Tentang Superhost
Superhost ialah seseorang yang melaksanakan tugas mereka sebagai hos melebihi jangkaan dan merupakan contoh seorang hos yang cemerlang. Anda boleh mengenal pasti Superhost dengan mudah menerusi lencana yang muncul pada penyenaraian dan profil mereka.
Kelayakan menjadi Superhost
Sesiapa yang sangat mesra dan berpengalaman untuk membuat tetamu rasa diterima, atau sesiapa yang boleh mencipta Pengalaman Airbnb yang luar biasa boleh menjadi Superhost.
Tidak perlu memohon—anda mendapat status Superhost hanya dengan cara menerima ulasan positif, bersikap responsif dan mengelakkan pembatalan jika boleh.
Mengekalkan status Superhost
Kami menyemak prestasi Superhost 4 kali setahun untuk memastikan kami sentiasa menonjolkan yang terbaik daripada yang terbaik. Ketahui lebih lanjut tentang mengekalkan status Superhost.
Perhatian: Airbnb tidak menyokong atau menaja mana-mana hos, termasuk Superhost, atau penyenaraian mereka. Terma dan Syarat Superhost terpakai.
Artikel berkaitan
- Cara•TetamuCara untuk menjadi SuperhostAnda tidak perlu memohon untuk menjadi Superhost. Jika anda memenuhi syarat program pada tarikh penilaian suku tahun, anda akan layak mendap…
- Cara•HosMenjejak status Superhost andaPergi ke papan pemuka hos anda untuk menjejak sejauh mana anda menepati setiap syarat Superhost.