Tetapkan jangkaan yang jelas dengan setiap tetamu

Ketepatan adalah segala-galanya apabila menjadi hos.
Oleh Airbnb pada 17 Feb 2023
Bacaan 2 minit
Dikemas kini pada 17 Feb 2023

Sebagai sebahagian daripada peraturan asas untuk hos, halaman penyenaraian anda harus menerangkan penginapan anda dengan tepat, yang menggambarkan ciri-ciri dan kemudahan yang tersedia dari daftar masuk hingga daftar keluar. Tetamu akan kecewa jika apa yang mereka alami tidak sepadan dengan cara anda menerangkan ruang anda.

Tetapkan jangkaan yang realistik

Jangan keterlaluan dalam mempromosikanp penginapan anda atau mengabaikan apa-apa yang penting. Lebih baik berterus terang tentang kemungkinan kelemahan tempat anda dan kejiranan anda, seperti jika langsir anda membolehkan banyak cahaya pagi masuk atau tempat anda berhampiran zon pembinaan.

Pastikan anda menetapkan jangkaan dengan betul dengan tip ini:

  • Beritahu tetamu apa yang mereka boleh jangkakan dalam keterangan penyenaraian anda, dan tambah gambar dengan kapsyen. Jika ada anjing di penginapan atau tangga berkeriut, beritahu tetamu.
  • Masukkan bilangan bilik dan bilik mandi yang betul. Jenis penyenaraian anda juga harus menggambarkan tempat sebenar anda—jika ia berada di kompleks apartmen, jangan gambarkannya sebagai rumah luar bandar.
  • Jangan membesar-besarkan kemudahan anda. Jika anda sejam jauhnya dari tempat tarikan popular, jangan katakan anda berdekatan—nyatakan sejauh mana anda berada. Jika kolam renang atau tab mandi air panas anda mempunyai waktu bermusim atau waktu tutup, sertakan waktu tersebut dalam penyenaraian anda.

Menggembirakan tetamu anda

Hos yang berjaya tidak banyak berjanji tetapi banyak memberi. Ini bermakna mereka tidak membungai butiran penyenaraian mereka dan berusaha lebih daripada biasa untuk menawarkan hospitaliti yang hebat.

Cuba cadangan ini untuk memikat tetamu anda semasa daftar masuk:

  • Sediakan gambar yang realistik. Elakkan sudut yang sangat lebar dan pengeditan berlebihan, yang menjadikan ruang kelihatan lebih besar atau lebih cerah daripada yang sedia ada. Anda boleh mengupah jurugambar profesional daripada Airbnb di beberapa lokasi.
  • Amalkan penyelenggaraan rutin. Periksa ruang anda selalu untuk mengesahkan bahawa semua yang disenaraikan tersedia dan berfungsi. Jika anda mempunyai tab mandi panas, kolam renang, mesin basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya, pastikan ia bersih dan berfungsi dengan baik sebelum tetamu tiba.
  • Tawarkan sesuatu yang lebih daripada biasa sebagai tanda penghargaan kepada tetamu anda. Ini mungkin semudah nota alu-aluan bertulis tangan atau sekotak kuki.
Airbnb
17 Feb 2023
Adakah ini membantu?