliti mana-mana peraturan tentang permit, pengezonan, keselamatan dan kesihatan yang mungkin dikenakan. Pihak berkuasa yang mengawal penggunaan dan pembangunan kediaman di kawasan anda mungkin mempunyai maklumat berguna mengenai peraturan-peraturan tersebut.

    Kawalan sewa/penstabilan sewa

    Jika anda tinggal di perumahan yang sewanya dikawal atau distabilkan, mungkin ada peraturan khas yang terpakai. Hubungi Lembaga sewa tempatan anda untuk bertanya soalan mengenai topik ini.

    Peraturan tempatan

    Pilih lokasi di bawah untuk membaca maklumat khusus bandar, daerah, atau rantau. Jika kawasan anda tidak disenaraikan, anda boleh membaca maklumat umum mengenai peraturan tempatan.

    Sertai Kelab Hos tempatan

    Apabila memutuskan sama ada anda mahu menjadi hos Airbnb, penting untuk anda faham undang-undang di bandar anda. Anda mungkin ada banyak soalan, dan siapa yang lebih sesuai untuk dihubungi bagi meminta nasihat selain hos tempatan di kawasan anda?

    Ia mudah. Cari Kumpulan Hos rasmi komuniti anda. Tidak dapat mencari bandar anda? Cari Kelab Hos tempatan anda di Facebook.

    Perkara penting untuk disemak

    Cukai

    Cukai boleh menjadi rumit, dan anda perlu mengambil masa untuk memahami peraturan yang terpakai kepada anda dan situasi khusus anda.

    Ernst and Young telah menyediakan gambaran keseluruhan pertimbangan cukai untuk hos Airbnb yang berkaitan dengan cukai pendapatan sewaan AS: "Panduan am mengenai cukai pendapatan sewaan" Amerika Syarikat Ernst and Young (Bahasa Inggeris). Maklumat ini memberikan gambaran keseluruhan tentang cara melengkapkan penyata cukai anda serta beberapa tanggungjawab cukai anda mengenai pendapatan yang anda peroleh daripada aktiviti hos anda di Airbnb dan platform hos lain. Maklumat yang disediakan oleh Ernst and Young berkaitan dengan cukai pendapatan AS secara eksklusif dan tidak termasuk sebarang panduan yang berkaitan dengan cukai penghunian, cukai hotel, cukai nilai tambah atau cukai lain.

    Penafian: Paparan Ernst and Young di Airbnb bukan satu pengendorsan. Nasihat percukaian adalah rumit, dan anda perlu melakukan usaha wajar anda sendiri apabila menerima nasihat. Airbnb tidak bertanggungjawab atas sebarang nasihat cukai atau nasihat lain yang diberikan oleh mana-mana entiti luar.

    Insurans

    Bincang dengan ejen atau penyedia insuran anda untuk menentukan jenis kewajipan, batasan dan perlindungan yang diperlukan untuk keadaan khusus anda.

    Perlindungan kerosakan untuk hos dan insurans liabiliti hos

    AirCover merangkumi perlindungan kerosakan untuk hos dan insurans liabiliti hos, yang memberikan anda perlindungan asas untuk kerosakan dan liabiliti yang disenaraikan. Walau bagaimanapun, ini tidak akan menggantikan insuran pemilik rumah, insuran penyewa atau perlindungan liabiliti yang mencukupi. Anda mungkin perlu memenuhi syarat-syarat insurans lain juga.

    Kami sangat menggalakkan semua hos untuk mengkaji semula dan memahami terma-terma perlindungan polisi insurans mereka. Tidak semua pelan insurans akan melindungi kerosakan atau kerugian harta benda yang diakibatkan oleh tetamu yang menempah penginapan anda.

    Ketahui lebih lanjut tentang AirCover.

    Liabiliti dan perlindungan asas

    Kaji semula polisi pemilik rumah atau penyewa anda dengan ejen atau penyedia insurans anda untuk memastikan penyenaraian anda mempunyai liputan liabiliti dan perlindungan harta benda yang mencukupi.

    Untuk maklumat lanjut tentang cara Airbnb berfungsi, layari Pusat Bantuan kami.

    * Harap maklum bahawa Airbnb tiada kawalan terhadap tingkah laku hos dan menolak semua liabiliti. Kegagalan hos untuk memenuhi tanggungjawab mereka boleh menyebabkan penggantungan aktiviti atau dibuang daripada laman web Airbnb.

    Adakah anda mendapat bantuan yang anda perlukan?