Kandungan ini tidak tersedia dalam bahasa pilihan anda, jadi kami telah menyediakannya dalam bahasa terdekat yang tersedia buat masa ini.

Pilih polisi pembatalan pengalaman fleksibel kami

Polisi fleksibel boleh membantu menarik tetamu dan mengurangkan pembatalan saat akhir.
Oleh Airbnb pada 16 Dis 2021
Bacaan 2 minit
Dikemas kini pada 16 Dis 2021

Sorotan

  • Anda dijemput untuk menggunakan polisi pembatalan baharu yang lebih fleksibel untuk tetamu.

  • Penyelidikan menunjukkan bahawa tetamu lebih suka menempah pengalaman dengan lebih fleksibiliti.

  • Polisi kami yang lebih fleksibel membolehkan tetamu membatalkan tempahan secara percuma hingga 24 jam sebelum pengalaman bermula.

Penyelidikan Airbnb mencadangkan bahawa tetamu menghargai fleksibiliti untuk membatalkan tempahan apabila mereka perlu, kerana ini boleh membantu mengurangkan tekanan perancangan dan membolehkan mereka menjadi lebih spontan.

Walau bagaimanapun, kami telah mendapat tahu daripada hos bahawa apabila tetamu menarik diri daripada pengalaman pada saat akhir, anda menghadapi kesukaran. Anda telah menghabiskan masa dan usaha mencipta pengalaman untuk tetamu, dan pembatalan boleh menjejaskan pendapatan anda.

Sebagai tindak balas kepada maklum balas anda, kami sedang mengemas kini polisi pembatalan pengalaman kami untuk membantu mengurangkan impak kewangan kepada anda apabila seseorang membatalkan tempahan pada saat-saat akhir. Kini anda akan diberi pilihan untuk memilih sama ada polisi pembatalan yang fleksibel atau lebih ketat, sambil masih membenarkan tetamu memilih pengalaman yang memenuhi keperluan mereka.

Apa yang berubah?

Mulai 10 November 2021, semua hos pengalaman dijemput untuk menggunakan polisi pembatalan baharu yang lebih fleksibel. Anda akan dapat memilih polisi semasa yang diubah suai, atau menggunakan polisi yang lebih fleksibel, seperti diterangkan di bawah:

  • Pindaan semasa: Tetamu boleh membatalkan tempahan secara percuma sehingga 7 hari sebelum pengalaman bermula, atau dalam tempoh 24 jam selepas tempahan, asalkan mereka membeli pengalaman lebih daripada 48 jam lebih awal.
  • Lebih fleksibel: Tetamu boleh membatalkan tempahan secara percuma hingga 24 jam sebelum pengalaman bermula.

Sebelum ini, polisi pembatalan Pengalaman Airbnb membolehkan tetamu menerima bayaran balik penuh asalkan mereka membatalkan tempahan 7 hari sebelum pengalaman, atau dalam tempoh 24 jam selepas membuat tempahan. Walau bagaimanapun, kami mendapat tahu daripada hos bahawa ini tidak sesuai untuk mereka kerana ia membolehkan penempah saat akhir membuat pembatalan dan menerima bayaran balik penuh.

Hos telah memberitahu kami bahawa mereka ingin mempunyai lebih kawalan terhadap polisi pembatalan mereka. Pengemaskinian ini bertujuan untuk membantu hos. Dengan ini, mereka tidak perlu menutup pengalaman mereka kepada tempahan baharu 48 jam sebelum ia bermula dan pembatalan tempahan saat akhir dapat dielakkan.

Kemas kini polisi pembatalan anda

Pilih yang sesuai untuk anda
Pergi ke Pengalaman Anda
Anda boleh mengubah polisi pembatalan pengalaman anda pada bila-bila masa dengan pergi ke Pengalaman Anda » Edit » Tetapan umum » Polisi pembatalan.

Apakah kesannya kepada proses bayaran balik?

Pengemaskinian kepada polisi pembatalan pengalaman sedia ada bertujuan untuk membantu meminimumkan pembatalan saat akhir. Kini hos akan mendapat lebih banyak perlindungan pendapatan jika tetamu membuat tempahan kurang daripada 48 jam dari masa pengalaman bermula dan kemudian membuat pembatalan.

Pertimbangkan polisi yang sesuai untuk anda

Hos mungkin mahu memilih polisi pembatalan baharu yang lebih fleksibel, asalkan mereka bersetuju membenarkan tetamu membatalkan tempahan sehingga 24 jam sebelum pengalaman bermula. Dalam penyelidikan kami, kebanyakan tetamu mengatakan bahawa mereka lebih suka mempunyai pilihan fleksibiliti pembatalan untuk pengalaman online dan bersemuka. Ini menunjukkan bahawa walaupun jika sesetengah tetamu membatalkan tempahan, memilih polisi pembatalan yang lebih fleksibel boleh membantu anda menarik lebih banyak tempahan secara keseluruhan.

Jika pengalaman anda memerlukan banyak masa pendahuluan atau persediaan, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk menggunakan polisi semasa yang diubah suai—tetapi perlu diingat bahawa ia kurang fleksibel untuk tetamu.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Pusat Bantuan kami.

Sorotan

  • Anda dijemput untuk menggunakan polisi pembatalan baharu yang lebih fleksibel untuk tetamu.

  • Penyelidikan menunjukkan bahawa tetamu lebih suka menempah pengalaman dengan lebih fleksibiliti.

  • Polisi kami yang lebih fleksibel membolehkan tetamu membatalkan tempahan secara percuma hingga 24 jam sebelum pengalaman bermula.

Airbnb
16 Dis 2021
Adakah ini membantu?