Semak harga anda

Gunakan alat penetapan harga terbina dalam untuk membangunkan strategi yang kompetitif.
Oleh Airbnb pada 25 Jan 2024
Bacaan 3 minit
Dikemas kini pada 25 Jan 2024

Harga yang dicadangkan semasa Mulakan di Airbnb adalah berdasarkan faktor-faktor seperti lokasi, kemudahan dan permintaan tetamu untuk penyenaraian serupa. Anda bebas menentukan harga anda dan boleh mengubahnya pada bila-bila masa.

Jika anda menetapkan harga penginapan anda lebih tinggi berbanding penginapan serupa yang berdekatan, anda mungkin terlepas mendapat tempahan. Semak harga anda sekarang dan pertimbangkan untuk menyesuaikannya dengan kerap untuk memenuhi matlamat pendapatan anda.

Membandingkan penyenaraian serupa yang berdekatan

Memahami permintaan tempatan boleh membantu anda menetapkan harga penginapan anda agar berdaya saing.

Pergi ke kalendar anda untuk melihat harga purata penyenaraian serupa yang berdekatan pada peta. Anda boleh memilih untuk melihat tempat yang telah ditempah atau belum ditempah pada tarikh yang anda pilih. Banyak faktor yang menentukan penyenaraian mana yang serupa, termasuk lokasi, saiz, ciri dan kemudahan.

“Mengetahui apa yang berlaku di kawasan saya akan memberikan saya lebih keyakinan terhadap harga saya,” kata Felicity, ahli Lembaga Penasihat Hos dan Superhost di New South Wales, Australia. "Saya akan tahu jika saya mempunyai harga terbaik jadi saya harus kekalkan harga saya, atau jika saya perlu menurunkan harga saya."

Mempertimbangkan faktor-faktor lain

Semasa menyemak harga anda, ingat:

  • Trend bermusim. Anda boleh laraskan harga anda agar menepati permintaan. Lisa, Superhost di Accord, New York, berkata dia menetapkan harga lebih tinggi pada musim panas kerana dia mempunyai kolam renang dan lebih rendah pada musim sejuk untuk "pastikan tempahan berterusan sepanjang tahun."

  • Jumlah harga yang tetamu bayar. Ini termasuk yuran perkhidmatan Airbnb, cukai, dan sebarang yuran tambahan, seperti yuran pembersihan atau haiwan peliharaan. Pilih mana-mana tarikh pada kalendar anda untuk mendapatkan pecahan harga, termasuk jumlah yang tetamu bayar.

  • Nilai penginapan anda. Membuat pengemaskinian boleh membantu menarik lebih ramai tetamu. “Reka bentuk dan kemudahan adalah cara terbaik untuk meningkatkan harga dan tempahan anda,” kata Katie Kay, ahli Lembaga Penasihat Hos dan Superhost di Lake Arrowhead, California.

Penentuan Harga Pintar boleh membantu anda melaraskan harga anda secara automatik. Alat ini menggunakan ratusan faktor untuk melaraskan harga anda secara kerap berdasarkan permintaan. Anda menetapkan julat harga anda, dan anda boleh menghidupkannya dan mematikannya untuk sebarang tarikh.

Menambah diskaun

Sesetengah hos menetapkan harga permulaan yang rendah sebelum penyenaraian mereka mempunyai banyak ulasan untuk menarik tetamu untuk menempah. Promosi dan diskaun juga boleh membantu menarik tetamu. Ini termasuk:

  • Promosi penyenaraian baharu. Berikan diskaun 20% ke atas harga semalam anda untuk tiga tempahan pertama anda. Ini boleh membantu anda mendapatkan ulasan dengan lebih cepat.

  • Diskaun tempahan awal. Anda yang pilih seawal mana tetamu mesti menempah, dari satu hingga 24 bulan sebelum daftar masuk.

  • Diskaun saat akhir. Isi kekosongan dalam kalendar anda dengan segera, dari satu hingga 28 hari sebelum daftar masuk.

  • Diskaun mingguan dan bulanan. Berikan potongan harga daripada jumlah keseluruhan untuk tempahan selama tujuh malam atau lebih dan 28 malam atau lebih.

“Saya mendapat penginapan yang lebih lama dengan menawarkan diskaun mingguan dan bulanan,” kata Daniel, ahli Lembaga Penasihat Hos dan Superhost di Kepulauan Canary, Sepanyol. “Tetamu biasanya memutuskan untuk menempah selama seminggu, dan itu adalah kemenangan kecil.”

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Airbnb
25 Jan 2024
Adakah ini membantu?