Cara menjana pendapatan di Airbnb

Dapatkan tip daripada para hos untuk menyenaraikan ruang anda dan menjana pendapatan di Airbnb.
Oleh Airbnb pada 23 Okt 2020
Bacaan 4 minit
Dikemas kini pada 26 Feb 2024

Sorotan

Sama ada anda—atau seseorang yang anda kenali—mempunyai bilik kosong, rumah kedua, atau apartmen untuk disewa semasa di luar bandar, Airbnb memudahkan anda menyenaraikan ruang anda dan berhubung dengan orang dari seluruh dunia. Tetapi bagaimana caranya untuk anda menjana pendapatan di Airbnb?

  1. Mulakan dengan menyenaraikan ruang anda—ia percuma, dan Airbnb hanya mengutip sebahagian kecil daripada kadar semalam anda
  2. Pilih jenis hos yang anda mahu jadi (maklumat lanjut mengenainya di bawah)
  3. Tentukan harga yang ingin anda kenakan

Masih tidak pasti sama ada anda sesuai menjadi hos? Lima hos ini membuka pintu mereka untuk berkongsi cara mereka menjadi hos, serta beberapa tip untuk menjadi hos.

Elise: Hos sekali-sekala

Sebagai jurugambar dan pemilik perniagaan kecil yang berjaya di Atlanta, Superhost Elise tercari-cari bidang kreatif baharu untuk diceburi. Menerima tetamu sekali-sekala di rumah mongelnya menjadi satu cara untuk memenuhi hasrat itu sambil membolehkannya membayar hutang rumahnya pada masa yang sama. 

Apabila Elise dan suaminya tidak lagi suka tinggal di rumah kecil mereka di dalam hutan, mereka menerima tetamu di ruang yang selesa itu. Rumah mongel ini kini merupakan satu lagi cara untuk pasangan ini menjana pendapatan, yang mereka laburkan ke dalam perjalanan mereka dan rumah kecil kedua.

Petua menjadi hos daripada Elise:

  • Lakukan saja—anda tidak akan bersedia 100%, tetapi anda boleh menyenaraikan penginapan anda secara percuma
  • Kurangkan kos dengan meminta rakan dan keluarga berkongsi kemahiran mereka—contohnya membaiki paip bocor atau membantu menghias
  • Cari seseorang yang boleh membantu anda mengendalikan daftar masuk jika anda tidak tinggal berhampiran ruang anda

Shinya: Hos sambilan

Bagi Shinya, ahli Lembaga Penasihat Hos dan Superhost sambilan di Osaka, Jepun, menjadi hos adalah rehat yang dialu-alukan daripada kerja sepenuh masanya sebagai pengarah perniagaan serat semula jadi milik keluarganya.

“Saya dapati menjadi hos begitu menyegarkan,” kata Shinya. “Ini membolehkan saya berhubung dengan orang dari seluruh dunia—itu bukan sesuatu yang saya boleh lakukan di tempat kerja.”

Shinya mula menjadi hos pada tahun 2016 selepas mengubah suai rumah kedua milik keluarganya. Rumah ini terletak di atas hartanah yang sama dengan rumahnya. Ini memudahkan beliau mempersiapkan ruang antara tetamu sambil melaksanakan tanggungjawabnya di pejabat.

“Saya menghabiskan masa lapang saya selepas bekerja untuk menjawab pertanyaan tetamu dan memastikan mereka ada segalanya yang mereka perlukan,” kata Shinya. “Penting untuk membuat tetamu berasa kita mengambil berat tentang mereka, dan ia sesuatu yang sangat menggembirakan saya.”

Tip menjadi hos daripada Shinya:

Starr: Hos sepenuh masa

Starr, Superhost dari Charlotte, North Carolina, inginkan perubahan kerana sudah letih mengimbangi urusan mengasuh anak dan kerjayanya yang sibuk dalam bidang kewangan dan hartanah. Selepas kerap mencari hujung minggu yang santai di tempat percutian tempatan, Starr dan suaminya, Brian, bertanya kepada diri mereka sendiri, "Mampukah kami mencipta tempat seperti ini?"

Memanfaatkan pengalaman mereka saban tahun bekerja bersama-sama mengubah suai rumah dan menjual hartanah, pasangan ini mencuba nasib dan menyenaraikan salah satu penginapan mereka di Airbnb. Hari ini, mereka memiliki 5 rumah yang disenaraikan di kawasan Charlotte, sebagai sebahagian daripada hotel butik dan ruang percutian mereka yang kian berkembang, Old Haigler Inn.

