Aircover untuk Hos

Perlindungan menyeluruh.
Sentiasa disertakan, sentiasa percuma.
Hanya di Airbnb.

Pengesahan identiti tetamu

Sistem pengesahan komprehensif kami menyemak butiran seperti nama, alamat, ID kerajaan dan banyak lagi untuk mengesahkan identiti tetamu yang menempah di Airbnb.

Saringan tempahan

Teknologi proprietari kami menganalisis ratusan faktor dalam setiap tempahan dan menyekat tempahan tertentu yang menunjukkan risiko tinggi untuk parti yang mengganggu dan kerosakan harta benda.

Perlindungan kerosakan USD3 juta

Jika tetamu tidak membayar untuk kerosakan yang berlaku ke atas penginapan dan harta benda anda, perlindungan kerosakan untuk hos disediakan untuk membantu membayar ganti kos sehingga USD3 juta, termasuk perlindungan khusus ini:

Seni & barang berharga

Dapatkan bayaran ganti untuk karya seni atau barangan berharga yang rosak.

Kereta & bot

Dapatkan bayaran ganti untuk kerosakan ke atas kereta, bot dan kenderaan air lain yang anda letak atau simpan di rumah anda.

Kerosakan akibat haiwan peliharaan

Dapatkan bayaran ganti untuk kerosakan yang disebabkan oleh haiwan peliharaan tetamu.

Kerugian pendapatan

Jika anda perlu membatalkan tempahan Airbnb akibat kerosakan oleh tetamu, anda akan dibayar pampasan untuk kehilangan pendapatan.

Pembersihan intensif

Dapatkan bayaran ganti untuk perkhidmatan pembersihan tambahan yang diperlukan untuk menghilangkan kesan kotoran dan bau asap.

Insurans liabiliti USD1 juta

Perlindungan sekiranya tetamu tercedera atau barang milik mereka rosak atau dicuri.

Talian keselamatan 24 jam

Jika anda berasa tidak selamat, aplikasi kami menyediakan akses satu ketik kepada ejen keselamatan yang dilatih khas, siang atau malam.

Lihat butiran lengkap mengenai cara AirCover untuk Hos melindungi anda dan sebarang pengecualian yang terpakai.

Hanya Airbnb memberi anda AirCover

Airbnb
Pesaing
Pengesahan identiti tetamu
Saringan tempahan
Perlindungan kerosakan USD3 juta
Seni & barang berharga
Kereta & bot
Kerosakan akibat haiwan peliharaan
Kerugian pendapatan
Pembersihan intensif
Insurans liabiliti USD1 juta
Talian keselamatan 24 jam
Perbandingan dibuat berdasarkan maklumat awam dan tawaran percuma oleh pesaing terkemuka setakat Oktober 2022.

Soalan anda dijawab

Tidak jumpa apa yang dicari? Layari Pusat Bantuan Airbnb.

Cara yang sangat mudah untuk sewakan rumah anda di Airbnb

Mulakan di Airbnb memudahkan anda meletakkan penginapan anda di Airbnb, dengan bantuan langsung daripada Superhost daripada soalan pertama anda kepada tetamu pertama anda.