Tarik tetamu dengan ujian kelajuan wifi baharu

Ketahui cara untuk mengesahkan dan mempamerkan kelajuan wifi anda—kemudahan popular di Airbnb.
Oleh Airbnb pada 11 Ogo 2021
Bacaan 2 minit
Dikemas kini pada 3 Nov 2021

Sorotan

  • Wifi merupakan salah satu kemudahan paling popular yang tetamu cari

  • Ujian kelajuan wifi baharu membolehkan anda untuk mengesahkan dan memaparkan kelajuan wifi anda

  • Uji wifi anda. Jika ia direkodkan pada 50 Mbps atau lebih, “wifi pantas” akan ditonjolkan pada penyenaraian anda

Ramai tetamu bergantung pada internet pantas untuk mendapat pengalaman perjalanan yang hebat, dan ia penting untuk tetamu yang bekerja dari jauh. Malah, penyelidikan Airbnb menunjukkan bahawa wifi merupakan salah satu kemudahan yang paling kerap dicari oleh tetamu, dan menambah ruang kerja mesra komputer riba kepada kemudahan penyenaraian boleh membantu sesetengah hos meningkatkan pendapatan mereka.*

Kelajuan wifi sememangnya penting, daripada menonton filem kepada menyertai panggilan persidangan tanpa halangan. Kini hos boleh mengesahkan kelajuan wifi penyenaraian mereka tanpa meninggalkan aplikasi Airbnb dengan menggunakan ujian kelajuan wifi baharu. Alat ini membolehkan anda menguji kelajuan wifi penginapan anda dengan mudah, kemudian memaparkannya terus pada halaman penyenaraian anda—sekaligus membantu anda menarik lebih ramai tetamu yang mencari penginapan yang bersambung dengan wifi.

Menguji wifi anda menggunakan aplikasi Airbnb anda

Ujian kelajuan wifi kini tersedia di aplikasi Airbnb untuk iOS dan Android. Untuk bermula, anda perlu berada di ruang anda dan bersambung ke rangkaian wifi penginapan anda.

Selepas itu, ikut langkah-langkah ini:

  1. Ketik Profil , kemudian ketik Tukar kepada mod hos
  2. Ketik Penyenaraian dan ketik penyenaraian yang anda inginkan
  3. Di bawah Mengenai penyenaraian, pergi ke Kemudahan
  4. Tatal ke Wifi dan ketik Tambah butiran
  5. Ketik Uji kelajuan wifi (anda perlu membenarkan akses lokasi jika ia belum diluluskan)
  6. Ketik Mulakan ujian
  7. Selepas keputusan dipaparkan, ketik Simpan untuk kelajuan wifi anda dipaparkan pada halaman penyenaraian anda
  8. Jika kelajuan wifi anda 50 Mbps atau lebih, penyenaraian anda akan ditonjolkan sebagai mempunyai wifi yang pantas

    Ketahui lebih lanjut mengenai menawarkan wifi kepada tetamu

    Memahami kelajuan wifi anda

    Kelajuan internet diukur dalam megabit sesaat, dan nombor ini boleh menunjukkan betapa pantas sambungan anda. Berikut adalah bacaan-bacaan berbeza yang anda boleh dapat daripada ujian kelajuan wifi, dan maksudnya:

    • Tiada bacaan: Tiada wifi. Anda tidak mempunyai wifi atau tidak dapat menyambung. Cuba but semula penghala anda atau pindah ke ruang lain di penginapan anda.
    • 1-6 Mbps: Kelajuan wifi asas. Tetamu boleh menyemak mesej dan menyemak imbas web.
    • 7-24 Mbps: Kelajuan wifi yang baik. Tetamu boleh menstrim video HD.
    • 25-49 Mbps: Kelajuan wifi yang laju. Tetamu boleh strim video 4k berkualiti tinggi dan menyertai panggilan video.
    • 50+ Mbps: Wau! Kelajuan wifi yang pantas. Tetamu boleh strim video 4k dan menyertai panggilan video pada berbilang peranti. Kami akan menyerlahkan wifi pantas pada penyenaraian anda.

    Ketahui lebih lanjut mengenai mengesahkan kelajuan internet anda

    Memberitahu tetamu tentang kelajuan wifi anda

    Setelah ujian selesai dan keputusan anda disimpan, kelajuan wifi anda (dalam megabit sesaat) akan muncul dalam Kemudahan anda di sebelah Wifi, membolehkan tetamu mengesahkan kelajuan internet anda sebelum mereka menempah.

    Jika kelajuan anda 50 Mbps atau lebih, anda akan mendapat kemudahan baharu: “Wifi pantas” akan dipaparkan pada halaman penyenaraian anda.

    Oleh kerana wifi adalah kemudahan yang sangat penting, kami teruja untuk menawarkan anda alat yang boleh membantu anda mempamerkan kelajuan wifi anda kepada tetamu—dan membantu meningkatkan daya tarikan penyenaraian anda di Airbnb.

    *Menurut data dalaman Airbnb yang mengukur kemudahan yang paling kerap dicari dari 1 September 2020 hingga 1 September 2021.

    Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Wifi merupakan salah satu kemudahan paling popular yang tetamu cari

    • Ujian kelajuan wifi baharu membolehkan anda untuk mengesahkan dan memaparkan kelajuan wifi anda

    • Uji wifi anda. Jika ia direkodkan pada 50 Mbps atau lebih, “wifi pantas” akan ditonjolkan pada penyenaraian anda

    Airbnb
    11 Ogo 2021
    Adakah ini membantu?