Cara menyediakan daftar masuk sendiri untuk ketibaan yang lancar

Tambahkan kunci pintar, pad kekunci atau kotak kunci untuk akses mudah ke penginapan anda.
Oleh Airbnb pada 20 Jul 2020
Bacaan 2 minit
Dikemas kini pada 13 Ogo 2024

Daftar masuk sendiri merupakan salah satu daripada 10 kemudahan terbaik di Airbnb. Tetamu sering menapis hasil carian mereka untuk penginapan yang menawarkannya.* Menambah kaedah daftar masuk seperti kunci pintar boleh membantu penyenaraian anda menonjol.

Menawarkan tetamu cara yang mudah untuk masuk juga boleh menjimatkan masa anda, menjadikan ketibaan lebih lancar, dan membawa kepada ulasan yang lebih baik.

Pilih kaedah daftar masuk

Kaedah daftar masuk sendiri yang paling popular ialah: kunci pintar, pad kekunci dan kotak kunci. Walau apa pun kaedah yang anda pilih, penting untuk memberikan kod akses yang unik kepada setiap tetamu tempahan. 

Selepas anda memasang kunci pintar, pad kekunci atau kotak kunci di penginapan anda, jangan lupa untuk mengemas kini penyenaraian anda. Anda boleh tambah atau edit kaedah daftar masuk anda dalam panduanketibaan anda.

Tambah arahan daftar masuk

Kongsi tip untuk masuk ke dalam. Tetamu akan menerima arahan anda secara automatik 24 hingga 48 jam sebelum daftar masuk. 

Jelaskan lokasi serta cara membuka dan menutup kunci pintar, pad kekunci atau kotak kunci anda. Anda boleh menambah gambar untuk lebih jelas.

Tetapkan jawapan segera

Gunakan templat mesej ringkas ini untuk menjimatkan masa menjawab soalan daftar masuk umum. Contohnya, anda boleh mencipta templat untuk dihantar apabila tetamu meminta panduan arah atau tip meletak kereta.

Anda boleh edit dan hantar jawapan segera anda dengan mudah bila-bila masa anda bermesej dengan tetamu.

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

*Menurut data Airbnb yang mengukur kemudahan yang paling kerap dicari di seluruh dunia dari 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

Airbnb
20 Jul 2020
Adakah ini membantu?