Keluaran Oktober 2024

Keluaran Oktober 2024

Memperkenalkan Rangkaian Hos Bersama

Kini anda boleh mengupah hos bersama untuk membantu. Selain itu, dapatkan lebih banyak cara untuk memudahkan lagi anda menjadi hos dan merancang perjalanan.
Siri kad profil hos bersama yang menampilkan gambar, nama, lokasi, penarafan tetamu, dan pengalaman setiap hos.

Hos bersama terbaik di Airbnb kini boleh menjadi hos untuk anda

Skrin Airbnb menunjukkan profil hos bersama yang berbeza yang mengandungi penyata ringkas, bilangan penyenaraian, penarafan tetamu, dan bilangan tahun mereka menjadi hos.
Upah rakan kongsi tempatan yang berkualiti tinggi untuk menjaga penginapan dan tetamu anda. Hos bersama ialah hos berpengalaman dengan rekod prestasi yang luar biasa di Airbnb.

Cari hos bersama yang sesuai, terus dalam aplikasi

Skrin Airbnb menunjukkan profil hos bersama yang berbeza yang mengandungi penyata ringkas, bilangan penyenaraian, penarafan tetamu, dan bilangan tahun mereka menjadi hos.
Pilih hos bersama, lihat pengalaman mereka, mula bekerjasama dan uruskan pembayaran—semuanya di satu tempat.

Hos bersama boleh melakukan satu perkara atau segala-galanya

Cipta penyenaraian anda
Ambil gambar penyenaraian
Tetapkan harga dan ketersediaan
Bermesej dengan tetamu
Urus tempahan anda
Sokongan tetamu di tapak
Bersihkan dan jaga penginapan anda
Rekaan dalaman dan penggayaan
Dapatkan permit pengehosan
Tawaran istimewa
 

Lebih banyak pengemaskinian untuk membantu anda menjadi hos

Pendapatan anda, kini dengan wawasan yang lebih bernilai

Skrin Airbnb menunjukkan papan pemuka pendapatan dan membimbing anda dalam setiap langkah untuk mencipta laporan tersuai.
Sesuaikan laporan pendapatan anda, tapis mengikut aliran pendapatan, dan lihat dengan mudah apabila bayaran dibuat.

Peningkatan pemesejan kini tiba

Skrin Airbnb menunjukkan perbualan teks antara hos dan tetamu dan menampilkan pilihan templat jawapan segera baharu.
Berkomunikasi dengan lebih cekap dengan jawapan segera baharu, jawapan dalam jalur, pengeditan dan pembatalan penghantaran mesej.
 

Aturan perjalanan mengikut citara

Carian yang bermula dengan destinasi pilihan anda

Skrin Airbnb menunjukkan pengalaman carian yang direka bentuk semula dan cadangan destinasi baharu, serta peta yang menampilkan tip carian yang tepat pada masanya dan tempat menarik yang berhampiran.
Kecilkan carian anda dengan destinasi yang dicadangkan, penyenaraian yang baru dilihat, dan tempat menarik pada peta.

Penapis serba baharu, semua tentang anda

Skrin Airbnb menunjukkan pengalaman penapis yang diubah suai dan cadangan penapis baharu.
Kini terdapat penapis yang disyorkan berdasarkan cara anda mengembara. Dan penapis yang direka semula lebih cepat ditambah dan dibuang.

Sorotan peribadi memberikan anda maklumat penting

Skrin Airbnb menunjukkan halaman penyenaraian, kemudian menatal ke bawah untuk melihat sorotan baharu yang diperibadikan.
Lebih mudah untuk membandingkan penginapan dengan sorotan baharu yang paling penting kepada anda, seperti kemudahan yang berkaitan dan apa yang berdekatan.

Dan itulah Keluaran Oktober kami

Pengalaman pengguna mungkin berbeza-beza berdasarkan lokasi.
Hos di Rangkaian Hos Bersama biasanya mempunyai penarafan yang tinggi, kadar pembatalan yang rendah, dan pengalaman yang mantap sebagai hos Airbnb. Penarafan dibuat berdasarkan ulasan tetamu untuk penyenaraian yang mereka hoskan atau hoskan bersama dan mungkin tidak mewakili perkhidmatan unik hos bersama.
Rangkaian Hos Bersama dikuasakan oleh Airbnb Global Services Limited, Airbnb Living LLC dan Airbnb Plataforma Digital Ltda. Tersedia di lokasi terpilih sahaja. Ketahui lebih lanjut.