Cadangan akan ditunjukkan selepas menaip dalam input carian. Gunakan anak panah atas dan bawah untuk menyemak. Gunakan enter untuk memilih. Jika pemilihan adalah frasa, frasa itu akan dimasukkan ke carian. Jika cadangan adalah pautan, penyemak imbas akan menavigasi ke halaman tersebut.
Cara
Hos

Bagaimana kejiranan ditentukan

Penyenaraian dikelaskan secara automatik kepada kejiranan berdasarkan alamat. Kami bekerjasama dengan ahli kartografi, penduduk tempatan dan pakar bandar untuk menentukan sempadan kejiranan dan sentiasa mengemas kini peta kami apabila ia berubah dari masa ke masa.

Jika kejiranan anda adalah sebahagian daripada kejiranan yang lebih besar, atau jika dua kejiranan bertindih, penyenaraian anda mungkin muncul dalam hasil carian untuk kedua-duanya.

Memilih kejiranan anda

Anda tidak boleh mengedit kejiranan anda, tetapi anda boleh menukar alamat penyenaraian anda jika ia tidak pernah menerima tempahan. Jika pernah, anda perlu menghubungi kami.

Untuk memberikan gambaran kejiranan penyenaraian anda yang lebih terperinci, cuba laraskan kedudukan lokasi anda pada peta atau tulis keterangan yang lebih mantap.

Menerangkan lokasi anda dengan tepat

Pengembara bergantung padaketerangan yang tepat untuk memahami kawasan ini. Anda lebih arif tentangnya, jadi perspektif anda tidak ternilai bagi mereka. Untuk menggalakkan kepercayaan dalam komuniti kami, Airbnb mengesahkan penyenaraian. Selain itu, ketahui lebih lanjut tentang kepercayaan dan keselamatan di Airbnb.

Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan

Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
Log masuk atau daftar