Starr akhirnya dapat meninggalkan pekerjaannya dalam bidang kewangan untuk memberi tumpuan penuh kepada perniagaan mereka sebagai hos. “Saya suka mengetahui bahawa saya menyediakan sebuah tempat kepada keluarga untuk mereka mengeratkan hubungan,” kata Starr mengenai perniagaannya yang semakin berkembang.

Tip menjadi hos daripada Starr:

  • Oleh kerana anda bebas menentukan harga yang dikenakan, mulakan pada harga yang rendah dan naikkan harga apabila anda mendapat beberapa ulasan positif
  • Teliti caj yang dikenakan oleh hos lain di kawasan anda
  • Kira kos yang diperlukan untuk menyediakan ruang anda antara tetamu dan tambah yuran sewajarnya

Parth: Hos Bersama

“Saya sentiasa ingin menjadi hos kepada pengembara dan menunjukkan bandar saya kepada mereka, jadi saya terfikir, ‘Apa kata kita cuba Airbnb?’” kata hos Parth dari Kaunas, Lithuania. “Apartmen saya berada di lokasi yang hebat dan saya mempunyai sebuah bilik tetamu.”

Parth sangat menyukai pengalaman tersebut sehingga apabila seorang rakan bertanya sama ada dia sudi menjadi hos bersama untuk beberapa penginapan, dia segera bersetuju. “Jadual kerja saya sangat fleksibel, jadi saya mampu menguruskan tanggungjawab saya sebagai hos bersama—menguruskan tukang cuci, berinteraksi dengan tetamu—mengikut keperluan,” katanya.

Parth kini menumpukan tenaganya kepada menjadi hos bersama—beliau tidak lagi menyenaraikan ruangnya—dan beliau bersyukur atas peluang ini. “Saya dapat bertemu dengan ramai orang yang menakjubkan melalui Airbnb,” katanya. “Saya sentiasa memberitahu orang lain, anda tidak perlu menyenaraikan ruang anda sendiri untuk menjadi sebahagian daripada komuniti hos.”

Tip menjadi hos daripada Parth:

  • Tulis keterangan penyenaraian yang jujur untuk menetapkan jangkaan dan membantu memastikan ulasan yang hebat
  • Minta bantuan profesional terlatih berkenaan cukai dan peraturan tempatan
  • Pilih kaedah pembayaran untuk menerima bayaran anda, atau apa yang kami sebut sebagai pembayaran (Airbnb menghantar pembayaran anda 24 jam selepas masa daftar masuk tetamu anda yang dijadualkan, tetapi ia mungkin mengambil masa sehingga 7 hari untuk menerimanya, bergantung pada kaedah pembayaran yang anda pilih dan tempat anda tinggal)

Burt: Hos Pengalaman

Anda tidak perlu menyenaraikan ruang fizikal untuk menjadi hos di Airbnb. Individu di seluruh dunia menyertai komuniti Airbnb sebagai hos pengalaman. Mereka ini tidak menyediakan tempat penginapan untuk tetamu. Mereka menganjurkan aktiviti yang menyeronokkan dan menarik, di mana tetamu boleh mendalami budaya tempatan.

“Pengalaman saya adalah Bimbingan muzik bersama pemenang Grammy,” kata Burt. “Saya menganjurkan sesi peribadi di studio muzik saya di mana saya membantu orang mengasah kemahiran penghasilan dan kejuruteraan muzik mereka, gaya rap, kebolehan menyanyi/menulis lagu, kehebatan DJ, dan banyak lagi.”

Bagi Burt, menjadi hos pengalaman membolehkan beliau membantu orang lain memupuk potensi kreatif mereka sambil meningkatkan pendapatannya.

“Menawarkan pengalaman anda di Airbnb adalah seperti menjalankan perniagaan sendiri,” kata Burt. “Tetapi biasanya apabila anda memulakan perniagaan, anda perlu mendapatkan lesen perniagaan atau pinjaman, memiliki modal, dan itu boleh membataskan ramai orang. Tetapi di Airbnb anda boleh bermula dengan satu idea dan USD10.”

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara menjana pendapatan sebagai hos di Airbnb?

Sorotan

Airbnb
23 Okt 2020
Adakah ini membantu?