Sewakan di Airbnb.
Anda berpotensi mendapat
Sewakan di Airbnb dengan mudah dengan Mulakan di Airbnb
Panduan peribadi daripada Superhost
Kami akan memadankan anda dengan Superhost di kawasan anda, yang akan membimbing anda daripada soalan pertama anda hingga kepada tetamu pertama anda—menerusi telefon, panggilan video atau sembang.
Tetamu berpengalaman untuk tempahan pertama anda
Untuk tempahan pertama anda, anda boleh memilih untuk mengalu-alukan tetamu berpengalaman yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga penginapan dan rekod prestasi yang baik di Airbnb.
Sokongan khusus daripada Airbnb
Hos baharu mendapat akses sekali ketik kepada ejen Sokongan Komuniti yang dilatih khas yang boleh membantu dengan segalanya, daripada isu akaun kepada sokongan pengebilan.
Sewakan di Airbnb dengan perlindungan menyeluruh
Airbnb | Pesaing | |
---|---|---|
Pengesahan identiti tetamu | ||
Sistem pengesahan komprehensif kami menyemak butiran seperti nama, alamat, ID kerajaan dan banyak lagi untuk mengesahkan identiti tetamu yang menempah di Airbnb. | ||
Saringan tempahan | ||
Teknologi proprietari kami menganalisis ratusan faktor dalam setiap tempahan dan menyekat tempahan tertentu yang menunjukkan risiko tinggi untuk parti yang mengganggu dan kerosakan harta benda. | ||
Perlindungan kerosakan USD3 juta | ||
Airbnb membayar ganti anda untuk kerosakan yang disebabkan oleh tetamu kepada penginapan dan harta benda anda dan termasuk perlindungan khusus ini: | ||
Seni & barang berharga | ||
Kereta & bot | ||
Kerosakan akibat haiwan peliharaan | ||
Kerugian pendapatan | ||
Pembersihan intensif | ||
Insurans liabiliti USD1 juta | ||
Anda akan dilindungi sekiranya tetamu tercedera atau barang milik mereka rosak atau dicuri. | ||
Talian keselamatan 24 jam | ||
Jika anda berasa tidak selamat, aplikasi kami menyediakan akses satu ketik kepada ejen keselamatan yang dilatih khas, siang atau malam. |
Perbandingan dibuat berdasarkan maklumat awam dan tawaran percuma oleh pesaing terkemuka setakat Oktober 2022. Dapatkan butiran dan pengecualian di sini.
Memperkenalkan apartmen mesra Airbnb
Park 12 Apartments
San Diego, California
Old Town Apartments
Scottsdale, Arizona
525 Olive Apartments
San Diego, California
Kami telah bekerjasama dengan bangunan apartmen di seluruh AS yang membolehkan anda menyewa tempat tinggal dan menyewakan di Airbnb secara separuh masa. Terokai apartmen yang tersedia dan ketahui pendapatan yang berpotensi diperolehi.
Pertanyaan anda,
telah dijawab
Adakah penginapan saya sesuai untuk Airbnb?
Tetamu Airbnb berminat dengan semua jenis tempat. Kami ada penyenaraian untuk rumah mongel, kabin, rumah pokok dan banyak lagi. Bilik kosong pun boleh jadi tempat yang sesuai untuk menginap.
Adakah saya perlu menjadi hos sepanjang masa?
Tidak sama sekali—anda yang mengawal kalendar anda. Anda boleh menjadi hos sekali dalam setahun, beberapa malam dalam sebulan, atau lebih kerap.
Sebanyak manakah saya perlu berinteraksi dengan tetamu?
Terserah kepada anda. Sesetengah hos lebih suka menghantar mesej kepada tetamu hanya pada saat-saat penting—seperti menghantar nota ringkas apabila mereka mendaftar masuk—sementara hos lain juga suka bertemu tetamu mereka secara peribadi. Anda akan menemui gaya yang sesuai untuk anda dan tetamu anda.
Ada tip untuk menjadi hos Airbnb yang hebat?
Menyedia semua kemudahan asas sangat membantu. Pastikan penginapan anda bersih, jawab pertanyaan tetamu dengan segera dan sediakan kemudahan yang diperlukan, seperti tuala bersih. Sesetengah hos suka menambah sentuhan peribadi, seperti meletakkan bunga segar atau berkongsi senarai destinasi tempatan untuk diterokai—tetapi ia tidak wajib.
Baca selanjutnya untuk lebih banyak tip menjadi hos
Apa itu yuran Airbnb?
Airbnb biasanya mengutip yuran perkhidmatan rata sebanyak 3% daripada jumlah kecil tempahan apabila anda dibayar. Kami juga mengutip yuran daripada tetamu apabila mereka membuat tempahan. Di kebanyakan kawasan, Airbnb mengutip dan membayar cukai jualan dan pelancongan bagi pihak anda.
Ketahui lebih lanjut mengenai yuran