Airbnb dan hos menggalakkan penjagaan kesihatan dan pendidikan

Cara Kelab Hos Seoul menyokong pembangunan global dan tempatan.
Oleh Airbnb pada 20 Mac 2024
Bacaan 2 minit
Dikemas kini pada 20 Mac 2024

Sorotan

  • Kelab Hos mengenal pasti organisasi bukan untung untuk menerima sumbangan setiap tahun melalui Dana Komuniti Airbnb.

  • Airbnb akan mengagihkan USD100 juta kepada organisasi di seluruh dunia hingga tahun 2030.

  • Pencalonan Dana Komuniti 2024 kini dibuka.

Pada tahun 2014, Hojin dan isterinya membuat keputusan besar: Mereka meninggalkan pekerjaan mereka di sebuah firma pengilangan elektronik yang berpusat di Seoul untuk menjelajah dunia. Sepanjang tahun berikutnya, mereka meneroka 30 negara di lima benua, dan memilih untuk menginap di penginapan yang disenaraikan di Airbnb di setiap tempat yang mereka lawati. 

Sambutan mesra yang diterima daripada hos memberi inspirasi kepada Hojin untuk mencipta pengalaman yang serupa untuk pengembara lain. Dia menjadi hos Airbnb. Dia dan isterinya kini mempunyai tiga penyenaraian di Seoul, di mana mereka telah mengalu-alukan tetamu selama lebih daripada tujuh tahun.

“Kami percaya bahawa pengembaraan membantu orang ramai berkembang dan memberi kesan positif kepada komuniti tempat mereka tinggal,” kata Hojin.

Fokus Hojin kepada komuniti lebih daripada sekadar menjadi hos. Sebagai Ketua Komuniti Kelab Hos Seoul, Hojin mencalonkan Good Neighbors International untuk menerima derma Dana Komuniti Airbnb. Ahli kelab berpeluang setiap tahun untuk menyokong komuniti tempatan melalui Dana Komuniti

Organisasi bukan untung berteraskan bantuan dan pembangunan antarabangsa yang berpusat di Seoul ini telah melebarkan sayap ke 42 negara, termasuk mengendalikan 52 cawangan perkhidmatan kebajikan sosial untuk kanak-kanak di Korea Selatan. Matlamat mereka adalah untuk membanteras kemiskinan, melindungi hak kanak-kanak dan menyokong komuniti inklusif yang berdikari. 

Hojin, Ketua Komuniti Kelab Hos Seoul, mendapat inspirasi untuk menjadi hos Airbnb selepas mengembara ke seluruh dunia.

Bagaimana Kelab Hos memberikan impak

Hasil daripada pencalonan Kelab Hos Seoul, Good Neighbors International menerima derma USD75,000 daripada Dana Komuniti Airbnb. Derma itu akan menyokong usaha organisasi tersebut untuk menambah baik pendidikan global serta akses kepada penjagaan kesihatan dan air minum yang bersih.

Ahli kelab juga mendapat inspirasi daripada usaha organisasi tersebut dalam komuniti Korea Selatan, seperti menyediakan bekalan keperluan haid kepada golongan muda, dan merancang untuk menjadi sukarelawan.

Lebih daripada 50 Kelab Hos mencalonkan organisasi bukan untung di seluruh dunia untuk menerima sumbangan Dana Komuniti Airbnb pada tahun 2023. Pencalonan untuk derma Dana Komuniti 2024 kini dibuka. Berhubung dengan Kelab Hos tempatan anda untuk mengetahui lebih lanjut.

Sertai Kelab Hos tempatan anda untuk peluang menyumbang kembali

Calonkan organisasi bukan untung untuk derma Dana Komuniti 2024 selewat-lewatnya pada 7 Jun.
Cari Kelab Hos anda

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Sorotan

  • Kelab Hos mengenal pasti organisasi bukan untung untuk menerima sumbangan setiap tahun melalui Dana Komuniti Airbnb.

  • Airbnb akan mengagihkan USD100 juta kepada organisasi di seluruh dunia hingga tahun 2030.

  • Pencalonan Dana Komuniti 2024 kini dibuka.

Airbnb
20 Mac 2024
Adakah ini membantu?