Bantu penyenaraian hos menonjol

Tumpukan gambar, keterangan penyenaraian, dan harga.
Oleh Airbnb pada 16 Okt 2024
Bacaan 3 minit
Dikemas kini pada 16 Okt 2024

Kongsi pengetahuan yang anda peroleh dengan menjadi hos untuk menyediakan penyenaraian yang hebat. Bekerjasama dengan hos untuk mencipta penyenaraian baharu atau kemas kini penyenaraian sedia ada.

Tetamu cenderung untuk mengutamakan gambar, keterangan dan ulasan tetamu penyenaraian apabila membuat keputusan sama ada akan menempah.* Fokus pada faktor-faktor ini, serta kemudahan dan harga, untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya.

Gambar

Penyelidikan pengguna menunjukkan bahawa imej berkualiti tinggi merupakan salah satu faktor utama tetamu semasa mempertimbangkan penyenaraian mana yang akan ditempah. Jika hos tidak mempunyai gambar profesional terkini penginapan mereka, jelaskan kepentingan gambar dan syorkan jurugambar atau program fotografi profesional Airbnb.

Keterangan penyenaraian

Hos perlu faham bahawa keterangan ialah salah satu aspek yang paling berharga dalam penyenaraian yang berkesan. Jimmy, hos bersama di Palm Springs, California, berkata bahawa “setiap keterangan penyenaraian boleh dioptimumkan,” jadi beliau sentiasa menawarkan untuk membantu hos menulis keterangan mereka.

“Saya memfokuskan fakta,” kata Jimmy. “Sama ada anda mempunyai kolam air masin atau tidak. Komuniti ini bersifat persendirian atau tidak. Begitu banyak kata sifat adalah perasaan, yang subjektif dan tidak membawa kepada keterangan yang tepat. Menulis fakta memberikan gambaran."

Kemudahan

Tetamu sering menapis hasil carian mereka untuk mencari penyenaraian yang menawarkan kemudahan yang diingininya. Kemudahan yang paling banyak dicari termasuk kolam renang, wifi, tempat letak kenderaan percuma, dapur, tab mandi air panas, penyaman udara, mesin basuh dan daftar masuk sendiri.**

Renungkan perkara yang disukai tetamu dalam penyenaraian yang anda hoskan dan kongsi pengetahuan anda dengan hos. Ini boleh termasuk:

  • Memastikan penyenaraian mereka ada kemudahan yang ditawarkan
  • Menjelaskan nilai menambah atau menaik taraf kemudahan seperti Wifi atau kunci pintar
  • Memberikan contoh reaksi tetamu terhadap peningkatan pada penyenaraian lain yang anda sokong
  • Menyemak ciri-ciri keselamatan dan kemudahan akses dengan hos untuk mengetahui perkara lain yang boleh ditambah oleh mereka kepada penyenaraian mereka

Strategi penentuan harga

Hos mungkin tidak mempunyai pengalaman tentang penentuan harga. Anda boleh menggunakan kepakaran tempatan anda dan alat penentuan harga Airbnb untuk memberikan panduan. Strategi boleh termasuk:

  • Menambah diskaun mingguan atau bulanan
  • Menurunkan atau membuang yuran untuk pembersihan atau haiwan peliharaan
  • Melaraskan harga semalam dengan permintaan bermusim

Bekerjasama untuk memilih pendekatan dan setakat mana kawalan yang anda ada. Dominic, hos bersama di Cornwall, England, mencadangkan untuk terus melaraskan harga semalam.

“Setiap minggu atau selang seminggu, saya akan menyemak penginapan,” katanya. Jika tempahannya laris, maka anda tahu harganya berpatutan. Tetapi jika orang melihat dan tidak menempah, mungkin harganya terlalu tinggi."

Ulasan tetamu

Ramai tetamu membaca ulasan untuk mencari penyenaraian yang memenuhi keperluan mereka. Bantu hos memahami bahawa menjawab ulasan ialah peluang untuk menunjukkan kepada tetamu bahawa anda mengambil berat tentang pengalaman mereka dan terbuka kepada cadangan.

Tentukan orang yang akan menjawab ulasan tetamu. Jika hos lebih suka mengendalikannya, anda boleh memberikan contoh jawapan untuk menangani pelbagai jenis maklum balas.

  • Mengucapkan terima kasih kepada tetamu: “Terima kasih atas ulasan anda! Kami amat menghargai kesudian anda meluangkan masa untuk mengulas tentang perjalanan anda.”
  • Berkongsi penambahbaikan: “Kami mohon maaf kerana katil tidak selesa. Kami mementingkan kualiti tidur anda, jadi kami telah menambah pelapik tilam.”

“Saya tidak mengharapkan mana-mana hos akan mendapat ulasan sempurna 100%,” kata Andrew, tetamu yang juga seorang Superhost di Berlin. “Saya lebih kagum dengan mereka yang mengambil serius maklum balas kritikal.”

Jangan lupa untuk mengemaskinikan keterangan penyenaraian dan gambar pada bila-bila masa anda atau hos membuat penambahbaikan kepada penginapan ini.

*Menurut penyelidikan Airbnb yang dijalankan pada bulan November dan Disember 2023 dengan hampir 7,000 tetamu di Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, Mexico, Korea Selatan, dan Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

**Menurut data dalaman Airbnb yang mengukur kemudahan yang paling kerap dicari di seluruh dunia dari 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

Rangkaian Hos Bersama tersedia di Perancis, Sepanyol, Itali, Jerman, United Kingdom, Australia, Mexico (dikuasakan oleh Airbnb Global Services Limited), Kanada, Amerika Syarikat (dikuasakan oleh Airbnb Living LLC), dan Brazil (dikuasakan oleh Airbnb Plataforma Digital Ltda).

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Airbnb
16 Okt 2024
Adakah ini membantu?