Cipta penginapan 5 bintang
Persiapan yang teliti adalah asas penginapan lima bintang. Gunakan panduan lima langkah ini untuk bermula.
Langkah 1: Menetapkan jangkaan
Jadikan penyenaraian anda menarik sambil bersikap jujur tentang apa yang anda tawarkan.
Bersikap telus tentang apa yang tetamu akan temui. Terangkan secara terperinci mengenai kejiranan dan kemudahan anda untuk membantu tetamu memutuskan sama ada penginapan anda sesuai.
Kemas kini penyenaraian anda apabila ia berubah. Ini termasuk menambah kemudahan baharu dan memastikan gambar anda terkini. Sesetengah hos malah mengemas kini gambar mereka untuk menepati musim.
“Sertakan keterangan tentang keunikan penginapan anda dengan cara yang jujur dan jelas,” kata Nikki, Superhost di San Francisco. “Sebenarnya, ini satu bentuk empati. Anda patut bersikap cukup telus untuk membantu tetamu memilih penginapan yang diingini oleh mereka.”
Langkah 2: Memudahkan daftar masuk dan daftar keluar
Tetamu menjangkakan ketibaan dan daftar keluar yang lancar.
Tulis arahan daftar masuk yang jelas. Jelaskan proses ini langkah demi langkah, dan sertakan sebarang butiran yang mungkin membantu, seperti gambar atau peta dengan anak panah.
Kurangkan tugas daftar keluar. Arahan anda sepatutnya memerlukan sedikit atau tiada usaha untuk diikuti. Beritahu tetamu cara mengunci pintu semasa keluar.
“Kami memastikan proses daftar keluar kami semudah mungkin,” kata Keshav, ahli Lembaga Penasihat Hos dan Superhost di New Delhi. “Tukang cuci datang dan melakukan segala-galanya, jadi tetamu tidak bimbang tentang apa-apa.”
Langkah 3: Mencipta sambutan yang mesra
Pertimbangkan perasaan tetamu apabila mereka memasuki ruang anda dan apa yang mereka akan ingat selepas mereka keluar.
Reka bentuk penginapan yang selesa. Sertakan barangan yang memberi keselesaan, seperti bantal dan selimut. Tetapkan kawasan untuk tetamu meletakkan barang-barang mereka.
Pamerkan komuniti anda. Pertimbangkan untuk menghias dengan karya seni tempatan atau menyediakan sajian serantau. Kongsi tempat kegemaran anda dalam buku panduan.
Pastikan anda sentiasa sedia dihubungi. Maklumkan tetamu bahawa mereka boleh menghubungi anda pada bila-bila masa. Tetapkan pemberitahuan anda untuk memaklumkan anda apabila tetamu menghantar mesej.
“Perkara yang paling penting ialah tetamu berasa seperti ruang ini milik mereka,” kata Catherine, Superhost di Columbus, Ohio. “Ambil masa untuk mengalihkan apa-apa barang yang mungkin membuat tetamu berasa mereka berada di rumah orang lain.”
Langkah 4: Bersedia untuk perkara yang tidak dijangka
Fikirkan cara untuk menangani pelbagai isu yang mungkin timbul semasa penginapan tetamu.
Sediakan bekalan kecemasan. Lengkapkan ruang anda dengan alat pemadam api, kit pertolongan cemas dan lampu suluh. Kongsi nombor telefon kecemasan sekiranya tetamu memerlukan bantuan.
Fahami cara anda dilindungi. AirCover untuk Hos memberikan perlindungan menyeluruh, yang sentiasa disertakan dan sentiasa percuma.
- Bariskan pasukan sokongan. Jalin hubungan baik dengan krew penyelenggaraan. Tambah hos bersama untuk memastikan seseorang sentiasa tersedia untuk menjawab tetamu.
Langkah 5: Memberi dan mendapatkan ulasan
Penarafan dan ulasan boleh membantu anda menambah baik perkara yang anda tawarkan, dan membina kepercayaan di kalangan tetamu.
- Ulas tetamu anda. Ini adalah peluang untuk mengucapkan terima kasih, berkongsi maklum balas, dan mengingatkan tetamu untuk mengulas anda. Hos dan tetamu ada masa 14 hari selepas daftar keluar untuk mengulas antara satu sama lain.
- Beri perhatian kepada penarafan bintang. Tetamu boleh menilai penginapan keseluruhan mereka, dan juga memberikan anda penarafan bintang untuk kebersihan, ketepatan, daftar masuk, komunikasi, lokasi dan nilai.
- Jawab ulasan. Gunakan ini sebagai peluang untuk menunjukkan bahawa anda bersedia untuk menambah baik. Jika anda menjawab ulasan umum tetamu, jawapan anda akan muncul betul-betul di bawahnya.
“Penting untuk ulasan dipandang serius,” kata Sadie, Superhost di Santa Fe, New Mexico. “Tetamulah panduan sebenar anda untuk mendapatkan lima bintang.”
Jika anda belum menerima tempahan pertama anda, anda boleh mendapatkan panduan peribadi daripada Superhost. Mereka hos yang mendapat penarafan tinggi dan paling berpengalaman di Airbnb.
Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.