Tulis manual penginapan untuk berkongsi maklumat tentang ruang anda

Jimatkan masa dan berikan maklumat penting dengan arahan yang ditulis lebih awal.
Oleh Airbnb pada 18 Nov 2020
Bacaan 4 minit
Dikemas kini pada 17 Nov 2021

Sorotan

  • Cipta manual penginapan

  • Pastikan ia ringkas dan mudah untuk difahami

  • Sertakan kata laluan wifi terlebih dahulu

  • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya

"Bagaimana caranya untuk menyambung ke wifi? Di manakah termostat? Apakah fungsi setiap alat kawalan jauh?" Ini hanyalah beberapa soalan yang tetamu mungkin ada semasa menginap di ruang anda. Anda boleh membantu mereka mendapatkan jawapan—dan memastikan peralatan rumah anda dan ciri-ciri lain digunakan dengan betul—dengan alat manual penginapan Airbnb.

Alat manual penginapan membolehkan anda memberikan arahan langkah demi langkah yang jelas dan memberitahu mereka di mana mereka boleh menemui perkara penting, seperti peranti keselamatan atau penghala untuk wifi. Cipta manual anda sekali, dan anda tidak perlu menulis semula atau menghantar semula e-mel untuk setiap tetamu—penjimat masa yang hebat. Oleh kerana tetamu boleh mengaksesnya terus daripada aplikasi, mereka boleh menyemaknya pada bila-bila masa, di mana sahaja. Neil, hos dari Mountain View, California, suka cara ciri ini membantu beliau mengelakkan “teks lewat malam, panggilan cemas dan yang paling teruk: ulasan buruk.”

Manfaatkan alat manual penginapan dengan tip yang telah terbukti berkesan daripada hos seperti anda.

Mulakan dengan kata laluan wifi

Ini merupakan salah satu perkara pertama yang tetamu minta apabila mereka tiba, jadi ramai hos meletakkannya di bahagian atas manual penginapan mereka. “Mereka semua mahukan kod wifi, jadi itulah helah saya supaya mereka membuka manual penginapan dan berharap mereka membacanya,” kata Marit Anne dari Troms, Norway.

Akses mudah kepada kata laluan wifi sangat membantu untuk pekerja jarak jauh yang mungkin perlu menyertai mesyuarat maya, menghantar e-mel, atau selesai menaip laporan dengan segera selepas mereka tiba di penginapan anda.

Masukkan maklumat tempat letak kereta

Peraturan dan tanda meletak kereta di jalan boleh mengelirukan, terutamanya jika tetamu bercakap dalam bahasa lain. Anda disarankan untuk memberi arahan yang jelas, seperti hos Ben dan Angel dari Wellington, New Zealand: “Anda dialu-alukan untuk meletak kereta di hadapan pagar putih di sebelah kanan jalan raya, berhampiran tanaman pagar.”

Tonjolkan ciri-ciri mesra haiwan peliharaan dan keluarga

Jika anda mengalu-alukan haiwan peliharaan atau kanak-kanak ke ruang anda, anda boleh menunjukkan semua ciri-ciri yang anda sertakan untuk keperluan mereka, terutamanya memandangkan anda boleh berkongsi manual penginapan anda dengan tetamu sebelum mereka tiba supaya mereka boleh merancang lebih awal. Anda boleh menggunakan manual anda untuk:

  • Terangkan tempat mangkuk untuk makanan dan air haiwan peliharaan diletakkan
  • Beritahu tuala mana yang digunakan untuk kaki kotor
  • Sebutkan semua kemudahan untuk kanak-kanak, seperti katil bayi atau kerusi tinggi
  • Senaraikan bilik mana yang ada penggera asap dan karbon monoksida

Beritahu tetamu tempat kemudahan disediakan (dan cara menggunakannya)

Selepas perjalanan panjang, mungkin sukar untuk mencari dan menggunakan beberapa peralatan rumah yang penting. Hos Joh dan Gian dari San Francisco memberikan contoh berikut:

  • “Alat pemanas: Anda akan menemui termostat di dinding, berdekatan dengan TV. Jangan lupa untuk mematikannya apabila anda keluar.
  • Tandas: Minta tolong, jangan buang apa-apa selain daripada tisu tandas ke dalam tandas. Ada tong sampah kecil untuk semua benda lain.
  • Perkakas dapur: Pinggan dan cawan boleh didapati di dalam kabinet atas di kedua-dua belah ketuhar mikro. Sudu garfu ada di dalam laci di sebelah kiri ketuhar, dan periuk ada di dalam kabinet. Anda dialu-alukan untuk menggunakan mana-mana item ini jika perlu untuk menyediakan hidangan lazat anda. Setelah selesai, anda boleh meletakkan pinggan mangkuk kotor di dalam mesin pencuci pinggan. Apabila muatan telah penuh, mesin akan dihidupkan.”

Hos yang tidak tinggal di penginapan atau kawasan sekitarnya juga mengesyorkan anda menyertakan arahan tentang sampah, air dan butiran lain yang unik kepada kawasan ini:

  • “Sampah: Buang sampah anda dalam tong sampah 33 gelen di ruang bawah tanah. Jangan letak sampah di luar atau di beranda, kerana burung, rakun dan makhluk lain boleh masuk ke dalamnya.” —Kim, Upson, Wisconsin
  • “Air & Tenaga: Sila beri perhatian terhadap jumlah air dan tenaga yang anda gunakan. Air panas adalah terhad.” —Fred, Placencia, Belize

Akhiri dengan arahan langkah demi langkah untuk peralatan dan perkakas elektronik

Arahan yang terperinci adalah kuncinya, kata hos Joh dan Gian. Begini caranya mereka menerangkan cara menggunakan perkhidmatan penstriman mereka:

“Cara menyambung ke Netflix, Prime Video, dan perkhidmatan penstriman lain:

  1. Hidupkan TV di bilik tidur dan tunggu sekejap. Sepanjang tempoh ini, anda hanya akan nampak salji.
  2. Selepas satu minit, tekan butang berbentuk berlian pelbagai warna.
  3. Pilih aplikasi yang anda ingin sambungkan dan tekan butang utama. Untuk Netflix, kami menjemput anda untuk menggunakan akaun Tetamu yang kami cipta khas untuk anda.”

Pastikan ia ringkas dan mesra

Ramai hos menekankan kepentingan untuk memastikan manual penginapan anda ringkas dan jelas. “Anda tidak mahu tetamu berasa seolah-oleh mereka perlu berjalan melintasi kawasan periuk api untuk memastikan hos gembira,” kata hos Tina dari Nanaimo, Kanada. “Seimbangkan antara keperluan anda dan membuat tetamu anda berasa dialu-alukan di kediaman anda.”

Setelah anda menulis manual penginapan anda, anda mungkin akan mempertimbangkan untuk meletakkan papan tanda yang dilaminasikan dan mudah dibersihkan dengan arahan yang jelas tentang cara log masuk ke wifi di penginapan anda. Ini cuma satu cara lagi untuk memudahkan maklumat diakses oleh tetamu. Dan untuk membantu anda mendapat ulasan yang hebat, setiap kali.

Ketahui cara untuk menambah manual penginapan

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Sorotan

  • Cipta manual penginapan

  • Pastikan ia ringkas dan mudah untuk difahami

  • Sertakan kata laluan wifi terlebih dahulu

  • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya
Airbnb
18 Nov 2020
Adakah ini membantu?