Mencipta ruang yang menarik dan selesa
Sorotan
Bantu tetamu berasa dialu-alukan dengan menyediakan ruang untuk barangan mereka
Tambah sentuhan istimewa seperti bunga dan pengecas telefon
Sediakan tuala lebih, tisu tandas dan bahan-bahan asas seperti kopi dan teh
Apa jua jenis ruang yang anda kongsi di Airbnb, terdapat beberapa perkara mudah yang anda boleh lakukan untuk menjadikan ia menarik dan selesa sebagai persiapan untuk mengalu-alukan tetamu pertama anda.
Praktis reka bentuk yang prihatin
Elemen reka bentuk yang baik boleh membantu ruang anda berasa lebih selesa dan menarik—dan ia tidak perlu rumit atau mahal.
Berikut adalah beberapa tip untuk reka bentuk yang teliti:
- Tampilkan objek yang menonjolkan keperibadian anda, seperti cenderahati daripada perjalanan anda
- Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong, yang boleh terasa tandus dan tidak peribadi
- Pilih palet warna dan padankan dengan karya seni, tekstil dan butiran lain
- Pertimbangkan untuk menambah perabot menarik, seperti kelengkapan lampu yang unik atau kerusi malas bersaiz besar
- Hias dengan tumbuh-tumbuhan atau bunga untuk menambah kemeriahan
Sediakan kemudahan
Sekurang-kurangnya, anda mesti menyediakan tisu tandas, sabun, satu tuala dan satu bantal bagi setiap tetamu, dan cadar untuk setiap katil tetamu.
Tetamu juga cenderung untuk benar-benar menghargai:
- Tuala, selimut dan bantal tambahan
- Syampu dan perapi
- Pengering rambut
- Barang asas seperti kopi, teh dan cerek
- Bekalan kelengkapan pembersihan asas
Cipta bilik tidur yang selesa
Bilik tidur adalah tempat tetamu anda akan tidur dan menyimpan barang-barang mereka, jadi amat penting untuk membuatnya selesa. Fikirkan perkara yang boleh membantu anda berasa selesa di ruang orang lain.
Contohnya, anda boleh:
- Sediakan ruang untuk barangan peribadi dengan menyediakan kabinet dengan laci kosong, almari dengan beberapa penyangkut baju, atau rak bagasi
- Sediakan meja sisi katil dengan lampu, supaya tetamu boleh menyimpan cermin mata, telefon atau buku mereka berhampiran katil
- Sediakan tilam berkualiti, beberapa bantal tambahan dan selimut lembut untuk menyokong tahap keselesaan yang berbeza
- Tambah beberapa tumbuhan, cermin, jag air dan gelas untuk minum, penyesuai kuasa antarabangsa dan pengecas pelbagai telefon untuk memberikan suasana bilik tidur yang selesa
Berikan sentuhan terakhir
Anda boleh membantu tetamu anda menikmati penginapan mereka dengan melakukan beberapa perkara lagi untuk melengkapkan hospitaliti anda yang hebat.
1. Alihkan barang yang berselerak. Jika anda tinggal di ruang yang anda kongsi dengan tetamu, fikirkan mengenai barang yang patut anda letak di luar dan barang yang patut disimpan. Mengemas dan menyimpan barang anda dengan cara yang menarik boleh membantu menjadikan ruang anda berasa lebih luas dan selesa.
2. Sediakan arahan. Bantu tetamu memahami cara mengendalikan semua peralatan dan ciri (seperti pendiangan gas, penyaman udara atau pintu garaj) yang tersedia untuk kegunaan mereka. Anda boleh memasukkan arahan ini ke dalam manual penginapan anda.
3. Bermalam. Menginap semalaman di ruang anda sekali-sekala dapat membantu anda mengenal pasti apa yang tidak lengkap atau perlu diperbaiki. Adakah ruang ini kelihatan selesa dan menarik? Sudahkah anda menyediakan segala-gala yang diperlukan untuk berasa selesa? Ubah keadaan sehingga anda dapat menjawab "ya" kepada kedua-dua soalan ini.
4. Jaga kebersihan. Sama ada anda membersihkan ruang dengan sendiri atau mengupah seorang profesional, pastikan kediaman anda kemas dan ikuti proses pembersihan lima langkah sebelum dan selepas setiap tetamu. Anda boleh menambah yuran pembersihan untuk menampung kos masa anda atau tukang cuci anda. Untuk membantu anda menyediakan ruang anda untuk tetamu, kami telah mencipta senarai semak yang anda boleh gunakan.
Sorotan
Bantu tetamu berasa dialu-alukan dengan menyediakan ruang untuk barangan mereka
Tambah sentuhan istimewa seperti bunga dan pengecas telefon
Sediakan tuala lebih, tisu tandas dan bahan-bahan asas seperti kopi dan teh